A'kum,
Adalah diharapkan agar apa yang dikirimkan dapat disiarkan dalam laman saudara.

Ingin saya perjelaskan kepada semua apa yang sebenarnya berlaku di kariah kami iaitu Masjid Bandar Bayan Baru. Semua umat Islam di Pulau Pinang tahu betapa UMNOlah yang memulakan kempen menggunakan masjid untuk menyekat penceramah-penceramah yang lantang menyuarakan KEBENARAN di Masjid.

Pada hujung Tahun 1998, kariah Masjid Bayan Baru telah dikhabarkan dengan penukaran AJK serta Pegawai2 masjid. Siapa lagi kalau bukan UMNO yang membuat angkara ini. Sebelum kejadian ini berlaku, setiap bulan terdapat penceramah2 jemputan seperti Ustaz Shamsuri Ahmad, Ustaz Dr. Badrul Amin, Ust. Asri Zainul Abidin dan ramai lagik, bahkan Tuan Guru Nik Aziz pernah ke masjid kami ini. tetapi apabila AJK Baru (sekarang) mengambil alih pentadbiran masjid, masjid kami seolah-olah menjadi sunyi tanpa ceramah2 dari penceramah-penceramah ini.

Adalah tidak benar dakwaan dari pihak ini tentang AJK-AJK lama.Contohnya mengenai Bakal Timb.Pengerusi iaitu Sdr.Hj.Radzali atau lebih dikenali dgn panggilan Cikgi Razali oleh anak kariah, bukannya beliau dan ajk lama meninggalkan pengurusan Pasar Ramadhan tetapi AJK baru yang tidak sabar2 untuk membuat pentadbiran.

Saya sebagai anak kariah Masjid ini tahu apa yang berlaku.Bahkan Ajk baru yang diambil jarang datang ke masjid dan ada dari luar kariah contoh dari kariah Sungai Ara. Usahlah UMNO ingat kami ini bodoh, bukannya kami tak kenal, AJK2 lama terdiri dari org2 yang tinggal bersekitaran dengan rumah saya dan saya kenali mereka dari usia saya 7 tahun sehingga sekarang dah 23 tahun.Orang luar boleh la hampa dok tipu tapi anak kariah ini jangan diperlekehkan.Surat layang ini disebarkan pada hari Jumaat yang lalu semasa solat jumaat.sekali lagi UMNO bermain kotor dengan menggunakan masjid sebagai alat untuk memecah belahkan anak-anak kariah dan penduduk setempat. Wahai org2 UMNO masanya telah tiba menuju kehancuran!!!

TAKBIR!!!!

Barakuda
Pemuda Barisan Alternatif
Kawasan Bayan Baru
"Jika Takut Akan Risiko,
Usah Bicara Tentang Perjuangan"