Assalammualaikum para webreformis Teruskan usaha menyampaikan maklumat terkini pada rakyat walaupun ditindas dengan apa jua dugaan sekalipun. Kami menyokong anda. Pastikan kerajaan yang zalim ini ditumbangkan!!!!!

artikel :

INSTITUSI RAJA, RAKYAT DAN NAMA ISLAM DALAM PERTUBUHAN & PARTI POLITIK

Kaki pukul, pembunuh, toke judi, kaki arak, kaki perempuan dan banyak lagi bila kita imbas kembali sultan-sultan yang menjadi kebanggaan rakyat yang juga merupakan warisan melayu yang utama. Tetapi inikah contoh yang baik yang ingin diketengahkan oleh institusi raja-raja di negara ini. Orang yang kita sanjung, kita hormat, kita percaya dan kita doakan mereka disetiap sembahyang Jumaat, rupa-rupanya orang-orang yang begitu hina disisi agama.

Pembongkaran skandal seks Sultan Pahang beberapa minggu lalu oleh MalaysiaKini telah menambah lagi rasa benci rakyat terhadap institusi raja-raja yang bukan sahaja gagal menjadi ketua yang baik malah telah mula mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap agama rakyat dan negara. Lebih menyedihkan lagi baru-baru ini apabila dipaparkan dalam media-media utama mengenai pembinaan Istana Selangor dan Istana Melawati atau Istana hinggap Persekutuan yang juga dikatakan merupakan sebahagian daripada Istana Negara yang baru. Inilah pertama kali saya mengetahui tentang wujudnya pembinaan 2 istana ini yang kosnya tak disebut langsung . istana Selangor dengan keluasan 1.2 hektar dan Istana Melawati dengan keluasan 6.8 hektar seperti yang dilaporkan adalah merupakan satu lagi projek membazir. Mengapa perlu dibina istana yang begitu banyak semata-mata nak tempatkan hanya 2 orang sahaja. Dari mana duit untuk membina istana ini diperolehi. Tentunya duit rakyat, takkan agong kita kaya macam tu sekali. Patutkah pembinaan ini dilakukan memandangkan peranan Agong itu sendiri. Apa yang dia dah bagi kat kita? Apa faedah yang kita dapat? Tak ada apa. Cuma yang ada duit yang sepatutnya dihulurkan bagi membantu rakyat yang lebih memerlukannya mengalir begitu saja. Apa pula jadi dengan istana yang ada sekarang? Jadi muzium? Kenapa? Agong tak selesa ke dengan istana yang ada. Fikirlah rakyat yang kat bawah ni, nak cari sesuap nasi pun susah. Jangan keselesaan yang mereka perolehi sedangkan orang lain menderita semata-mata nak bagi mereka ini keselesaan.

Satu lagi peristiwa yang berlaku ialah cubaan menghapuskan atau mengasingkan nama ISLAM dari pertubuhan-pertubuhan dan parti-parti politik. Pengumuman yang bakal dibuat oleh majlis raja-raja akan dapat dinilai sendiri oleh rakyat tentang fungsi dan peranan raja-raja melayu yang telah terpesong oleh telunjuk MAHATHIR jahanam itu. Jika ia benar- benar terjadi dan perkataan ISLAM diharamkan penggunaannya untuk setiap pertubuhan dan parti politik maka negara yang kononnya negara Islam ini akan mengikuti langkah negara Turki untuk menjadi sekular. Apakah mereka-mereka ini tidak sedar yang mereka bangga dan mengaku agama mereka islam dalam pada itu ingin menghancurkan gerakan-gerakan islam. Mereka ini benar-benar munafik dan perlu kita musuhi. Apakah raja-raja kini sudah takut dengan Mahathir laknatullah ataupun mereka ini sudah bertuhankan Mahathir.

Oleh itu kami mahasiswa memberi amaran bahawa sebarang usaha memisahkan ISLAM dari pertubuhan dan parti politik akan kami tentang habis-habisan. Panggilan JIHAD akan kami laungkan untuk mempertahankan ISLAM. Kami akan beramai-ramai turun dijalanan dan sanggup bermandi darah namun menyerah tidak sama sekali demi menegakkan ISLAM. Kami memberi amaran keras kepada kerajaan seandainya mereka tetap dengan pendirian mereka untuk menghapuskan ISLAM ,kami rela syahid dijalan Allah…

ALLAHUAKHBAR!!!.