Ketengahkan Reformasi dan keADILan

 

Perlu ada usaha serius mengenengahkan reformasi dan keADILan selaku organ rasmi di kalangan masyarakat. Kita tidak boleh lagi berharap agar rakyat akan mencari maklumat dan berita kebenaran dan keadilan semata-mata.

Perlu ada usaha sedar untuk membawa kebenaran kepada masyarakat. Kita perlu mengadakan kempen setiap hari mengenai agenda perjuangan kita dan kenapa rakyat mesti menyokongnya. Lebih kurang kempen setiap hari la! Jangan tunggu sehingga pilihanraya umum atau ada pilihanraya kecil baru kita gerakkan jentera kita.

Pemimpin-pemimpin kita perlu mengadakan lawatan ke kampung-kampung secara berterusan. Para pendokong keADILan juga perlu dibiasakan dengan budaya menyumbang secara kecil-kecilan kepada perjuangan. Kita tidak boleh lagi mengharapkan orang-orang berada untuk terus menyumbang.( Diaorang pun kering juga). Para penyokong perlu biasa dengan memberi seringgit dua setiap kali para pemimpin membuat lawatan. Ini adalah sumbangan kepada menyelamatkan kehidupan mereka dari kezaliman!

Biar sampai ke gua musang atau ulu tembeling mahupun ke grik; kita samapaikan mesej kita. Kita lancarkan kembali Gerakan Kempen Kesedaran yang pernah dipopularkan oleh saudara Anwar.

Kalau mereka halang media kita; jangan kita putus harap. Jika mereka tak bagi kita adakan ceramah kita adakan lawatan rumah ke rumah. Jangan terbatas. Kerja memang la teruk sikit. Tapi kalau kita mulakan dengan bersungguh-sungguh ramai tenaga muda yang akan membantu.

Kalau pemimpin utama kita melawat kawasan atau rumah yang dihuni mereka yang kurang bernasib baik, kita hulurkan bantuan. Kita gunakanlah sumbangan ahli tu. Sambil-sambil tu, biro keahlian boleh kemaskini dan daftarkan ahli baru.

Rakan-rakan,

Saya amat yakin bahawa setiap kita perlu bersatu dalam keADILan sebagai wadah rasmi. Walaupun kita mungkin mempunyai perbezaan pendapat. Jangan diambil pusing sangat; kita selesaikan secara baik bukan melalui media.

Di kala kita menghadapi serangan UMNO yang cuba menghakis keahlian kita, semangat bersatu itu perlu ada. Keluarkan RM1.00+RM1.00, isi borang dan tunjukkan bahawa semakin UMNO menekan, semakin bertambah ahli.

Lagi Tekan Lagi Lawan! Lawan Tetap Lawan!

Mahasiswa keADILan