MAHATHIR@POLIS@RAJA……!!!! DIMANA RAKYAT….?????

MAHATHIR@MAHAFIRAUN A/P MAHAZALIM@MAHAKHIANAT .

Sejenis mahluk perosak ditetaskan di Kedah 74 tahun lalu …… spesis jenis T-REX……pendidikan sekolah CIA (Amerika ) dan MOSAD (Israel)…… Jawatan seumur hidup Maharaja / Presiden / Perdana Menteri / Ahli Politik / Polis / Hakim / Mufti / Tentera / Raja . Zuriat dan rakan ….. ramai tak terkira…. Sebahagianya….Marina / Mohzani / Muhklis dan Mirzan, kroni dan teman rapat Daim / Eric Chia / Vincent Tan / Rafidah / Sanusi Jonet / Megat Jonet /  Dolah Badawi / Umi Halfida / Azizan / Tengku Adnan / Azlina Othman dan rakan-rakan sewaktu denganya.

Spesis T-REX kod Mahafiraun@Mahazalim ini adalah spesis terakhir kepada Patung Berhala UMNO@BN , spesis ini dalam proses pupus kerana serangan penyakit….khianat, tamak haloba, hasad dengki, rakus kuasa, gila kuasa, gila talak, suka merompak harta rakyat, suka berpoya-poya, suka berjudi, suka bermaksiat…… tiada vaksin yang sesuai ditemui untuk mengobati penyakit berjangkit ini……sehingga serum dari CUBA pun tak mampu digunakan untuk mengubati penyakit ini…..hanya satu cara sehaja…… tangkap dan penjarakan serta asingkan dari rakyat marhain.

Spesis T-REX dan rakan-rakan sewaktu dengan…..kini dalam proses penyalinan kulit dan rupa…..??? sehinggakan warna hijau menjadi ancaman pada mereka….wal-hal mereka ini hidup dalam suasana kehijauan…..kini mereka cuba mengubah suasana hidup mereka dalam suasana merah dan putih pula…..yang pastinya pewarna merah tak mencukupi…jadi dipaksa darah merah rakyat marhain dialirkan untuk mencukupi suasana merah mereka.

T-REX Mahathir@Mahafiraun , mempunyai hobi tetap …. " LONTAR BATU SOROK TANGAN "….antara mangsanya …..
1) Musa Hitam, 2) Ghafar Baba, 3) Sultan Johor, 4) Sultan Selangor, 5) Yang DiPertuan Besar N.Sembilan, 6) Anwar Ibrahim,  7) Tun Salleh Abas, 8) Almarhum Tunku Abdul Rahman, 9) Allahyarham Tun Abd.Razak dan Tun Hussein Onn,                       10) Allahyarham Tan Sri Yahya, 11) Tengku Razaleigh, 12) Sultan Kelantan, 13) Daim Zainuddin, 14) Allahyarham Datuk Asri, dan banyak lagi serta bertan-tan telah menjadi kambing hitamnya…..???? Kesukaan T-REX ini…..melihat rakyat marhain merempat dan meminta-minta…..serta miskin dan papa kedana……!!!! Hiburan kesukaan ……..Filem dari India serta artisnya…..???? Siri TV kesukaan Buletin Utama TV ¾ serta Radio & TV Mahathir (RTM) dan Akbar kesukaan Utusan Meloyakan serta Berita Hairan…..!!!! Pasukan Elit kesukaan FRU dan SB……..!!!! Sukan kesukaannya…..pukul dan penjarakan rakyat marhain dengan mengunakan pemain dari pasukan elit FRU dan SB….!!!! Minuman dan makanan kesukaan…. Darah serta daging manusia rakyat dan bangsa Malaysia….!!!! Harta yang dimiliki…..tak terkira….. semua harta dan khazanah di Malaysia ini adalah milik mutlak spesis T-REX Mahathir@Mahafiraun …..!!!!!

Nota :- Spesis T-REX jenis ini tak banyak dalam dunia ada dua-tiga ekor aje…!!!! Tapi yang kat Malaysia ini adalah paling ganas dan paling bijak menipu…..!!!! Pasukan Pemusnah T-REX ini masih berusaha untuk menangkap serta memusnahkan spesis  T-REX ini…..agak susah memusnah T-REX di Malaysia ini kerana ia dibantu oleh T-REX dari (  Israel / Singapura / Yugoslavia/ Russia /  Amerika / Cuba )…..proses penangkapan dan pemusnahan ini memerlukan masa …..!!!!

PDRM = POLIS DR.MAHATHIR @ POLIS REJIM UMNO@BN.

8hb.Nov.2000, Parlimen Malaysia meluluskan perbahasan mengenai kekejaman dan kezaliman POLIS diperhimpunan 100,000 rakyat di Jalan Kebun…. Speaker Dewan Rakyat bersetuju kedua pihak dari Barisan Nasional dan Barisan Alternatif berhujah dan mencadangkan pada Parlimen apakah tindakkan terbaik yang perlu diambil kepada POLIS yang zalim dan kejam ini.

Beberapa bukti dan hujah telah dikemukakan dalam Parlimen……Speaker Dewan Rakyat akhirnya memutuskan pihak SUHAKAM perlu menyiasat perkara sebenar yang berlaku pada 5hb.Nov.2000, dan memohon POLIS mengikut Perlembagaan Persekutuan Fasal 10 serta melindungi keselamatan nyawa dan harta benda orang awam. POLIS tidak boleh sewenang-wenangnya mengunakan kuasa untuk membuli dan menzalimi rakyat jelata. POLIS juga tidak boleh digunakan untuk kepentingan Parti Politik atau kepentingan peribadi individu seperti yang berlaku sekarang.

Apa yang dilihat dalam Dewan Rakyat…..para juak-juak UMNO@BN masih mahu menafikan dan berbohong…..kerana UMNO@BN telah memperalatkan pihak POLIS untuk kepentingan Parti dan Peribadi mereka….dan bukanya berkonsep "Mesra Rakyat " serta "Berkhidmat Untuk Rakyat"…..Institutsi POLIS kini telah dijatuhkan maruah dan harga diri oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun …..sehinggakan rakyat beranggapan POLIS kini adalah musuh dan seteru kepada rakyat marhain dan Barisan Alternatif. Suasana begini telah menjadikan Jabatan POLIS sebagai satu Jabatan yang dimiliki sepenuhnya oleh pihak UMNO@BN serta kuncu-kuncu Mahathir@Mahafiraun ……mereka berhak mengarah dan mengunakan POLIS untuk apa jua kegunaan mereka……dan Jabatan POLIS tak ubah seperti hamba-abdi kepada UMNO@BN .

Didalam Dewan Rakyat ini juga pihak Kerajaan UMNO@BN masih mahu mengaku Jabatan POLIS adalah milik mereka…..dan Jabatan POLIS boleh digunakan mengikut budi-bicara ahli Politik UMNO@BN….dalam memastikan kuasa berada didalam tangan mereka…..sehinggakan Ahli Parlimen UMNO@BN sanggup menafikan bukti-bukti yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Barisan Alternatif didalam Parlimen. Perbuatan mempertahankan perbuatan zalim dan keji FRU dan SB pada 5hb.Nov.2000 oleh UMNO@BN telah membuktikan UMNO@BN adalah penyokong kuat terhadap kezaliman serta kepincangan dalam Jabatan POLIS serta sistem pemerintahan tajaan UMNO@BN . Tindakkan POLIS tidak memberikan senarai penuh OKT kepada Peguam bela adalah satu perbuatan jahat yang ingin melindungi sesuatu perkara yang tidak kena terhadap perlakuan pihak POLIS terhadap orang awam ( sila lihat fakta kes DSAI apabila dia di pukul oleh Rahim Nor ) ….. perbuatan menahan reman orang awam dalam tempoh yang lama juga telah membuktikan pihak POLIS cuba menghapuskan fakta dan bukti yang pihak POLIS telah berlaku zalim dan kejam kepada orang awam.

Kini Institutsi POLIS telah disalah-gunakan oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun untuk kepentingan peribadi mereka….maruah dan moral serta disiplin anggota POLIS kini telah berada ditahap gawat dan teruk akibat menerima arahan pihak atasan yang bertugas untuk UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun ……seluruh rakyat marhain kini telah meletakan Jabatan POLIS sebagai satu Jabatan yang tidak boleh dipercayai dan diharapkan untuk melindungi harta benda dan keselamatan orang awam…..POLIS kini tidak ubah seperti anjing suruhan UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun .

Sekiranya Dewan Rakyat gagal mengembalikan martabat dan maruah Jabatan POLIS…..kelak dimasa akan datang POLIS DIMALAYSIA AKAN BERTINDAK SEPERTI REJIM ISRAEL YANG BERTINDAK ZALIM TERHADAP RAKYAT ARAB….DAN DIWAKTU ITU RAKYAT MARHAIN AKAN MENJADIKAN POLIS SEBAGAI MUSUH UTAMA MEREKA YANG SAMA TARAF DENGAN DADAH / PEROMPAK ATAU SEWAKTU DENGANYA.

RAJA MELAYU = MAHARAJA MAHATHIR@MAHAFIRAUN .

7hb.Nov.2000 sekali lagi Raja-Raja Melayu diperbodohkan oleh Mahathir@Mahafiraun …..dengan termetranya perjanjian       pra-syarat penyerahan PUTRAJAYA kepada Kerajaan Persekutuan kita telah melihat Mahathir@Mafiraun dengan bongkak dan sombongnya menjadi saksi bagi perjanjian ini, sedangkan dia adalah Pengarah Utama bagi perjanjian ini….kan begitu mudah Mahathir@Mahafiraun berselindung dengan kelemahan Raja-Raja Melayu ini…….???

Apa yang kita lihat secara rasminya Majlis Raja-Raja Melayu secara terpaksa akan meluluskan perjanjian pra-syarat ini…..begitu juga Dewan Undangan Negeri serta Dewan Rakyat secara tidak lansung dihalang untuk berhujah dan membincangkan isu penyerahan PUTRAJAYA kepada Kerajaan Persekutuan.

Dengan nilai pampasan RM 200 juta dan RM 7.5 juta setahun sehingga kiamat serta tanah ihsan 10 ekar kepada Negeri Selangor, kita boleh melihat betapa murahnya dan rendahnya nilai hartanah di PUTRAJAYA mengikut penilaian Mahathir@Mahafiraun ….sedangkan nilai tanah di Kuala Lumpur pada tahun 1974 lebih tinggi dari nilai PUTRAJAYA pada tahun 2000…..cuba kita imbas kembali pada tahun 1974, Kerajaan Persekutuan sanggup membayar RM 3.5 bilion wang pampasan dan RM 18.3 juta setiap tahun untuk selamanya untuk pertukaran Kuala Lumpur….!!!! Apakah tahun 2000 ini nilai PUTRAJAYA ini sama nilainya dengan Kuala Lumpur 1974……atau lebih tinggi lagi.

Sejak zaman pemerintahan Mahathir@Mahafiraun telah dua (2) tanahjajah negeri dijadikan milik Kerajaan Persekutuan……apakah tujuan dan maksud sebenarnya…..???? Labuan dan Putrajaya….???? Dan dalam kedua-dua isu Wilayah Persekutuan ini…. Mahathir@mahafiraun tanpa rasa malu atau bersalah mempergunakan kuasa Raja-Raja Melayu untuk kepentingan peribadi dan juak-juaknya ….. sehingga hari ini ….rakyat Sabah dan Sarawak masih menaruh dendam kemarahan keatas perbuatan Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya…..!!!! Kita boleh menjangkakan jika Mahathir@Mahafiraun terus berkuasa di Malaysia……makin banyaklah Wilayah Persekutuan akan di istiharkan……dalam pengamatan penulis mangsa seterusnya adalah…..LANGKAWI…..SEPANG & NILAI……..KERTEH & KEMAMAN……BINTULU……??????

Apalah yang tinggal kini pada Majlis Raja-Raja Melayu….hanya sekadar mesyuarat adat-istiadat sehajalah yang ada pada Raja-Raja Melayu ini…..tidak lebih dari itu….???? Pertembungan kuasa Raja dan Kuasa Maharaja Mahathir@Mahafiraun telah lama berlaku dan Maharaja Mahathir@Mahafiraun telah berjaya memasang perangkapnya sehinggakan Raja-Raja Melayu dan rakyat marhain tidak sedar, dengan tidak secara lansung ia merampas hak raja dan rakyat marhain tanpa bangkangan dan tentangan dari kedua-dua pihak ini…..!!!! Itulah kelebihan Mamak Mahathir@Mahafiraun menipu dan memperlekeh Raja Melayu serta rakyat marhain……tapi selepas tragedi 2hb.Sept.1998….rakyat marhain telah mengorak langkah untuk menentang segala tipu muslihat Mahathir@Mahafiraun …. Tapi sayang seribu kali sayang …… Raja-Raja Melayu masih alpa dan lalai disingahsana kepalsuan ciptaan Mahathir@Mahafiraun ….. Kepada Duli-Duli yang maha mulia …..cukuplah kita menyanggah kepada Mahathir@Mahafiraun kami tidak sanggup untuk derhaka kepada Raja-Raja Melayu…..tapi jangan dipaksa kami derhaka kepada Yang Mulia Tuanku….." Raja Yang Adil Raja Di Sembah " …… " Raja Yang Zalim Raja Di Sanggah " …. Itulah pepatah Melayu akan kami pegang…..kini " Penguasa Yang Zalim Telah Kami Sanggah " …… jangan pula kami terpaksa menyanggah Duli-Duli Raja Melayu…..semoga Allah s.w.t akan memberikan hidayah dan petunjuk kepada Duli Maha Mulia Tuanku serta seluruh rakyat dan bangsa Malaysia dalam mengembalikan HAK RAKYAT DAN KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL….Amin


" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
9HB.NOV.2000

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL