Sekitar Mahkamah pada 9 November 2000

KOMENTAR

Salam Reformasi,

Dengan keengganan YB Mahfuz dan rakan PAS yang lain untuk membayar denda satu "signal" khusus telah di beri kepada Dr Mahathir dan kuncu UMNO yang lain. "Signal" tersebut berbunyi, bahawa kepimpinan Barisan Altenatif tidak akan berkompromi dengan prinsip perjuangan yang mereka bawa biarpun mereka terpaksa mengharung hidup selama 1 bulan di penjara. Keberanian kepimpinan Alternatif mencabar keberanian Pemuda UMNO yang hanya tahu membodek kepimpinan atasan khususnya Mahathir Mohamed.

Yang pasti, mereka bukan berjuang untuk diri mereka sendiri tetapi mereka berjuang untuk rakyat dan agenda rakyat.

Menjadi bukti apabila mereka sanggup dipenjara asalkan prinsip perjuangan tidak tergadai. Mahathir Mohamed , dengan teladan ini maka rakyat akan bangkit tanpa ketakutan lagi. Rakyat yang mendokong reformasi tidak akan gentar pada ugutan penjara. Kami akan menyadarkan kebebasan peribadi asalkan Malaysia bebas dari kejijikan budaya pembodek,rasuah, kronisma dan rasuah.

Mahathir sudah sampai ketikanya kamu kami turunkan.

 

Komentar