KOMENTAR

 

10.08.00

Salam Reformasi

 

UMNO SENDIRI TIDAK MENERIMA KEPUTUSAN ARIFFIN JAKA

 

MAHATHIR sendirian. Keputusan kes Sdr Anwar Ibrahim juga tidak diterima oleh anggota UMNO. Keputusan Anwar Ibrahim dianggap sebagai satu penindasan terhadap sistem yang ada. Keputusan itu menunjukkan bahawa sistem perundangan kita dicabuli. Ini juga menunjukkan bahawa keseluruhan sistem pemerintahan kita sudah tercemar dan menjadi mainan buat kerajaan khususnya Mahathir.

 

Cabar menteri-menteri yang ada samada mereka berani mengatakan bahawa mereka PERCAYA terhadap keputusan tuduhan yang dibuat oleh Mahkamah. Tanya mereka apakah mereka berani mengatakan DEMI ALLAH AKU PERCAYA TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH ITU.

 

Mahathir telah melewati kesabaran kita. Hakikatnya UMNO sendiri sudah sedar akan kezaliman Mahathir dan sesuatu harus dilaksanakan bagi menghilangkan Mahathir dalam UMNO dengan harapan UMNO dapat diterima kembali. Siapa yang dapat menyelamatkan UMNO pada pilihanraya 2004. Sudah tentu sekarang bagi UMNO,Mahathir adalah liability. UMNO sedar mereka sendiri diambang kemusnahan dan kehancuran dan ini hasil perbuatan Mahathir dan konspirator yang lain. Malaysia kini dimalukan oleh perbuatan Mahathir. Mahathir memanipulasikan hampir keseluruhan sistem hanya untuk menegakkan rekaan fitnahnya dan bagi menutup lantas menghancurkan sesiapa yang menghalang ketamakkan beliau dan keluarganya.

 

Mahathir harus sedar UMNO sendiri sudah mula melahirkan kebencian terhadap Mahathir. Kezaliman yang diperlakukan terhadap Anwar menyebabkan UMNO sendiri menentang beliau.

 

Bagi Reformis…..LAWAN TETAP LAWAN