KOMENTAR

 

28.08.2000

SALAM REFORMASI

 

MAHASISWA DIGESA MENDESAK

 

Kerajaan khususnya UMNO dan Barisan Nasional kita sedang giat untuk mengaburi mata dan menjajah minda pelajar-pelajar khususnya di peringkat Institut Pengajian Tinggi. Peranan mereka dengan kekuatan wang yang ada sedikit sebanyak mampu mengugat pelajar kita. Seharusnyalah gabungan persatuan pelajar seperti Gabungan Mahasiswa Wangs Maju di tubuhkan dan bergerak aktif dalam membantu dalam usaha memberi penerangan kepada masyarakat kita khususnya masyarakat luar Bandar. Kita perlu memberi penelitian yang lebih agar para pelajar tidak terpengaruh dengan apa yang mahu diselewengkan oleh UMNO. Petikan MB Selangor yang menyeru kita, Melayu bersatu dan melupakan isu Anwar Ibrahim adalah satu kenyataan yang tidak bijak. Apakah isu Anwar yang membuka minda kita terhadap kepincangan UMNO dan kerajaan memerintah harus dibiarkan berlalu pergi. Budak mentah yang dilantik menjadi MB Selangor PASTI akan jadi kuda bagi “senior politician”. Setakat ini dalam MB Selangor ini tidak diberi jawatan Ketau Perhubungan Negeri Selangor. Jawatan ini diserahkan kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

 

Isu Anwar akan menjadi pendorong bagi kita dalam memperjuangkan keadilan. Gabungan Mahasiswa ini perlu di selaraskan dengan desakan yang dibuat oleh lain-lain reformis. Pelajar harus bangkit dengan lebih aggresif lagi agar suara mereka mendapat tempat dan perhatian kerajaan.

 

Teruskan MAHASISWA..teruskan