KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

11.06.2000

Salam Reformasi

 

Laman Reformasi kini dihidupkan sementara menggunakan URL lama mereka yakni http://mahazalim.tripod.com. Kenyataan yang diterima oleh Komentar menerangkan bahawa satu pembunuhan suara rakyat kini berlaku dengan pencabulan terhadap Laman Reformasi (mahazalimtwo). Kenyataan pembunuhan sebegini menunjukkan betapa tertekannya suara kita rakyat Malaysia. Laman Reformasi (Mahazalim) juga mempamerkan satu email yang menunjukkan bahawa Laman Reformasi ( Mahazalimtwo) telah ditamatkan. Ini adalah sesuatu yang paling menghayati hati. Komentar walaubagaimanapun kagum dengan semangat mereka seperti yang termaktub dalam kenyataan media yang telah Komentar siarkan. Banyak dugaan dan rintangan yang kami selaku Web Master alami dalam memperjuangkan tuntutan reformasi baik secara jalanan mahupun melalui siber ini. Komentar selaku seangkatan dengan mereka akan terus berusaha memberi segala bantuan dan khidmat kepada Laman Reformasi yang menjadi idola Komentar. Insyallah tuntutan Reformasi Sdr Anwar Ibrahim akan berjaya kelak.