KOMENTAR

12hb Ogos 2000

SALAM REFORMASI

 

SDR EZAM DI MASJID NEGARA 11hb OGOS 2000

 

“Kita tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang KEJAM dan ZALIM. Kita akui setiap Perdana Menteri yang ada sebelum ini ada kelemahannya tetapi Dr Mahathir adalah PERDANA MENTERI PERTAMA yang KEJAM lagi ZALIM”

 

Begitulah kata-kata Sdr Ezam Mohd Noor (Pemuda keADILan Malaysia) semasa berucap di Perhimpunan Selepas Solat Hajat Masjid Negara. Sdr Ezam turut memaklumkan bahawa kes liwat dan keputusan Mahkamah adalah karut dan datang dari pemimpin terkejam Malaysia yakni Dr Mahathir Mohamed. Reformasi tidak akan mati malah akan bertindak lebih aggresif lagi. Tarikh pemulaan Gerakan Menuntut Mahathir untuk meletak jawatan adalah 18hb Sept 2000 di Kelantan.

 

Semua dijemput menentukan akan semangat juang kita tetap kukuh. Sistem Perundangan & Kehakiman kita kini menjadi bahan ketawa negara-negara lain. Kita tentukan kejayaan REFORMASI dan mereka yang berlibat dalam konspirasi tersebut perlu dihukum sekeras-kerasnya.

 

UNDUR MAHATHIR UNDUR