Mahathir Bawa Balik Pekerja Atau Pengundi Dari Myammar???
Oleh: Awang Siber


Sekembali Mahathir dari Myammar maka diumumlah bahawa Malaysia akan membawa pekerja dari Myammar untuk berkerja di Malaysia yang sedang mengalami kemorosotan ekonomi. Yang peliknya pengumuman ini dibuat dalam keadaan negara menghadapi harga kelapa sawit, getah dan padi yang cukup rendah. Dan tidak ada pun desakan oleh mana-mana pihak bahawa ada kekurangan tenaga pekerja dipelbagai bidang, baik perladagangan, pembinaan atau perkilangan. Yang kedengaran akhir-akhir ini ialah pembuangan tenaga kerja, pengurangan gaji pekerja, pengurangan masa kerja dan dan tidak ada kerja oleh rakyat Malaysia akibat dari kemorosotan ekonomi. Jadi apa muslihat Mahathir membawa pekerja dari Myammar???

Tanpa disedari rakyat Malaysia sebenarnya ramai rakyat Myammar telah dibawa masok kedalam negara sebagai pengundi dibeberapa negeri di Malaysia dibawah operasi sulit kendalian Kementerian Dalam Negeri. Mereka diberi kad pengenalan biru dan menjadi pengundi dibeberapa kawasan pilihan UMNO. Operasi mereka cukup sulit sehingga pegawai-pegawai khas yang membuat kad pengenalan untuk pekerja Myammar dibawa masok kedalam estet-estet dimana pekerja Myammar berada dengan menggunakan ambulan pada waktu malam agar rakyat tidak menyedari akan operasi mereka.

Sebagai contoh, dikawasan Parlimen Kemaman terdapat 1200 (seribu dua ratus) pekerja Myammar diladang kendalian KETENGAH di Ladang Seri Bandi dan Cenih menjadi pengundi pada pilihanraya yang lepas dan 900 (sembilan ratus) lagi sedang diorietasi di Cherating, Pahang sekarang ini untuk dibawa masok ke kawasan Kemaman pada bila-bila masa. Ramai lagi akan dibawa masok secara berperingkat-peringkat sebelum pilihanraya 2004 berlangsung untuk memastikan UMNO dapat tawan semula Negeri Terengganu. Ini tidak termasuk yang sudah bermastautin lebih lama sebelum itu dan tidak termasok dikawasan parlimen Dungun dan Ulu Terengganu yang banyak mempunyai ladang-ladang kendalian KETENGAH dan anak-anak syarikat SEDC Negeri Terengganu dibawah pemerintahan rejim UMNO dahulu.

Pekerja-pekerja Myammar ini menyisihkan diri mereka dari masyarakat setempat agar tidak diketahui akan status permastautinan mereka. Yang sudah biasa dengan masyarakat setempat mereka terang-terang mengakui bahawa mereka dibawa masuk dalam operasi khas untuk menjadi pengundi dikawasan tersebut tanpa segan silu terutamanya yang ada anak dara yang diminati rakyat setempat untuk dikahwini.

Yang peliknya biasa pengundi luar dibawa masok untuk mengimbangi pengundi Melayu dengan bukan Melayu untuk memastikan 'kuasa Melayu' dapat dikekalkan tetapi itu hanya slogan. Pengundi Myammar banyak terdapat dikawasan majoriti Melayu untuk mengimbangi pengundi PAS dan Barisan Alternatif dengan UMNO.

Jadi ini jelas menunjukkan didalam keadaan desperado UMNO sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasa mereka hatta menggadaikan kerakyatan negara kepada kepada negara asing. Ini berlaku semenjak Merdeka lagi Jadi untuk mempertahankan UMNO sebagai jaguh pejuang bangsa Melayu hanyalah omong kosong belaka. UMNOlah yang menggadaikan maruah bangsa Melayu yang sebenarnya sehingga majoriti bangsa Melayu di Tanah Melayu makin pupus.

Jadi saya minta masyarakat Melayu berwaspada akan kehadiran pekerja dari Myammar ini dan menyeru kepada penyokong dan pendokong Barisan Alternatif supaya mengambil tindakan tegas terhadap kemasukan pekerja Myammar ini. Kepada YB. Abd Rahman Yusof selaku Ahli Parlimen Kemaman berhati-hati akan kemasukan yang mendadak pekerja dari Myammar nanti. Kawasan YB amat diminati UMNO kerana berada disalah satu kawasan terkaya di Malaysia iaitu kawasan perindustrian berat dan pemprosesan minyak dan gas.

Sekian.

Salam perjuangan dari Awang Siber