PUTERI REFORMASI BERSAMA MARY ROBINSON

Komentar 12/4/2000

 

Dalam Puteri Reformasi berada di Geneva menghadiri Persidangan Hak-Hak Asasi Manusi, Puteri Reformasi berkesempatan bertemu dengan Presiden Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yakni Mary Robinson. Susulan dari pertemuan itu maka PBB akan menghantar pasukannya untuk memantau serta melapurkan dengan jelas keadaan semasa Perhimpunan Black 14 nanti. Tuduhan Mahathier bahawa satu rusuhan akan berlaku adalah tuduhan menyimpang bagi menakut-nakutkan rakyat untuk hadir. Abdullah Badawi semestinya dengan amaran-amaran bahawa polis akan bertindak. Dengan kehadiran mereka-mereka dari Sekretariat Hak Asasi Manusia PBB maka dunia akan nampak jelas bahawa mainan politik di Malaysia amat kotor dan mudah dituruti.. Kita hanya mahu menghantar memorandum berkenaan dengan keadilan yang tercemar, system perundangan yang nyata diperkudakan oleh Mahathir. Apakah itu salah dan apakah itu satu rusuhan. Di lapurkan juga bahawa wakil Malaysia dari pihak kerajaan telah diberitahu agar hak dan kebebasan bersuara serta berhimpun tidak diganggu gugat.

 

Komentar