Artikel 10

Malaysia merupakan negara yang bagus???

PM gila ditanya apakah bentuk insentif yang akan diberikan kepada pelaburan
langsung asing. Dia menjawab “Malaysia hanya mempunyai beberapa masalah tidak
seperti mana yang dikatakan oleh pihak tertentu jika mengatakan negara-negara
lain memberi tawaran insentif yang lebih baik.” Dia menambah “ Jika ia adalah
benar, Malaysia masih mempunyai kelebihan daripada negara-negara lain dan
pelabur-pelabur asing membuat keputusan dari keseluruhan aspek termasuk
kestabilan politik dan pengurusan ekonomi dan bukan saja berdasarkan kepada
insentif sahaja.” “ Saya telah berbincang dan bercakap dengan pelabur-pelabur
asing dan mereka masih berfikir Malaysia merupakan sebuah negara yang bagus.”

Lihatlah bagaimana fakta sebenar telah diputar-belitkan oleh PM sasau. Boleh
percaya ke cakap dia? Mahazalim tidak berani menjelaskan sejauh mana seriusnya
masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh Malaysia. Mahazalim enggan mengaku
secara terus terang yang Malaysia tidak lagi merupakan negara pilihan pelabur
asing. Apa yang sebenarnya berlaku, Malaysia menghadapi berbagai-bagai masalah
serius yang menakutkan para pelabur asing. Ketidakstabilan politik, kredibiliti,
kawalan modal, ketelusan pentadbiran kerajaan, rasuah, rombakan dan penyusunan
semula korporat yang tertangguh, tiada berita mutakhir mengenai penggabungan
bank dan dasar kerajaan yang samar-samar. Ini adalah sebab-sebab yang
menyebabkan pelabur asing tidak lagi berminat melabur di Malaysia. Mahazalim
sudah tentu tidak akan memberitahu keadaan yang sebenar mengenai pelaburan
langsung asing. Adalah tidak munasabah Malaysia hanya mempunyai beberapa
masalah.

Bagaimana dia mahu membuat penjelasan mengenai pelabur-pelabur asing menarik
keluar pelaburan dari Malaysia. Kawalan modal adalah punca segala-galanya.
Walaupun insentif akan diberikan kepada pelabur asing melalui belanjawan 2001,
ia tidak akan memberi keyakinan kepada para pelabur. Tiada siapa mahu lagi
melabur dan membeli saham di Malaysia.

Dia berkata para pelabur asing masih berfikir Malaysia merupakan negara yang
bagus. Ini semua bohong. Masa dulu pelabur asing melabur di Malayia disebabkan
kestabilan politik. Adakah PM berani mengaku kestabilan politik berada dalam
keadaan terkawal? Bagaimana penjelasan PM mengenai perpecahan kaum di mana dia
adalah dalang? Adakah PM berani mengaku yang kerajaan dapat menguruskan ekonomi
dengan baik? Apakah rasional dan sebab munasabah perlunya bail-out kesemua
kroni-kroni dan anak-anak PM yang hampir bankrap? Apakah perlunya membina
projek-projek mega. Ia adalah suatu pembaziran duit rakyat sehingga negara
berhutang keliling pinggang.

Mana perginya wang royalti berbillion-billion ringgit yang telah diterima dan
dibelanjakan oleh kerajaan BN yang memerintah negeri Terengganu dahulu. Negeri
Terengganu masih merupakan antara negeri yang termiskin dan yang hairannya macam
mana BN boleh berhutang RM 700 juta. Sampai hari ini BN tidak berani memberi
penjelasan kepada rakyat bagaimana mereka menguruskan wang royalti.

Berani dia mengatakan Malaysia hanya mempunyai sedikit masalah. Siapakah para
pelabur yang dia telah berbincang?. Entah-entah dia sendiri yang cakap. Kalau
benar dia berbincang dengan pelabur asing, sudah tentu pelabur asing tidak akan
berkata suatu yang buruk mengenai Malaysia dihadapan Perdana Menteri. Saya tidak
nampak keyakinan pelabur asing akan berubah. Semasa Rafidah mengetuai rombongan
ke US, dia ditanya mengenai kestabilan politik di Malaysia. Sudah tentu
tergagap-gagap dia memberi penjelasan kepada pelabur asing. Ini menunjukkan
pelabur asing amat berhati-hati dan perlu berfikir panjang sama ada mahu melabur
di Malaysia atau tidak.

LTL

Artikel 11

Filem MCA dan BPR

Seperti mana yang kita ketahui, MCA (Malaysia Comunist Association) dan BPR
(Badan Pelindung Rasuah) sedang dalam proses menerbitkan filem mereka.

Tajuk filem

MCA – Ecstasy
BPR – Lesen Terbang dan Lesen Gerenti Lulus

Pengarah Filem

Ecstasy – Presiden MCA
Lesen Terbang – Pengarah BPR

Penerbit filem

Ecstasy – Pengampu Mahakuasa Production Sdn Bhd
Lesen Terbang – Pelindung Makansuap Production Sdn Bhd

Penaung filem
Mahahtir@mahafiraun

Penulis skrip

Kedua-dua skrip ini ditulis oleh Mahathir@mahafiraun

Pelakon Utama

Ecstasy – pemimpin-pemimpin MCA
Lesen Terbang – Pengarah dan pegawai BPR

Pelakon pembantu

Ecstasy – penagih dadah, ibubapa, doktor
Lesen Terbang – orang bawahan BPR

Pelakon undangan

Ecstasy – setahu aku tak ada
Lesen Terbang – JPJ

Pelakon tambahan

Ecstasy – polis, pengedar ecstasy, tuan punya pub, disko, karaoke, kelab malam,
pusat urut dan
                 lain-lain
Lesen Tebang – perasuah

Jenis filem

Kedua-dua jenis filem adalah lawak bodoh lagi membodohkan

Kategori filem

Kedua-dua filem dikategorikan sebagai U – sesuai ditonton untuk semua lapisan
masyarakat.
Tapisan kedua-dua filem ini dikecualikan oleh FINAS atas arahan kerajaan
(unsensored version).

Lokasi penggambaran

Ecstasy – ibu pejabat MCA, seluruh Malaysia di kelab malam, disko, pub, karaoke,
pusat urut
Lesen Terbang – ibu pejabat BPR, JPJ, rumah-rumah perasuah

Masa penggambaran

Ecstasy – hanya dijalankan pada waktu malam sampai pagi
Lesen terbang – 24 jam (nak challenge mahafiruan “kuat bekerja”)

Tempoh penggambaran

Ecstasy – telah dijalankan hampir dua bulan. Sampai bila tidak diketahui.
Lesen Terbang – telah dimulakan kira-kira sebulan lebih yang lepas dan akan
dilanjutkan
                          sehingga 15 Oktober 2000. Berita terbaru, ia akan
dilanjutkan lagi hingga
		  17 November 2000.

Special effect

Ecstasy – tidak banyak cuma pada iklan suratkhabar. Muka-muka penagih ditutup
Lesen Terbang – Tidak banyak. Muka perasuah tidak ditutup. Saja nak gertak orang

Promosi

Ecstasy – MCA telah menjalankan kempen Ecstasy dan diberi liputan dalam
suratkhabar dan tv.
Lesen Terbang – surat khabar,radio dan tv memainkan peranan penting untuk
memerangkap
                            perasuah

Kos penggambaran

tidak diketahui

Sambutan dan pandangan (komen) orang ramai

Sambutan dan pandangan orang ramai dalam kedua-dua filem itu amat mengecewakan.
Kata orang tidak real, budak kecil pun tidak akan terpedaya dengan filem murahan
MCA dan BPR. Orang ramai sudah tahu ada udang disebalik batu dalam kedua-dua
filem itu.

Ecstasy
Masalah penagihan Ecstasy adalah masalah orang Cina. MCA berharap sumbangan
mereka untuk membanteras penagihan akan mendapat semula sokongan dan kepercayaan
daripada orang Cina. Rata-rata orang Cina membenci dan kecewa dengan sikap
pemimpin-pemimpin MCA yang tidak menjaga kepentingan orang Cina dan tidak berani
bersuara apabila PM tak betul menyamakan orang Cina sebagai Komunis. Tujuan MCA
menerbitkan filem ini ialah mengalih pandangan orang ramai daripada membicarakan
isu rasuah anak Presiden MCA.

Tambahan pula, serbuan hanya dilakukan di kelab malam, pub, karaoke dan
lain-lain. Orang ramai berpendapat adalah lebih baik dan berkesan jika polis dan
MCA menangkap sindiket dan dalang (ikan paus) dan bukan ikan bilis seperti
penagih ecstasy. Malangnya sampai hari ini, MCA dan polis tidak dapat mengenal
pasti siapakah dalang yang melakukan kegiatan ini atau mereka memang tahu tapi
mereka tidak berani mengambil tindakan. Aku nak tengok siapa dalangnya.

Saya berpendapat dalang itu diketuai ahli kongsi gelap dan samseng Cina. Sudah
tentu MCA tidak berani mengusik ahli kongsi gelap. Polis pun takut dan sudah
tentu tidak sanggup gadaikan nyawa. Ahli kongsi gelap bukannya kita tak tahu,
mereka ini ganas dan tak takut mati. Serbuan ke tempat yang saya telah saya
telah sebut tadi adalah lakonan dan menunjukkan ada usaha dari MCA yang kononnya
prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh orang Cina.

Lesen Terbang
Kalau saya nak bandingkan filem Lesen Terbang dan Ecstasy, jalan cerita Lesen
Terbang lebih bercelaru dan kelam kabut daripada Ecstasy. Orang ramai tak
percaya dengan usaha BPR untuk menghapus gejala rasuah. Sama seperti Ecstasy,
BPR tidak dapat menghapus rasuah hingga ke akar umbi. Apa yang dapat mereka
lakukan ialah cuba menahan dan menangkap ikan bilis yang memberi rasuah kepada
pegawai JPJ.

Perasuah tidak akan terpedaya dengan tipu muslihat BPR. BPR tidak mempunyai
maklumat yang cukup dan sahih. Serbuan BPR dari rumah ke rumah hanya nak
menggertak perasuah.
Bukan senang nak kalau nak buktikan ada berlakunya rasuah. Tanpa bukti yang
kukuh, pemandu boleh menyaman balik BPR kalau BPR tersalah menahan mereka.
Bagaimana BPR mahu menyiasat lebih 100,000 perasuah dalam masa 16 atau 17 hari?
Selepas selesainya kes rasuah yang melibatkan pegawai atasan JPJ, BPR akan
beralih untuk menyiasat lesen terbang teksi pula. Jadi sampai bila BPR nak
menyiasat kes rasuah ikan jerung?

Kalau begitu BPR sengaja melengah-lengahkan siasatan mereka kerana saya percaya
perbuatan mereka melindungi ikan paus. Orang ramai mahu BPR menyiasat kes rasuah
Eric Chia, Ali Abul Hassan Sulaiman, Rafidah Aziz, anak Lick Liong Sicko dan
lain-lain.

Harga tiket

Tidak dikenakan bayaran tak kira tua dan muda. Subsidi 100% dari kerajaan tapi
duit kerajaan duit rakyat juga. Nak kata free pun tak betul juga.

Ratings

Tak ada gunanya saya nak beri ratings dalam kedua-dua filem ini yang sememangnya
layak dikategorikan sebagai the worst films of the year.

LTL