KOMENTAR

 

YB MAHFUZ OMAR, SDR SALEHUDDIN AYOB, HJ JAMALUDDIN  DI PENJARA 1 BULAN

 

Mahakamah telah menjatuhkan hukuman 1 bulan penjara atau denda 1,500 bagi Yb Mahfuz Omar. Sallehuddin Ayob, Hj Jamaluddin dan Minhat Mahmud kerana menyertai perhimpunan membantah kehadiran Isreal bagi perlawanan kriket.

 

Bagi membantah kehadiran undang-undang yang menghalang kebebasan bersuara dan hak rakyat untuk berhimpun YB MAHFUZ, SALLEHUDDIN AYOB DAN HJ JAMALUDDIN enggan membayar denda dan di penjarakan 1 bulan. Sdr Minhat Mahmud yang baru keluar dari IJN membayar denda atas sebab kesihatan.

 

Kerajaan sudah mula rakus dalam menghalang rakyat bersuara. Kita patut berbangga dengan keberanian kepimpinan Alternatif yang sanggup di penjara semata-mata memperjuangkan hak rakyat.

 

Pemuda Alternatif nyata berani tidak seperti Pemuda UMNO yang hanya tahu membodek dan terus mengampu Mahathir.

 

Bagi Hishammuddin Hussein Onn, Aziz Sheikh Fadzil dan pemuda UMNO seluruhnya…. Sampai bila mahu hidup membodek.

 

Komentar.