Artikel 8

PAS dicabar bawa kes royalti wang ke mahkamah

Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar PAS jika PAS tidak
berpuas hati mengenai isu wang royalti. Apa motif naib presiden UM NO ini? Ia
terpulang kepada keputusan PAS. Saya rasa Najib tak puas hati kerana dia ingin
melihat PAS membawa is royalti minyak ke mahkamah. Oleh itu terlepas peluang dia
ingin melihat sandiwara kes mahkamah mengenai wang ehsan.

Dia menyindir dengan berkata PAS boleh mencabar kerajaan di mahkamah sekiranya
PAS berpendapat apa yang kerajaan buat adalah tidak betul. Dia berkata parti PAS
tidak berkeyakinan membawa isu itu ke mahkamah. Kenyataan yang dikeluarkan
olehnya adalah tidak bertanggung jawab seolah-olah menunjukkan kerajaan BN amat
berkuasa. Dia mencabar PAS jika PAS berani bawa isu wang royalti ke mahkamah.

Sebenarnya PAS boleh membawa isu ini ke mahkamah dengan bertujuan untuk
memalukan dan menjatuhkan lagi kredibiliti kerajaan yang semakin tercalar. Ia
adalah peluang baik untuk PAS tetapi PAS merasakan dengan membuat roadshow untuk
memberi penjelasan kepada rakyat adalah suatu langkah yang lebih baik. Biarlah
rakyat jadi mahkamah untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.
Biarkan saja kerajaan BN. Tiada gunanya layan mereka.

Mungkin Najib terlupa yang dia hampir- hampir kalah dalam pilihan raya umum yang
lepas. Dia sepatutnya bersyukur yang dia menang dengan undi majoriti yang sikit.
Kenyataannya yang sinis seolah-olah dia yakin dapat mempertahankan kemenangannya
pada pilihan raya umum ke 11. Mungkin kemenangannya dalam pemilihan naib
presiden UM NO menjadikan dia seorang yang ego. Jika ditakdirkan dia akan kalah
dalam pilihan raya umum akan datang, dia seharusnya salahkan diri sendiri dan
jangan salahkan orang lain.

LTL