MAKAN MALAM MEMPERINGATI 2 TAHUN REFORMASI

Sempena Bulan Reformasi 2000, Majlis Makan Malam Memperingati Dua Tahun Reformasi akan diadakan di restoran Dataran Merdeka pada 20 September. Majlis makan malam ini adalah anjuran Jawatankuasa Penerangan Parti keADILan Nasional yang dipimpin oleh Sdr. Roslan Kassim. Majlis akan bermula pada pukul 8:30 malam.

Tujuan majlis ini adalah untuk memperingati ulang tahun ke-2 perjuangan reformasi.

Tetamu khas adalah YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti keADILan Nasional serta pemimpin-pemimpin tertinggi parti-parti Barisan Alternatif yang terdiri daripada PAS, keADILan, DAP dan PRM. Turut diundang khas adalah pasukan peguambela Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

 

Dijangka para pemimpin NGO daripada SUARAM, ABIM, PUM, HAKAM, JIM, PKPIM, KARISMA, LRC, TENAGANITA dan aktivis reformasi serta OKT akan hadir pada majlis tersebut.

 

Polis telah memberi permit bagi tujuan mengadakan majlis makan malam itu. Polis juga memberitahu mereka yang memiliki tiket sahaja yang akan dibenarkan berada di kawasan Dataran Merdeka tersebut.

 

Jawatankuasa Bulan Reformasi menasihatkan para penyokong reformasi yang akan menghadiri majlis tersebut agar membawa tiket masing-masing dan menunjukkan kepada pihak polis yang akan berada di sana jika diperlukan.

Sebanyak 140 meja disediakan dengan anggaran 1,400 akan hadir pada malam itu. Tiket-tiket boleh dibeli dari Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat keADILan.

Pihak penganjur juga akan membuat persediaan tambahan sekiranya bilangan yang hadir meningkat.

 

Hj. Saari Hj. Sungib                                                        

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,                         

Parti KeADILan Nasional                                                 

14 September 2000

 

http://bulanreformasi.tripod.com