Komentar
18-03-2001

Apa yang sebenarnya berlaku dalam Mesyuarat Majlis Peguam Negara pada 17-03-2001. Kenapa Sulaiman Abdullah disingkirkan dari menjawat jawatan Presiden untuk menamatkan penggalnya? Apakah yang dimaksudkan oleh Mingguan Malaysia tentang isu kebebasan beragama yang menjadi ketidakpuasan hati ahli-ahli Majlis? Kenapa isu kebebasan agama di persoalkan dalam Mesyuarat tersebut?

Mungkinkah senario ini ada kaitan dengan desakan majoriti ahli Majlis Peguam Negara terhadap BUKAN SAHAJA ISU KEBEBASAN AGAMA tetapi ISU KEBEBASAN PERTUKARAN AGAMA khususnya bagi mereka yang menganuti agama Islam.  Apakah palsu kalau KOMENTAR berkata bahawa pengguguran Presiden Sulaiman Abdullah adalah kerana ketetapan beliau untuk tidak bersetuju dengan beberapa fakta mengenai KEBEBASAN PERTUKARAN AGAMA?

Majlis Peguam Malaysia tidak sedar mainan isu sensitif ini sebenarnya menjentik keadaan budaya politik dalam negara kita ini. Bukankah kita juga perlu menghormati Mahkamah Syariah dan perundangan Islam (Syariah)?

Komentar menyaran agar mereka yang tahu apa sebenarnya berlaku dalam Majlis Peguam Malaysia supaya tampil kehadapan memberitahu dan jangan menyorokkan butiran sebagaimana kekeliruan isu Kg Medan sedikit masa dahulu.

MAJLIS PEGUAM NEGARA, jangan ada ahli yang dipulas telinga kerana  politik.

Komentar akan mengulas lagi mengenai isu ini sebaik sahaja input dari rakan Komentar , seorang peguam yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Komentar