KOMENTAR

 

Salam Reformasi

01.10.2000

 

MELAWAT BOOTH MALAYSIA KINI

 

Sabtu. 29.01.00 Komentar mengambil kesempatan untuk hadir ke PWTC melihat pameran Multimedia 2000. Tujuaan Komentar kesana adalah untuk melawat “booth” Malaysia Kini. Cadangan adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi mereka yang mengendalikan akhbar Internet 1 di Malaysia yakni Malaysia Kini. Komentar telah di sambut oleh Susan Loone salah seorang penulis Malaysia Kini dan juga mereka yang sering memberi pendapat di ADIL e Group dan ALTERNATIF e Group. Hebat betul Malaysia Kini. Mereka sudah menunjukkan peningkatan sejak di tubuhkan pada awal tahun ini. Peningkatan mendadak mereka berlaku semenjak arus-arus media Perdana gagal membawa wadah media sebenarnya. Arus Media Perdana kita yang terkongkong merupakan sebab utama laman-laman internet baik laman Pro Reformasi mahupun Malaysia Kini di beri tumpuan. Syabas Malaysia Kini. Walau bagaimana pun ucapan syabas Komentar tujukan khas buat Sdr Fathi Aris Omar yang pada hemat Komentar merupakan mereka yang bertanggung jawab dalam membuat Malaysia Kini di kenali di Internet. Sdr Fathi Aris pasti tahu asam garam , susah senang dalam mengendali pelbagai ragam manusia dalam media internet. Membuat promosi sesabuah laman memang agak sukar pada awalnya. Macam mana pun Komentar percaya Malaysia Kini akan terus berjaya dalam merintis media melalui Internet.  Harapan Komentar agar Malaysia Kini tidak pula terkena jangkitan JE yang sering melanda media-media lain yang terbatas saluran informasi mereka kerana tekanan dan ketakutan.

 

Kekadang Komentar percaya DI MALAYSIA SEKIRANYA NAMA ADA MAKA SUARA PASTI TERBATAS OLEH TEKANAN.

 

SEPERTI YANG TERTERA DI BAJU FATHI ARIS OMAR :-

 

HANYA SATU PERKATAAN UNTUK PENINDASAN

 

LAWAN !

 

KOMENTAR