KOMENTAR

Salam Reformasi

11hb 01-2001

 

ROMBAKAN KABINET KUATKAN SIAPA ?

 

Kita bakal menyaksikan perubahan dalam kabinet pemerintahan Mahathir? Apakah perubahan ini  menjana kejayaan bagi negara atau hanya untuk mengumpulkan orang-orang kanan yang setia bersama Dr Mahathir bagi membantu dirinya membina tembok yang lebih kukuh lantas membenarkan beliau melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Mahathir masih tidak mahu menerima hakikat bahawa hanya satu rombakan sahaja yang mampu merubah senario negara dari keadaan yang negatif kepada yang positif. Rombakan tersebut adalah mengugurkan dirinya dari menjawat jawatan Perdana Menteri. UMNO sendiri sedar bahawa Mahathir merupakan libiliti tetapi gagal melaksanakan sebarang perubahan. Kedudukan UMNO yang semakin tersepit dalam meraih sokongan Melayu akan bertambah parah dengan keadaan UMNO yang masih degil berpegang kepada Mahathir. Anggota UMNO perlu sedar bahawa kejatuhan Mahathir tidak akan meranapkan negara tetapi sebaliknya, menjatuhkan Mahathir akan memberi sedikit ruang untuk negara ini melihat sinar keadilan.

 

Penyakit UMNO sebenarnya sudah di ketahui. Penyakit ini akan merebak dan ianya akan memberi kesan parah pada negara. Malangnya asas penyakit UMNO yakni Mahathir masih dibiarkan oleh pendokong UMNO. Mereka lebih mahu membela Mahathir kerana diri sendiri dari menganjurkan perubahan demi agama, bangsa dan negara.

 

Sungguhpun begitu, bagi Komentar Mahathir akan memastikan agar pengganti beliau harus orang yang dapat membela beliau serta kroni yang terdahulu. Apakah ini harus kita biarkan. Apakah kita akan melihat Mahathir 2, selepas Maahthir ini melangkah ke alam lain. Saksikan..

 

Komentar