KOMENTAR

 

16.10.2000

Salam Reformasi

 

PENUBUHAN BADAN BERTINDAK MAHASISWA UiTM BAGI MEMBANTAH PERATURAN BARU DALAM ARTIKEL PENUBUHAN PERSATUAN DALAMAN UiTM

 

Badan Bertindak Mahasiswa telah membantah Bahagian 11,  perkara 3(2) Perlembagaan Persatuan Dalaman yang di rangka oleh HEP Universiti tersebut. Perkara tersebut di simpulkan sebagai:

 

BAHAGIAN 11 perkara 3(2)

 

Persatuan yang ditubuhkan di  bawah Fasal 1 tidak dibenarkan menggunakan apa-apa nama:-

 

a)     negeri, wilayah, dearah, mukim, kampung atau apa-apa nama lain yang membawa maksud kenegerian atau kedaerahan;

b)     agama atau kepercayaan atau apa-apa nama lain yang membawa maksud keagamaan atau kepercayaan; dan

c)     mana-mana kumpulan ethik atau suku kaum.

 

Badan Bertindak Mahasiswa membantah khususnya perkara yang menjadi pokok Bahagian 11 perkara 3(2) b yakni menghalang penggunaan nama Islam dalam persatuan dalaman.

 

Badan ini telah mengemukakan surat bantahan kepada Tim.Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, MB Selangor dan Ketua Pemuda bagi menunjukkan bahawa penghalangan penggunaan nama ISLAM dalam pendaftaran persatuan dalaman adalah sesuatu yang tidak mempunyai asas logic

 

Nampaknya UiTM sudah mengambil langkah-langkah awal mengharamkan penggunaan Islam dalam nama persatuan.

 

KOMENTAR~UMNO TAKUT DENGAN BAYANGAN SENDIRI.