KOMENTAR

Salam Reformasi

05.12.2000

 

MEREKA YANG MENOLAK SEKOLAH WAWASAN ANTI PERPADUAN ANTARA  KAUM

 

Hari ini media arus Perdana terus menyiarkan kecaman Dr Mahathir terhadap golongan Cina yang anti sekolah wawasan. Dr Mahathir menyelar mereka sebagai anti perpaduan antara kaum. Penolakkan itu bermakna mereka tidak mahu adanya perpaduan antara kaum dalam Malaysia, kata Dr Mahathir. Sebenarnya bagi Komentar Dr Mahathir mula bersikap individualistik dalam senario ini. Dr Mahathir bonggak mahu apa sahaja yang di ingini dan dilakukan olehnya di terima. Sebarang kritikkan akan di kecam olehnya. Beliau angkuh dalam setiap kenyataannya seolah-olah Barisan Nasional khususnya dirinya sahaja yang mampu membawa kejayaan kepada Malaysia.

 

Keangkuhan Mahathir kini sudah mula menimbulkan kebencian anggota UMNO sendiri. Kenyataan Mahathir di Kubang Pasu yang menghentam Cina dikatakan peyebab utama kekalahan si Lunas. Ramai anggota UMNO sendiri terpingga-pingga mendengar kenyataan Mahathir tersebut. Mereka menyifatkan Mahathir sebagai sudah "nyanyuk". Andai kenyataan sebegitu di lafazkan pada Pilihanraya ke 10 tentu ranap kerajaan BN selar salah seorang pendokong UMNO di Lunas.

 

Sikap Mahathir memang sudah lama menjijikkan pendokong Barisan Alternatif tetapi kini UMNO pula yang mula terasa bebanan menyimpan Mahathir dalam parti mereka. Anggota UMNO sepatutnya tidak lagi membela Mahathir dan seharusnya membuka mata dan melihat "damage" yang dilakukan oleh beliau sekarang ini. Mereka dalam UMNO jangan lagi dibutakan dengan kepalsuan Mahathir. Mereka yang masih lagi menjunjung Mahathir akan terus tersungkur dengan beliau. Mereka sengaja menutup mata kerana tahu bahawadalam UMNO wang berlegar-legar menanti di baham oleh mereka tetapi sedarlah rakyat sudah mula menerima kejijikan dan kezaliman Dr Mahathir. Sedikit demi sedikit rakyat sudah menerima BA dan angka penerimaan itu tidak ada hadnya. Kejayaan BN pada pilihanraya akan datang amat meragukan. Kejayaan suara rakyat sebagai suara keramat mula di terima. Sesungguhnya Allah SWT akan menunjukkan kebenaran kepada kita.

 

Komentar