KOMENTAR

SIASATAN SUHAKAM

YB Mahfuz di temuramah setelah memberi kenyataan di SUHAKAM mengenai keganasan polis.

SIASATAN SUHAKAM PADA 12.12.2000

Saksi :- YB Mahfuz Omar Ahli PArlimen Pokok Sena Kedah

KETUA PEMUDA PAS

Saya dari persimpangan Awan Besar menunju Jalan Kebun melalui Lebuhraya Kesas. Jalan sesak dan saya turun dari kereta dan berjalan kaki.

Selepas berjalan lebih kurang 1 km Lokman Noor Adam membawa saya menaiki motor. Lebih kurang 1 km juga saya bertemu dengan Sdr Ezam Mohd Noor.

Kami berjalan lebih kurang 1/2 km dan berhenti menunggu kepimpinan lain.

Lebih kurang 7 pemimpin memberi ucapan pendek dan Sdr Ezam memberi ucapan penghabisan. Akhirnya Sdr Lokman Noor Adam mengumumkan untuk bersurai dan saya, Ezam, Zainur Zakaria dan Faisal Sanusi pergi untuk berunding dengan polis supaya membuka jalan.

Pegumuman beruding dibuat tetapi FRU telah bergerak menyembur air yang mengandungi bahan kimiadan orang ramai berkeliaran lari.

Kami tidak dapat meneruskan perbincangan. Bukan sahaja air kimia tetapi gas pemedih mata juga di tembak kearah kami.

Komentar

BERSAMA YB SABU AKAN DISIARKAN LEWET PETANG NANTI