KOMENTAR

 

31.08.2000

 

Salam Reformasi

 

BILA MAHATHIR MEMPERINGATI HARI KEMERDEKAAN

 

Mahathir membuka tirai MERDEKA dengan menuduh bahawa 29 anggota AL’MAUNAH sebagai mereka yang mahu merampas pemerintahan Malaysia. Mahathir lantang  menuduh bahawa Suqiu mirip Al’Maunah dan mirip agenda komunisma. Mahathir, dalam menghampiri sambutan Kemerdekaan sempat mengatakan bahawa kita tidak tahu bersyukur atas apa yang telah dilakukkan oleh kerajaan. Isu Suqiu seolah-olah mendapat restu dari Mahathir untuk dimanipulasikan bagi mengalih fokus rakyat dari menentang kerajaan khususnya UMNO kepada menentang kaum Cina. Sungguh keji mainan Mahathir ini. Sanggup memporak-perandakan kesejahteran perkauman di negara ini semata-mata kerana beliau sedar bahawa  Melayu sedang beralih arus pegangan politik lantas isu Suqiu diharap dapat menenggelamkan isu penolakkan melayu kepada UMNO.

Jelas UMNO terdesak dalam mengumpulkan sokongan. UMNO tercedera kerana mereka membela Mahathir. UMNO hilang sokongan dan melayu tidak lagi menerima UMNO sebagai wadah perjuangan. Perutusan Mahathir untuk Hari Kemerdekaan nyata satu perutusan yang tidak bijak. Mahathir tetap mahu menyampaikan mesej politik dan berusaha menyemarakkan sedikit api perkauman dengan harapan melayu dapat balik ke UMNO. Hentikan Mahathir. Jangan tiupkan api perkauman. UMNO perlu sedar, Mahathir terdesak dan beliau adalah punca segala pergeseran ini.

 

Jatuhkan Mahathir.

 

Komentar