Mahasiswa sudah tiada taring?

Mahasiswa adalah antara elemen penting dalam menentukan halatuju sistem politik negara. Semenjak 70-an dan malah sebelum itu lagi mahasiswa di negara ini ternyata terkedepan dalam menangani isu-isu politik. Tidak perlu di nukilkan di sini nama-nama mereka yang pernah memimpin mahasiswa kerana mereka adalah orang yang masih hebat dan di geruni sehingga kini.

Namun semenjak AUKU di wartakan, mahasiswa menjadi makhluk yang tidak lagi berani menongkah arus. Ketakutan terhadap AUKU membuatkan mahasiswa di negara ini menyisihkan diri dari arena politik tanahair. Berjaya dalam mengejar segulung ijazah, berjaya memenuhi cita-cita orang tua, berjaya mendapat sijil dekan.... adalah antara ilusi yang kekal meliliti tubuh seorang mahasiswa.

Bagi seorang mahasiswa, apalah ertinya pergi ke menara gading jika nanti pulang ke kampung dengan tangan kosong. Silap haribulan kena maki pula dengan orang tua kerana gagal memanfaatkan peluang yang ada untuk meraih segulung ijazah.

AUKU atau "Akta Universiti dan Kolej Universiti" yang mulai di perkenalkan pada tahun 1971 memang cukup di takuti oleh mahasiswa. Akta zalim ini mampu membuatkan seorang mahasiswa berfikir seratus kali sebelum terlibat dalah sebarang perkara yang menyalahi akta ini.

Biar saya petik sedikit antara isi kandungan yang termuat di dalam AUKU ini:

Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa kebenaran terdahulu Naib Canselor, mengadakan, menganjurkan, atau memanggil, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam pengadaan, penganjuran, atau pemanggilan, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau, dalam apa-apa cara terlibat dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan, menganjurkan, atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih daripada lima orang dalam mana-mana bahagian Kampus atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai oleh atau di bawah milikan atau kawalan Universiti atau yang digunakan bagi maksud Universiti.

Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkannya perlu atau sesuai.

Tiada pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang berlanggaran dengan perkara di atas.

Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki, atau menggunakan, atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, bagi maksud ucapan awam, apa-apa pembesar suara, pelaung suara, penguat suara atau alat-alat serupa lain tanpa kelulusan terdahulu Naib Canselor.

Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat; mengibar, mempamer, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan, atau menyebabkan supaya dikibar, dipamer, ditunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan; atau memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau alat lain yang membawa kepada keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran Kaedah-Kaedah ini.

Demikianlah antara kandungan AUKU yang masih menghantui pemikiran seorang mahasiswa sehingga kini.

Namun persoalannya, sampai bila mahasiswa mahu terus terkongkong dengan kebejatan akta ini? Tidakkah ada kalangan mahasiswa yang mahu mengorak langkah mengenyahkan akta keparat ini agar nanti generasi mahasiswa akan datang akan lebih proaktif dalam penglibatan mereka di arena politik negara.

Renunglah seketika kata-kata seorang pujangga yang bernama Sumber20Lerrr ini...

"Tidak Islam berkembang ke seluruh pelusok bumi tanpa keberanian sahabat-sahabat nabi SAW"

Lalu mungkinkah esok (17 Apr 2001) adalah hari yang terbaik untuk permulaan ke arah memansuhkan akta AUKU? Seperti yang di beritakan esok Mahathir akan merasmikan ... (rasmikan apa??? UIA sudah berusia 17 tahun!)...

Apa sekalipun esok adalah hari terbaik bagi mahasiswa melakukan satu anjakan paradigma. Akta AUKU mesti di mansuhkan mulai esok. Mahasiswa harus berani dalam hal ini. Maka esok... salam terakhir mesti di paku kepada AUKU.

Seluruh mahasiswa dari IPT awam dan IPT swasta adalah di jemput untuk membantah kedatangan Mahathir ke UIA. Mahathir sudah terlalu banyak melakukan dosa. Selain memunggah hasil mahsul negara, menyamun harta rakyat, menyebabkan ketegangan antara kaum, Mahathir juga adalah manusia bangsat yang jelas memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa sebarang bukti dan saksi. Bukti yang ada pada Mahathir hanyalah tilam yang dahulu di usung ke sana kemari. Tuduhan terhadap DSAI yang entah berapa kali di pinda tarikhnya menjelaskan lagi bahawa Mahathir tidak layak datang ke UIA.

Justeru mahasiswa adalah harapan rakyat negara ini bagi membenteras kezaliman. Usahlah mahasiswa di ibaratkan seperi kura-kura yang menyembunyikan kepala di sebalik cengkerang apabila musuh datang. Dan usahlah mahasiswa terus-terusan di gelar "Singa yang sudah tiada taring...."....

Sumber20Lerrr