KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

24.06.2000

Salam Reformasi

 

BILA SISTEM KEHAKIMAN KITA DISELUBUNGI RASUAH.

 

Agustine Paul nama yang menjadi kiasan kepada keruntuhan sistem perundangan. Khidmat Agustine Paul sebagai pembunuhannya terhadap sistem keadilan adalah serupa dengan khidmat-khidmat Peguam Negara dan  Ketua Hakim Negara.

 

Kini nama Augustine Paul dibabitkan dengan injunksi keatas mesyuarat EGM Bar Council. Dimaklumkan kepada Komentar beberapa siri perjumpaan dilaksanakan antara R.K Nathan peguam yang bertanggungjawab terhadap permohonan injunksi tersebut bagi memastikan injunksi tersebut berjaya menghalang Mesyuarat tergempar Majlis Peguam Negara.

 

Dalam perkara ini Augustine Paul telah memaklumkan kepada Raja Segaran atas kehendak Ketua Hakim Negara maka satu injunksi hendaklah dikemukakan bagi menghalang agar mesyuarat EGM Majlis Peguam Negara bagi kes berkaitan dengan beliau dibatalkan.

 

Beberapa permohonan seperti menghalang dan membatalkan kes Raja Segara khususnya berkenaan lapuran polis terhadapnya. Augustine Paul memaklumkan bahawa AG akan diberitahu dan perkara itu akan diselesaikan.

 

Dimaklumkan semasa perbincangan mengenai tindakan menghalang EGM Majlis Peguam Negara terdapat 2 situasi yang melibatkan Hakim RK Nathan dan Malik Ishak. Dimaklumkan lagi bahawa Tan Sri Edgar Joseph turut memberi input untuk memulakan tindakan menghalang mesyuarat tersebut.

 

Sehubungan dengan itu wang juga telah memainkan peranan dalam tuntutan Raja Segaran. Jumlah wang yang dituntut dan diberi kepada Raja Segaran adalah sebanyak RM 500,000.00.

 

Apabila sudah selesai perbincangan mereka maka mereka bersetuju melantik DP Vijindran. Mereka setuju dan DP Vijindra adalah antara mereka yang berdendam kerana tindakan Majlis Peguam menarik lessen perniagaan beliau.

Peranan mainan mereka dalam Badan Kehakim kini semakin membusukkan. Hakim Malik Ishak diberitakan akan berrsidang atas perkara tersebut.

 

Begini rupanya sistem keadilan kita