MANIFESTO BERSAMA
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Parti Keadilan Nasional (KeADILan)
Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

Cabaran Terbesar Sejak Kemerdekaan
Dengan beberapa perkembangan dewasa ini, jelaslah bahawa cabaran terbesar yang dihadapi seluruh rakyat Malaysia ialah usaha melahirkan sebuah negara yang adil dan demokratik.

Krisis Politik
Di negara kita kini, telah terdiri sebuah sistem pemerintahan yang memusatkan kuasa pada pihak eksekutif amnya dan, dengan cara tertentu yang bermuslihat, pada seorang individu sahaja khususnya. Dengan itu, sistem ‘sekatan dan imbangan’ (checks and balances) telah dilumpuhkan. Apabila kuasa dijadikan milik peribadi seperti itu, maka:

Kezaliman, Korupsi, Kronisme dan Nepotisme
Inilah sebabnya KEZALIMAN, KORUPSI, KRONISME dan NEPOTISME telah menjadi-jadi di negara ini sejak beberapa tahun yang lalu. Untuk menyembunyikan dan melindungi segala dosa tersebut, maka terpaksalah golongan yang berkuasa itu melakukan penipuan dan berdusta kepada rakyat. Mulai tahun 1980an, DEB dijadikan alasan untuk melakukan pilih kasih (kronisme) dan pilih keluarga (nepotisme) dalam perniagaan dan politik. Memang tidak boleh dinafikan bahawa ramai rakyat Malaysia, terutamanya daripada kaum Melayu, telah mendapat faedah daripada DEB. Tetapi kronisme dan nepotisme dewasa ini bukan demi perlaksanaan DEB, malah telah banyak menguntungkan beberapa kroni, termasuk bukan Melayu, yang cuba berselindung di sebalik DEB. Fitnah terhadap musuh-musuh politik telah menjadi amalan yang biasa di kalangan golongan pemerintah, dan makin bertambah menonjol dengan krisis politik dewasa ini.

Krisis Ekonomi
Krisis kini menjadi lebih runcing memandangkan Malaysia belum lagi bersedia menghadapi pasaran global yang makin mencabar dan bersaingan akibat keengganan pemerintah melaksanakan reformasi ekonomi dan politik yang tulen. Masa depan negara bergantung kepada daya saing dan keupayaan kita menembusi pasaran global. Satu sistem pentadbiran dan pengurusan syarikat (corporate governance) dalam satu rangka pengawasan yang telus, tegas dan bebas daripada campurtangan politik yang tidak wajar dan berkepentingan, amat mendesak untuk mewujudkan ekonomi yang kukuh. Amalan korupsi, kronisme dan nepotisme di bawah pemerintahan BN hanya melumpuhkan ekonomi dan daya saingan kita di tahap antarabangsa di samping menggadaikan masa depan ekonomi, rakyat dan negara.

Di samping itu, pemerintahan BN sedang menyalahgunakan perbelanjaan kerajaan untuk memeras ugut dan ‘membeli’ rakyat menjelang pilihanraya. Hasil kerajaan berpunca daripada usaha, kerja dan pendapatan rakyat, bukan milik parti BN. Maka, rakyat berhak terhadapnya, dan BN tidak berhak langsung menyalahgunakannya mengikut nafsu dan demi kepentingan kuasa mereka.

Pencabulan Hak Asasi
Pemerintahan BN telah banyak menyimpang daripada prinsip-prinsip dan hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Berbagai undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Polis, dan sebagainya telah menafikan hak asasi rakyat untuk bersuara, berkumpul secara aman dan berpersatuan. Segalanya bergantung kepada sukahati pihak yang berkuasa. Malah, hak rakyat merujuk ke mahkamah pun dinafikan atau disanggah. Dewasa ini, disiplin polis telah banyak merosot akibat penyalahgunaan kuasa pucuk pimpinan negara, yang membawa kepada penyelewengan, termasuk keganasan polis terhadap rakyat jelata, terutamanya golongan yang lemah. Penyelewengan demikian ini jelas mencerminkan lagak samseng pucuk pimpinan pemerintahan, yang tidak menghormati hak asasi rakyat walaupun dijamin dalam Perlembagaan Malaysia.

Krisis Akhlak
Pemusatan kuasa dan kekayaan dalam tangan segelintir pemimpin tertinggi negara telah menyebabkan keangkuhan golongan berkuasa sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa segan-silu, tidak kira benar atau palsu, betul atau salah, asalkan kuasa mereka berkekalan. Tahap akhlak di kalangan golongan pemerintah pada umumnya telah mengalami kadar kemerosotan yang amat menggerunkan. Golongan pemerintah bukan sahaja sudah hilang kewibawaan moral, malah tidak dapat diharapkan lagi untuk menjadi penyalur kemurnian akhlak kepada generasi yang akan datang. Golongan muda sudah berasa kecewa; mereka tidak lagi menghormati para pemimpin yang ada.

Krisis Kewibawaan
Sistem pemerintahan telah memusnahkan kewibawaan pelbagai institusi masyarakat seperti parlimen, kehakiman, perkhidmatan awam, polis dan media yang dipertundukkan kepada kehendak pemimpin-pemimpin tertentu. Ini mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia pada umumnya, malah telah menggugat keyakinan para pelabur, dari dalam dan luar negeri. Sebenarnya, hanya perubahan pemerintahan ke arah yang adil, bersih, cekap, jujur dan berkebolehan akan dapat memulihkan kewibawaan pemerintah dan kepercayaan orang ramai, menyatupadukan rakyat dan memajukan semula bangsa dan negara.

Pembohongan Barisan Nasional
Pemerintahan BN:

Cita-Cita Rakyat Diketepikan
Terdapat beberapa keperluan dan cita-cita asasi rakyat yang sepatutnya diberikan perhatian utama dan segera seperti: Di samping itu, rakyat yang makin sedar bukan hanya inginkan ekonomi dan taraf hidup yang baik, tetapi juga kemajuan budaya dan rohaniah serta keselesaan persekitaran hidup.

Jelas bahawa kesejahteraan rakyat umum tidak menjadi agenda utama dasar pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada sekarang. Rakyat negara ini mempunyai hasrat yang amat tinggi terhadap pembangunan yang seimbang dan kesaksamaan sosial, sedangkan golongan pemerintah lebih mementingkan projek-projek mega yang raksaksa dan pencapaian bermegah-megah yang menggembungkan sifat takabur diri melalui projek-projek yang hanya mendatangkan manfaat kepada suatu kelompok kecil. Oleh kerana itu:

Kesedaran Rakyat
Sejak kebelakangan ini, rakyat mulai sedar akan kecacatan dasar pembangunan BN dan kelemahan pimpinan BN. Maka, mulailah mereka menyatakan bantahan secara terbuka. Tanpa menghiraukan keluhan ikhlas rakyat, Kerajaan BN sebaliknya telah cuba menakutkan rakyat bahawa kononnya, keluhan demikian bersifat ganas dan akan mencetuskan persengketaan kaum. Menurut tohmahan BN, huru-hara akan terjadi jika sekiranya kekuatan kedudukan Kerajaan BN itu dipersoalkan. Dalam menyebarkan dakyah tersebut, mereka telah memperalatkan sepenuhnya media aliran utama negara ini, yang dikuasai BN sepenuhnya. Tujuan mereka semata-mata untuk menakut-nakutkan dan memecah-belahkan rakyat, yang mulai sedar dan ingin memperjuangkan perubahan yang benar-benar bermakna. Jelaslah bahawa mereka cukup takut dan sedang cuba menghalang rakyat Malaysia daripada menggembleng tenaga demi membawa reformasi untuk melahirkan sebuah negara yang benar-benar adil, saksama dan demokratik.

Selain itu, dalam menghadapi kegelisahan rakyat, pemerintahan BN dengan jelasnya telah memperalatkan sentimen perkauman. Mereka cuba menimbulkan rasa syak wasangka di kalangan pelbagai kelompok kaum dan melaga-lagakan satu kelompok kaum dengan yang lainnya. Malah, BN terus menerus menggembar-gemburkan persengketaan kaum di negara-negara lain yang keadaannya sama sekali berbeza daripada negara ini dan tidak ada relevannya bagi negara ini. Pemerintahan BN juga memfitnah parti alternatif sebagai agen kuasa asing. Sedangkan merekalah yang mendakwa bahawa pelabur asing akan lari tanpa BN kononnya kerana tidak yakin pada parti alternatif. Rakyat tidak mudah tertipu oleh mereka yang sudah lama bersubahat dengan kuasa asing dari Barat dan Timur. Sekarang, BN cuba memomokkan kuasa asing sebagai alasan atas kegagalan BN dari segi pentadbiran ekonomi. Kita bersyukur kerana permainan jahat ini sudah disedari rakyat dan tidak lagi berkesan.

Barisan Alternatif: Malaysia Yang Adil dan Demokratik

Peristiwa Bersejarah
Kini, telah lahir iltizam yang amat kuat di kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum untuk melaksanakan suatu perubahan besar. Rakyat Malaysia dari segala lapisan kini telah bertekad untuk melahirkan sebuah sistem demokrasi:

Masyarakat adil dan demokratik yang kita hasratkan itu mestilah dibina atas asas nilai-nilai rohani dan akhlak yang tersimpul dalam ajaran Islam dan ajaran-ajaran agama lainnya. Pengamalan Islam sebagai ad-deen dan penghayatan nilai-nilai kerohanian — baik pada tahap individu maupun pada tahap masyarakat — adalah benteng yang melindungi kita daripada korupsi, tamak haloba dan keruntuhan moral. Demi mencapai natijah ini, institusi keluarga sebagai unit asas masyarakat mesti dimantapkan. Institusi-institusi sosial lainnya juga akan turut dimantapkan untuk menjadi asas pembinaan sebuah peradaban moden yang utuh. Sesungguhnya, dalam usaha membina sebuah bangsa yang berakhlak, perlulah usaha secara sedar untuk menggubal dasar dan program dalam setiap bidang kehidupan masyarakat yang menerapkan prinsip akhlak dan kerohanian yang bersifat universal. Di antara prinsip-prinsip ini, nyatalah bahawa prinsip keadilan mempunyai kedudukan yang utama.

Usaha Kerajaan BN untuk hanya memperjuangkan prinsip keadilan politik dan ekonomi di peringkat antarabangsa di kalangan negara-negara di dunia sahaja tidak jujur, konsisten atau menyeluruh. Sepatutnya, mestilah terdapat iltizam yang lebih untuk menegakkan prinsip dan amalan keadilan dalam Malaysia ini sendiri. Usaha Malaysia sebagai pejuang keadilan antarabangsa ditertawakan masyarakat dunia kerana prinsip yang sama tidak pula diperjuangkan dan dilindungi dalam negara kita sendiri. Sebahagian daripada perjuangan menegakkan keadilan ini ialah perjuangan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara kita, meskipun kita senantiasa berusaha untuk memupuk hubungan yang baik dengan negara-negara lain.

Janji Kami
Dalam memperjuangkan cita-cita melahirkan negara Malaysia yang adil dengan nilai-nilai akhlak yang luhur, kita menghormati prinsip-prinsip asasi Perlembagaan Malaysia, iaitu:

Maka, kami berikrar akan: RANCANGAN DAN PROGRAM

Program Kami
Pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional mengambil kesempatan di sebalik topeng menangani kegawatan ekonomi untuk menyelamatkan, malah memperluaskan lagi, kepentingan mereka sendiri serta kroni-kroni mereka.

Mereka memperluaskan lagi kuasa mereka, terutama sekali terhadap sektor korporat (melalui peristiwa seperti CLOB dan MPHB), bank (melalui syarat ‘bantuan’ Danaharta dan Danamodal) serta syarikat niaga saham.

Penyalahgunaan kuasa demikian telah melambatkan pemulihan ekonomi Malaysia berbanding dengan mangsa lain krisis ekonomi di rantau ini. Malah, negara-negara jiran yang mengalami krisis jauh lebih teruk pun kini sedang dalam proses pemulihan, sedangkan asas ekonomi kita sebelum krisis jauh lebih baik berbanding mereka.

Namun, cabaran ekonomi yang terbesar bukan sahaja sekadar pemulihan setelah krisis. Cabaran utama sebenarnya ialah pembentukan rangka pembangunan dan pengawasan nasional untuk masa depan, memandangkan sistem ekonomi antarabangsa yang sudah wujud dan akan berkembang.

Oleh yang demikian, Barisan Alternatif akan membentuk dasar baru untuk menggalakkan pelaburan dan pertumbuhan dalam rangka liberal dan fleksibel, yang dilengkapi dengan rangka pengawasan yang berpatutan untuk menggalakkan pelaburan dan pertumbuhan tanpa mengorbankan kepentingan jangka panjang negara. Masa depan Malaysia akan bergantung kepada penglibatan yang bijak dalam ekonomi global. Tetapi, Malaysia juga memerlukan rangka pengawasan untuk mengelak daripada menjadi mangsa kuasa pasaran modal global, bukan kerana spekulasi antarabangsa sahaja, tetapi juga kerana faktor tempatan, seperti kegunaan modal secara tidak cekap dan produktif, dan campurtangan pemerintah secara tidak telus demi kepentingan tertentu.

Untuk memulihkan ekonomi dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang mantap lagi mampan, semua sumber ekonomi patut digemblengkan. Suatu rangka pelaburan menarik, yang dapat menjaga kepentingan rakyat dan negara, akan disediakan. Retorik kosong Mahathir (sebenarnya, ‘cakap tak serupa bikin’) menjelang pilihanraya telah menjejaskan pelaburan asing yang baru dan juga perusahaan pelancongan, serta kepentingan rakyat yang bergantung terhadap kedua-duanya.

Ekonomi dunia kian berubah dengan pesat. Kita mesti menangani perubahan ini dengan bijak kerana ekonomi kita amat terbuka. Kami menjamin bahawa Barisan Alternatif akan tetap bersikap bertanggung jawab dan tidak akan mengubah peraturan dan suasana sesuka hati tanpa menghiraukan kesannya, terutama sekali terhadap nasib rakyat dan kepentingan nasional. Sementara itu, kami juga akan mengambil tindakan yang wajar untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul daripada kekurangan dan kegagalan pasaran tempatan dan global. Khususnya, kami berjanji mengambil tindakan untuk perbetulkan berbagai herotan yang muncul akibat pertumbuhan pesat yang tidak seimbang dalam dekad sebelum dilanda kegawatan ekonomi.

Justeru itu, Barisan Alternatif akan membentuk Majlis Perundingan Ekonomi dan Sosial untuk menggemblengkan bakat-bakat profesional sektor swasta maupun sektor awam serta masyarakat umum untuk mencapai muafakat dan sokongan penuh akan dasar yang dibentuk mengikut kepentingan negara dan rakyat.

Sasaran utama dasar tersebut ialah menggerakkan Malaysia ke arah ekonomi teknologi tinggi (hi-tech) dan ekonomi maklumat dan ilmiah (information and knowledge economy) sambil terus memajukan sektor-sektor tradisional seperti pertanian dan perindustrian. Sebagai sebuah negara yang kecil dengan bilangan penduduk yang kecil, inilah satu-satu jalan kita dapat berjaya dalam ekonomi global pada masa akan datang. Fleksibiliti, kecerdasan dan kecergasan dalam sektor perkhidmatan sedunia, bukan industri berat a la Mahathir yang gagal, yang akan menjamin kedudukan dan masa depan negara dalam alaf baru.

Sasaran ini memerlukan masyarakat yang mempunyai tahap keilmuan, kecerdasan berfikir serta kreativiti yang tinggi.

Ia berkait rapat dengan pembentukan sebuah negara yang benar-benar demokratik dan adil, kerana itulah prasyarat untuk membebaskan potensi individu dan negara. Ia memerlukan pendekatan baru dan menyeluruh terhadap pendidikan. Ia memerlukan individu yang mampu mengawasi dan mendisiplinkan diri, bukan hanya sekadar menunduk kepada perintah atau sekadar akur hanya apabila diawasi dan dikawal. Malah, kemampuan mengawasi dan mendisiplinkan diri adalah asas akhlak dalam era teknologi maklumat, kerana itu sahaja yang mampu menangkis pengaruh, nilai dan kegiatan yang negatif.

Sementara itu, perkembangan antarabangsa jelas membuktikan bahawa ekonomi global yang sedang muncul tiada belas kasihan dan akan mendatangkan kesan buruk dari segi memperluaskan jurang pendapatan di dalam negeri dan di antara negara.

Kami ingin menghalang gejala ini, juga amat prihatin akan keperluan rangka sosial supaya membantu rakyat menghadapi cabaran ini melalui usaha pendidikan, latihan dan kebajikan yang serius dari awal-awal lagi.

Rancangan Bertindak
Berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dihuraikan dalam Muqadimah di atas, maka kami kemukakan, secara lebih terperinci, perkara-perkara utama yang patut dilaksanakan oleh kerajaan negara ini. Langkah-langkah permulaan untuk membangunkan sistem pemerintahan yang demokratik, telus, bertanggungjawab (accountable), serta berakhlak untuk menyediakan suasana di mana ekonomi kita boleh pulih kembali dengan lebih teguh, mantap dan mampan, rakyat boleh hidup dengan makmur, bebas dan sentosa, dan tanahair kita benar-benar disegani dunia.

Oleh itu, dalam penggal parlimen nanti, kami bercadang mengambil langkah-langkah tertentu bersesuaian dengan alaf baru demi:

Secara am, sasaran jangka panjang kami ialah sebuah masyarakat maju yang adil  1. Mengukuhkan Ekonomi

1.1. Kurangkan beban rakyat
Kami ingin mengurangkan beban ke atas rakyat. Maka, langkah-langkah di bawah perlu diambil oleh pemerintah:

1.1.1. Kurangkan beban cukai

1.1.2. Hapuskan kemiskinan mutlak 1.1.3. Bantu peniaga kecil dan penjaja 1.1.4. Baiki perkhidmatan pengangkutan awam 1.2. Pertumbuhan Dinamik dan Adil 1.2.1. Memantapkan perindustrian

Walaupun perindustrian di Malaysia agak maju, kemampuan industri Malaysia masih agak ketinggalan dan kurang diberi perhatian dan sokongan sewajarnya.  Kemampuan industri Malaysia masih tidak seimbang dan harus diutamakan dengan dasar serta institusi yang sesuai memandangkan masalah serta cabaran yang dihadapi.  Maka, kami akan:

1.2.2. Mengukuhkan pertanian dan perikanan kecil dan sederhana

Kebelakangan ini, BN telah melupakan pentingnya sektor pertanian pada keseluruhannya, dan nasib serta masalah pekebun kecil khasnya. Kami akan perbetulkan ini dengan tumpuan yang wajar kepada sektor asas ini, yang sebenarnya telah menyelamatkan ekonomi Malaysia ketika kegawatan ekonomi melanda. Oleh kerana itu, Malaysia perlu:

1.2.3. Teknologi dan ekonomi maklumat untuk semua

Rakyat Malaysia menyedari teknologi maklumat (IT) telah muncul dengan cepat sebagai bidang yang amat penting dan dinamik dalam ekonomi global, sedangkan pimpinan Mahathir telah banyak memberi perhatian kepadanya. Akan tetapi, masih terdapat beberapa jurang yang amat luas, misalnya di antara bandar dan luar bandar, yang mesti diatasi supaya kita tidak akan ketinggalan zaman dengan kesan yang malang bagi mereka yang tertinggal.

Oleh demikian, kami akan berusaha:

1.2.4. Utamakan perusahaan kecil dan sederhana

Perusahaan kecil dan sederhana boleh memainkan peranan yang penting, bukan hanya untuk pemulihan ekonomi, malah dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa. Akan tetapi, amatlah ketara rangka institusi kini perlu dirombak semula supaya benar-benar menyokong pembangunan dan perkembangan perusahaan ini. Banyak insentif perlu diberi untuk menggalakkan peningkatan secara berterusan teknologi pengeluaran dan perkhidmatan perusahaan kecil dan sederhana serta daya pengeluaran mereka. Sehubungan ini, kita perlu:

1.2.5. Merombak rangka dasar penswastaan

Cukup ketara bahawa dasar penswastaan Barisan Nasional dan pelaksanaannya telah banyak diselewengkan demi menguntungkan segelintir orang dengan pendekatan pilih kawan (kronisme) dan pilih keluarga (nepotisme). Melalui penyelewengan demikian, monopoli swasta telah menggantikan monopoli awam sehingga rakyat dibebankan dengan harga yang terus meningkat. Rangka pengawasan yang sepatutnya melindungi kepentingan awam hampir tiada atau pun tidak berkesan.

Penswastaan boleh digunakan secara berhati-hati demi pembangunan negara, tetapi dasar penswastaan serta pelaksanaannya perlu dirombak. Kalaulah sektor swasta boleh mengurus perkhidmatan dan memajukan projek dengan lebih cekap dan menarik modal yang kekurangan, sektor swasta boleh dijemput mengambilalihnya daripada sektor awam asalkan kepentingan awam tidak dikorbankan, seperti berlaku di bawah BN. Kemudahan awam yang bersifat monopoli tidak patut dibenarkan menjadi monopoli swasta. Di bawah BN, faedah daripada penswastaan dibolot oleh kroni pemimpin-pemimpin tertentu, sedangkan hanya sedikit faedah yang tumpah kepada rakyat atau pun sektor awam. Kami berjanji:

1.2.6. Memantapkan Sistem Kewangan

Malaysia mesti menyediakan rangka yang perlu untuk mengurus sistem kewangan kita dengan lebih baik supaya dapat mengambil tempatnya bersama negara-negara lain dalam masyarakat kewangan antarabangsa. Maka itu, kami akan membatalkan langkah-langkah kawalan modal 1 September 1998 dan menggantikannya dengan sistem baru untuk mengawasi pengaliran kewangan supaya dapat mengelak krisis 1997-8 daripada berulang.

Kami akan memperkemaskan sistem kewangan dalam negeri supaya:

Sistem percukaian juga akan diteliti dengan tujuan menggunakannya untuk menggalakkan para pengguna dan pengusaha industri supaya lebih peka terhadap pemeliharaan alam sekitar serta perkara-perkara lain yang diingini dari segi kepentingan negara. Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah percukaian terhadap untung spekulasi, pengurangan beban cukai pendapatan upah, gaji dan dividen, dan percukaian terhadap sumber-sumber alam untuk menggalakkan penggunaannya yang cermat.

2. Meningkatkan Ketelusan dan ‘Accountability’

2.1. Ke arah politik yang demokratik dan adil

Keperluan proses pemerintahan yang lebih demokratik amat mendesak. Ketelusan serta akauntabiliti (accountability) perlu diterapkan ke dalam semua aspek pentadbiran kerajaan, tanpa mengganggu-gugat kelicinan pentadbiran.

Kami akan menggalakkan pengagihan kuasa sehingga ke peringkat tempatan supaya lebih melibatkan kerajaan negeri dalam pembangunan negeri masing-masing, sambil menghidupkan kembali penyertaan rakyat dalam pemilihan kerajaan tempatan seperti majlis perbandaran, dan sebagainya. Selain itu, kami berikrar melakukan  perkara-perkara di bawah:

2.2. Pulihkan kewibawaan perundangan dan kehakiman

Dalam beberapa tahun ini, pucuk pimpinan pemerintah sekarang telah melemahkan kepercayaan umum terhadap kewibawaan perundangan dan kehakiman di negeri ini. Untuk memulihkan kewibawaan ini, kami berikrar akan melaksanakan perkara-perkara berikut:

2.3 Pulihkan kewibawaan perkhidmatan awam

Anggota perkhidmatan awam negara mempunyai kebolehan dan profesionalisme yang tinggi.

Di bawah Kerajaan Barisan Nasional, terutamanya kebelakangan ini, potensi penuh perkhidmatan awam tidak tercapai. Sebaliknya, semangat anggotanya semakin merosot kerana perkhidmatan awam telah dipolitikkan dengan berbagai cara sehingga menjejaskan profesionalisme anggotanya. Budaya mengiyakan pemimpin politik digalakkan sehingga menggantikan budaya integriti dan berkhidmat demi kepentingan awam.

Perkhidmatan awam memerlukan perubahan paradigma dan harus diberi peranan yang berpatutan untuk mengurus pembangunan dan pentadbiran negara tanpa diganggu oleh politik kepartian.

Demi itu, kami berjanji akan:

3. Kontrak Sosial Menuju Alaf Baru

Keghairahan Kerajaan BN memajukan projek ‘mega’ dan menswastakan kemudahan-kemudahan sosial telah mengenepikan kepentingan dan keperluan rakyat jelata. Maka, perlu dijalin satu ‘kontrak sosial’ baru antara pemerintah dan rakyat - yang akan mengutamakan keperluan dan kepentingan rakyat pada masa depan. Kami menganggap hak mendapat perumahan, pendidikan dan kesihatan sebagai hak asasi rakyat jelata

3.1. Pendidikan

Pengiktirafan rakyat Malaysia terhadap pentingnya pendidikan merupakan suatu kekuatan nasional. Sikap ini boleh menjamin masa depan rakyat masing-masing dan negara keseluruhannya.

Pendidikan yang luas juga merupakan satu cara utama untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi, di samping menyediakan rakyat untuk menghadapi cabaran masa depan dan globalisasi.

Sekolah dan institusi pengajian tinggi telah dibangunkan di seluruh negara dan telah berjaya mendidik ramai orang, tetapi malangnya, ramai lagi yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan mereka sehingga memenuhi potensi masing-masing.

Di samping itu, semua warga institusi pengajian menyedari kelengkapan serta mutu pendidikan dalam negeri semakin merosot, sedangkan semangat guru-guru sekolah dan pensyarah institusi pengajian tinggi semakin lemah.

Kemerosotan ini mesti dihentikan dan pembangunan sepadu - yang merangkumi peruntukan serta kurikulum - mesti diutamakan. Penglibatan guru-guru dan pensyarah dalam proses pengurusan amat perlu untuk meningkatkan semangat mengajar.

Masalah utama kini ialah sikap Kerajaan BN, yang mahu menswastakan pendidikan dan menganggap pendidikan sebagai satu lagi cara mengaut keuntungan, iaitu sebagai satu jenis perniagaan. Falsafah dan orientasi institusi pendidikan swasta harus disesuaikan dengan kepentingan awam untuk mengutamakan cita-cita pendidikan, bukan keuntungan semata-mata - seperti berlaku di banyak negara lain.

Maka, kami bercadang mengambil langkah-langkah berikut sebagai langkah permulaan ke arah sebuah sistem yang memenuhi keperluan dan hasrat rakyat untuk pendidikan, serta kepentingan negara dan masyarakat:

3.2. Kesihatan

Kerajaan Barisan Nasional mempunyai rancangan pengkorporatan sistem kesihatan awam sebagai langkah ke arah penswastaan. Rancangan ini dijalankan tanpa perundingan yang wajar dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk kakitangan sistem kesihatan dan rakyat jelata.  Setelah dibantah oleh orang ramai, Kerajaan BN terpaksa mengumumkan pembatalan rancangan asalnya menjelang pilihanraya, tetapi sedang memindakannya untuk dilaksanakan setelah pilihanraya.

Walhal, Malaysia mempunyai sistem kesihatan awam antara yang terbaik dan termurah dari segi kecekapan belanjanya di dunia. Ini telah dicapai dengan peruntukan belanjawan yang sedikit — pada puratanya, sebanyak 7% daripada perbelanjaan mengurus dan 4% daripada perbelanjaan pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh setakat ini (1996-1999). Tiada sebab kewangan mengapa sistem ini perlu diswastakan pada ketika ini.

Oleh demikian, pihak-pihak berkuasa patut mengadakan perundingan dengan semua pihak yang berkenaan tentang cara-cara terperinci untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Demi mempertahankan dan memajukan lagi mutu perkhidmatan ini, kami mencadangkan langkah-langkah berikut:

3.3. Perumahan

Perumahan yang selesa pada harga yang berpatutan merupakan satu keperluan asasi. Keperluan ini makin mendesak dengan proses perbandaran — kini, hampir 60% daripada penduduk Malaysia berada di kawasan bandar.

Program pembangunan perumahan kos rendah dan sederhana Kerajaan Barisan Nasional jelas telah gagal sejak tahun lapan puluhan. Akibat dasar songsangnya dan amalan spekulasi tanah yang berlebihan, terdapat penawaran yang berlebihan bagi perumahan pada harga yang di luar kemampuan golongan pendapatan rendah dan sederhana. Maka, golongan-golongan ini telah bertahun-tahun menunggu giliran mereka; antara hasil kehampaan ini ialah fenomena peneroka bandar (“setinggan”).

Barisan Alternatif akan menubuhkan sebuah Perbadanan Perumahan Rakyat dengan tugas memenuhi permintaan perumahan kos rendah dan sederhana. Program pembinaan ini boleh dikorporatkan dan kerajaan akan menguruskan peruntukan perumahan. Secara tidak langsung, program ini akan mengurangkan harga perumahan di pasaran terbuka, yang akan menguntungkan semua rakyat.

Selagi masalah perumahan tidak selesai, hak peneroka bandar hendaklah terus diiktiraf. Peneroka bandar berhak mendapat perumahan alternatif atau pampasan lain yang wajar kalau dikehendaki berpindah untuk melicinkan pembangunan. Di samping itu, Kerajaan Alternatif akan:

3.4 Perkhidmatan Sosial

Kami akan memberi tumpuan yang lebih kepada keperluan sosial rakyat, terutamanya mereka yang kurang bernasib. Akan tetapi, ini hanya dapat dilakukan dengan bantuan dan kerjasama daripada pertubuhan sosial dan komuniti. Maka, kami akan mengeratkan perhubungan dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut dan menggalakkan mereka mengambil peranan yang lebih besar dengan sokongan daripada kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan.

3.5. Alam Sekitar

Kerajaan BN hanya bercakap manis tentang alam sekitar dan pembangunan mampan. Walhal, mereka tiada program untuk pembangunan bestari terhadap sebarang aspek alam sekitar (sama ada perhutanan, perikanan, perairan dan udara), malah tidak berupaya menggembelingkan tenaga rakyat untuk memelihara persekitaran hidup mereka. Kebanyakan petunjuk alam sekitar menunjukkan kemerosotan mutu alam sekitar, walaupun kerajaan pernah merahsiakan indeks pencemaran udara apabila jerebu bertambah buruk. Apabila sesuatu yang tidak dikehendaki berlaku, seperti keruntuhan tanah, pemimpin kerajaan pandai menyalahkan orang ramai, negara jiran, malah Tuhan juga!.

Bumi adalah anugerah Tuhan kepada insan. Kadar pemusnahan dan pengurangan sumber alam kini menimbulkan pertanyaan: Apakah yang akan menjadi pesaka anak-cucu kita? Maka, secara prinsip, pembangunan tidak harus memusnahkan alam sekitar, dan sebarang impak negatif pembangunan terhadap alam sekitar mesti diminimakan melalui satu sistem pengurusan pembangunan yang menyeluruh, kukuh serta berpandangan jauh.

Demi itu, kami berjanji:

3.6. Kepenggunaan dan Harga

Barisan Alternatif menganggap bahawa kerajaan bertanggungjawab melindungi kepentingan rakyat sebagai pengguna, antara lain dengan memajukan mutu hidup dan mengawal kos hidup.  Oleh demikian, kami berjanji akan:

3.7. Pekerja

Supaya Malaysia dapat meningkatkan daya saingnya di dalam ekonomi global alaf baru, pekerja perlu bersifat fleksibel dari segi kemahiran dan kemampuan mereka, bersikap inovatif dan sentiasa meningkatkan produktiviti mereka. Demi itu, proses pendidikan berterusan, suasana bekerja serta rangka perhubungan perusahaan amat penting, bukan hanya dari segi hak pekerja, tetapi juga dari segi kepentingan negara. Kami berjanji akan:

3.8. Wanita

Kerajaan BN menganggap kaum wanita sebagai sumber tenaga manusia sampingan; mereka digalakkan bekerja di luar rumah apabila timbul kekurangan tenaga pekerja dan kembali ke rumahtangga apabila pengangguran meningkat.

Kami akan:

3.9. Belia

Kegagalan atau kurang keberkesanan berbagai program untuk belia ialah kerana program diatur tanpa perundingan penuh dengan belia sendiri dan penyertaan mereka. Kami akan memberi nafas baru kepada program belia melalui perundingan bermakna dengan belia sendiri. Kami akan menimbangkan bagaimana:

3.10. Warga Tua dan Pesara

Warga tua dan pesara patut mendapat tempat yang sesuai dalam masyarakat yang pesat membangun. Oleh kerana tidak terlalu sibuk dengan beban kerja, warga tua patut digalakkan memainkan peranan lebih besar dalam masyarakat. Kerajaan tempatan patut memulakan program di kalangan masyarakat untuk menggerakkan warga tua ke arah ini.

Untuk menjaga kebajikan warga tua dan pesara, kami akan:

4. Perpaduan Nasional

Perpaduan nasional masih merupakan cabaran besar bagi Malaysia. Oleh demikian, Barisan Alternatif akan menumpu perhatian terhadap usaha berterusan untuk mengeratkan perpaduan antara semua golongan masyarakat Malaysia:

4.1. Agama dan Budaya

Oleh kerana masyarakat adil yang menjadi hasrat kita dibina antara lain atas asas agama dan budaya, kita harus menentukan bahawa perspektif dan pendekatan kepada persoalan-persoalan agama dan budaya akan membantu kita mencapai matlamat yang murni itu.

5. Membina Demokrasi Tulen

Demokrasi tulen memberikan ruang yang bermakna untuk penyuaraan pendapat orang awam serta penyertaan orang awam dalam berbagai proses pemerintahan harian dan bukan hanya sekadar mengundi lima tahun sekali.

Kumpulan-kumpulan yang berkepentingan patut dibenarkan mengutarakan dan memperdebatkan pandangan masing-masing jika tidak menjejaskan keselamatan negara, tidak menghasut kelakuan ganas, atau bersifat fitnah semata-mata.

Maklumat yang penting haruslah terbuka kepada semua yang menghendakinya, tertakluk kepada undang-undang negara, yang harus dipinda untuk hanya merahsiakan perkara yang perlu dirahsiakan seperti rahsia ketenteraan.

Kami akan mengurangkan atau menghapuskan sama sekali segala bentuk tekanan atau ancaman pemerintah. Semua undang-undang anti-demokratik, seperti tahanan tanpa bicara, akan dimansuhkan.

Namun, kami akan memperkenalkan berbagai peraturan minima, yang membawa hukuman yang berat sekiranya dilanggar. Demokrasi tulen tidak bermakna ‘apa saja pun boleh’, tetapi ia memerlukan rakyat yang bertanggungjawab supaya mengawal diri dalam rangka peraturan-peraturan minima ini.

Kami juga akan:

6. Memulihkan Imej dan Kedudukan Antarabangsa

Nama baik Malaysia telah dicemarkan oleh Kerajaan BN kebelakangan ini, bukan hanya kerana kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng serta kenyataan-kenyataan yang melulu, tetapi kerana amalan bertalam dua muka di dalam dan di luar negeri. Namun, Malaysia mempunyai peranan yang penting dalam arena antarabangsa akibat beberapa kejayaan dasar luar negeri yang kami akan pertahankan.

Kami akan tetap:

Oleh yang demikian, kami akan: Masa Depan Negara Dalam Tangan Rakyat

Kerajaan BN pernah mengaku dirinya ‘bersih, cekap, amanah’, tetapi sebenarnya, ‘boros, curang dan angkuh’.

Untuk menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman pimpinan rakus yang secara bermaharajalela mempertahankan, malah menambahkan lagi kuasa politik dan ekonominya, rakyat mesti bersatu padu untuk menolak pemerintahan BN pimpinan Mahathir.

Sesungguhnya, amatlah sukar bagi kami — yang serba kekurangan — mengalahkan BN, yang sedang terus menyalahgunakan kuasanya terhadap jentera dan perbelanjaan kerajaan, media siaran dan cetak, serta politik wang. Walau bagaimana pun, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa BN dewasa ini telah membuka jalan baru yang belum pernah diterokai rakyat Malaysia sebelumnya. Buat kali pertama sejak kemerdekaan, kebanyakan rakyat Malaysia daripada semua kaum menghendaki perubahan sedangkan parti politik alternatif pula berjaya bersatu demi keadilan.

Sekurang-kurangnya, kesedaran rakyat yang meluas dan perpaduan parti alternatif yang kukuh akan mengurangkan dominasi Barisan Nasional dalam pilihanraya kesepuluh, dan insya Allah, memudahkan proses mengganti BN, yang telah mengkhianati amanah rakyat, dengan Barisan Alternatif.

RAKYAT BOLEH
SELAMATKAN MALAYSIA
DEMI KEADILAN

24 Oktober 1999