KOMENTAR

Komentar 1

21.05.2000

 

Ianya kekejaman Dr Mahathir……

 

Pelbagai kenyataan kini datang dari kepimpinan UMNO yang turut mengkritik Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir. Kita lihat Datuk Shahril Ahmad mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan ungkapan kegemaran Dr Mahathir “ jangan gigit tangan yang memberi”. Dr Mahathir sering memperkatakan bahawa kita tidak berterima kasih keatas dirinya dan kepimpinan UMNO yang telah banyak berjasa kepada negara. Sekarang anggota UMNO mula mengkritik kenyataan Dr Mahathir, jangan asyik mengharapkan terima kasih dan secara tidak langsung memberitahu mereka jangan mengungkit terhadap apa yang telah dilaksanakan.

 

Biar apapun ingin kita persoalkan apakah benar kita tidak berterima kasih atas pembangunan yang dicapai? Apakah kita sebelum isu Anwar Ibrahim kita secara rakus bertindak menghentam kerajaan?. Apakah sebelum ini UMNO goncang ?. Kenapa sekarang ini baru kita bangkit memberi tekanan kepada UMNO ?. Kaji balik dan sedarkan diri sendiri, apakah kita tidak berterima kasih atau sebenarnya Dr Mahathir sudah keterlaluan dalam mengaut keuntungan buat keluarga dan rakan terdekat . Lantas kita didepankan dengan perbuatan zalim keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terang menunjukkan manipulasi perundangan dan kekejaman tindakan. 

 

Kita akan terus mendesak agar keadilan dipertunjukkan keatas Sdr Anwar Ibrahim dan jangan kononnya gagah bersuara tetapi kecut berdepan dengan fakta ketidakadilan. Kezaliman perlakuan Dr Mahahtir adalah sama busuk dan jijik dengan mereka yang menyokong tindakannya.

 

Kita tidak lagi melihat sebarang keadilan akan terbit bagi menentukan perbicaraan Anwar. Ketakutan Mahathir sehingga tidak mahu membantu mencari keadilan dan kebenaran dalam mahkamah adalah sesuatu yang keji. Ini hanya menunjukkan bahawa Dr Mahathir terpaksa menyorok dibelakang kuasa yang ada untuk menyelamatkan pembongkaran kekejian yang beliau laksanakan. Ini memalukan dan sekali gus mencalar sistem perundangan kita.

 

Mahathir perlu undur.

 

Komentar