JALAN ITU KIAN BERLIKU

Pendekar Melayu

 

Demi Masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian   Mahathir mempunyai satu lagi kekuatan yang sedang digunakan oleh beliau selain dari wang ringgit. Senjata tersebut adalah MASA. Beliau perlu bermain dengan masa dengan harapan agar masa itu akan dapat melunturkan semangat juang dan pegangan kita pada tuntutan reformasi. Maka dengan mainan masa itulah sesungguhnya kita akan terus berada dalam kerugian. Sedang kita leka membicarakan tentang strategi, UMNO sudah menjalankan helahnya untuk menutup kisah Anwar Ibrahim dan cuba memerapkan isu itu agar ia menjadi  satu insiden lampau yang telah di lupai. UMNO bergerak melalui kelompok-kelompok mereka dengan harapan dapat mempengaruhi orang-orang kampung, pelajar, tentera dan polis. Di pihak kepimpinan lain UMNO menjalankan aktiviti “ PM MENIPU RAKYAT” Mereka hadir memberitahu bahawa kita memanipulasi agama, kita tidak tahu bersyukur dan pembangkang menabur fitnah. Mereka hadir di ceruk kampung dengan usaha menipu rakyat agar melenyapkan isu kekejaman keatas Anwar Ibrahim.  Sekarang mereka punya waktu dan wang untuk mempengaruhi rakyat yang kononnya agenda melayu lebih penting dari isu Anwar Ibrahim. Ini helah dan ini diperlakukan oleh mereka. Yang paling hairan ialah ahli-ahli UMNO sedar akan kemungkaran Dr Mahathir tetapi bersembunyi disebalik isu ketuanan Melayu yang kononnya lebih penting dari isu prinsipal yakni membenarkan kezaliman ke atas melayu. Perlakukan mereka keatas Anwar Ibrahim hanya menunjukkan bahawa pemerintah melayu kini menjadi sebangsat-bangsat umat. Kemungkaran ini juga menunjukkan bahawa Melayu yang memimpin negara ini adalah melayu berbudayakan fitnah, mencabuli hak melayu dan manusia, mencacatkan perlembagaan, memusnahkan sistem perundangan, mengores sistem demokrasi dan akhirnya melaknat bangsa dan agama sendiri. Inilah dia Mahathir, inilah dia melayu yang bersenkongkol dengan Mahathir. Inilah dia kepimpinan UMNO yang menyokong kemungkaran. Apakah ini kononnya mendaulatkan melayu atau ini sebenarnya meletakkan melayu di tahap kecelakaan yang perlu pembelaan oleh kita yang sedar dan insaf. Ini perlu diperjuangkan oleh kita yang sudah sedar akan perlunya perjuangan menuntut reformasi. UMNO terus menerus menipu dan kita terus menerus tertipu.

 

Ayuh, kita perjuangkan kembali, kita toleh ke belakang dan lihat salah silap kita untuk kita perbetulkan agar perjuangan ini membuahkan kejayaan.

 

DEMI MASA SESUNGGUHNYA KITA DALAM KERUGIAN

 

Pendekar Melayu