EMAIL KIRIMAN YANG KAMI SIARKAN
 
WEBMASTER,
 
Membaca tulisan Pena Suasa ada juga kebenaran,kerana memang benar kita bukan
seperti UMNO yang tidak boleh menegur pemimpin,tetapi janga sampai teguran
kita diambil kesempatan oleh pihak musuh untuk untuk di jadikan isu
menghancurkan kita.Perjuangan kita masih jauh kita umpama berada dimulut
naga tetapi kita masih lagi berhujah siapa benar Marinakah atau
Chandra.Sedang kita masih banyak memerlukan tenaga dan fikiran untuk
menentang fahaman mahathirisme.Seharusnya dalam demokrasi kita akur kepada
pemimpin yang menang dan jika pemimpin tersilap kita tegur dengan cara yang
berhemah dan menerusi saluran yang betul.
 
Saya fikir tutuplah kes Marina dan Chandra.Jika yakin didalam perjuangan
kita sampai di satu tahap tapisan akan berlaku.Sesiapa yang benar akan terus
kekal dalam perjuangan kita. Jangan di teruskan isu ini lagi kerana ia kan
memakan diri kita. Di depan kita masih banyak isu besar yang perlu kita
hadapi.
 
CZACK
Seremban