LUNAS SEPINTAS LALU  

Pilihanraya kecil Lunas telah berakhir. Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah swt atas kemenangan Saudara Safuddin Nasution khasnya dan Barisan Alternatif umumnya. Tahniah diucapkan kepada petugas-petugas, pejuang-pejuang dan penyokong-penyokong semua. 

Pilihanraya ini telah mengukuhkan lagi bukti bahawa rakyat bertambah jijik dengan umeno dan kuncu-kuncunya dalam BN.Umno tahu mereka tidak lagi releven, orang Melayu telah menolak mereka! Namun begitu, mereka tetap akan terus menipu dan cuba menunjukkan kepada rakyat yang mereka masih lagi mendapat sokongan. Umno sedang melawan arus kebangkitan rakyat!!!

Jentera kerajaan seperti Jabatan Penerangan, JAKIM, JAIK diperkudakan. Media arus perdana yang dimiliki oleh mereka dijadikan alat propaganda yang dahsyat! Cawangan Khas dan Military Intelligence digunakan bagi mendapatkan maklumat untuk BN! Samseng-semseng dibayar bagi menakut-nakutkan penggundi dan menjalankan kerja-kerja sabotaj yang keji. Murid-murid sekolah diajar menjadi penyangak.

Media arus perdana menjadi sayap kanan propaganda umeno dan BN. Tekanan dan fitnah dilemparkan secara ganas oleh media eletronik dan cetak. Akhbar, tv dan radio menjadi juru kempen mereka yang paling utama. Media cuba memberi gambaran jahat bahawa BA akan terlingkup dengan teruk di Lunas. Walau bagaimanapun, media perlu ingat bahawa rakyat bukan bodoh dan tidak lagi mahu diperbodohkan seperti penyunting-penyunting yang menjadi hamba suruhan tuan-tuan politik mereka. Khabarnya A Kadir Jasin akan diberi peluang merompak satu lagi hak rakyat - BERNAMA dan TV 2. Hak rakyat kan menjadi hak peribadi mereka!

Kita imbas semula apa yang berlaku di Lunas sewaktu pilihanraya kecil berjalan baru-baru ini:

  1. Sebuah rumah panas BA dibakar oleh anjing-anjing emeno.
  2. Sebuah van penyokong BA hampir hangus dibakar. (NOTA: Siapa yang mengajar rakyat menjadi ganas dan samseng?)
  1. Jalan-jalan diturap baru dalam tempoh 7 hari setelah 43 tahun ianya terbiar!
  2. Mahadet memomok-momokkan kaum Cina dengan hantu 13 Mei. Beliau mengancam kaum bukan Melayu dengan pertumpahan darah. (Agaknya orang Kedah memang sukakan darah?) Katanya, BA menggunakan isu perkauman!
  3. Tanah-tanah diberi percuma kepada rakyat Lunas selepas 43 tahun! Perlu diingati bahawa tanah-tanah kerajaan BUKAN tanah pusaka milik umno! Ianya milik rakyat!
  4. Surat-suratkhabar seperti BH, UM, NST memainkan peranan jijik untuk melagakan DAP dan KeADILan dan PAS. Hukum Allah diguna untuk menakut-nakutkan DAP, dan bukannya untuk memperkenalkan Islam kepada DAP; Api perkauman dibakar untuk menghasut kaum kaum India dan Cina! (Hebat program integrasi nasional mereka!).
  5. Murid sekolah diupah untuk mengedarkan video dan vcd haram anti-Anwar! (umno kata jangan peralatkan murid-murid sekolah!)
  6. Khir Toyo yang dihalau oleh bapanya cuba menjadi samseng bertopengkan agama nombor wahid! Siapa yang mengajar beliau untuk menghalau imam sembahyang dan melantik dirinya sebagai imam di Lunas? Astora Jabat? Orang semacam inikah yang mengharamkan Tok Guru Nik Aziz dari menyampaikan kuliah ugama di Selangor? Kalau dah umeno tu umeno juga!
  7. SPR dihamba abdikan untuk menghilangkan nama 2000 pengundi-pengundi pro-BA. Nazri Aziz berkata demokrasi masih ujud di Malaysia! Syabas Datuk Mohamad Nazri!! Elok kalau YB Datuk Nazri menghantar cerita ini untuk siri X-Files!
  8. Mahadet marahkan kaum Cina kerana tidak menyokong BN Kaum Cina diarahkan berterima kasih kepadanya! Tanya Mahadet - Siapakah yang memajukan Malaysia? Kaum Cina atau umeno? 
  9. Mahadet sepatutnya berterima kasih kepada kaum Cina dan rakyat yang telah memberikan beliau peluang menjadi PM dan anak-anaknya menjadi billionaires!
  10. umeno mengarahkan semua masjid dan surau di Lunas bersolat hajat, membaca Yasiin dan berdoa untuk memenangkan orang bukan Islam! Siapa pula yang ajar ni? Mana Astora Jabat?
  11. Berpuluh bas membawa pengundi hantu dihantar ke Lunas. Syabas kepada pejuang-pejuang yang telah berjaya memintas bas-bas hantu kersebut! SPR dah Polis mesti melakukan siasatan! Kalau perlu, gunakan khidmat pakar syarikat-syarikat audit! Takkan ini pun nak diajar?
  12. Mahadet kata BA pun ada undi hantu! - Logik? Tidak logik sama sekali! Daftar pengundi dikuasai oleh SPR. Mahadet yang melantik pengerusi SPR. Mahadet boleh memberi arahan kepada SPR, Saudara Saifuddin Nasution tidak boleh!! Faham?
  13. Mahadet berkata petugas-petugas BA berlagak samseng menahan bas-bas pengundi hantu. Menggunakan undi hantu boleh ke? Contoh samseng: Polis memukul kepala orang yang tidak bersenjata di LR Kesas; polis memecahkan cermin kereta di LB Kesas; Sanusi Junid memukul petugas lapangan terbang di KLIA; Zakaria memukul orang di DUN Selangor!! Faham?
  14. Mahadet berkata BA menggunakan tektik kotor! Menghumban DSAI ke dalam penjara adalah tektik yang amat hina dan keji! Merasuah pengundi-pengundi adalah kotor dan jijik! Membakar rumah panas dan van penyokong BA itu adalah kerja samseng!
  15. Sami velu berkata polis terlalu lembut bila berhadapan dengan kes pengundi hantu! Syabas kepada pihak polis Kulim kerana berjaya menjalankan amanah rakyat dan berjaya melaksanakan kerja secara profesional - without fear and favor!! Mudah-mudahan tuan puan akan diberkati Allah dan mendapat rezeki yang halal!
  16. Mahadet kata BA membuat gambar superimposed Anthonysami jadi paderi. Dia upah buat video Anwar liwat! Dia cerita dalam TV Anwar Ibrahim kaki liwat! Anwar pakai wig cari pelacur! Dia kata dia ada bukti kukuh! Mana buktinya? 

Itu adalah imbasan ringkas peristiwa pilihanraya kecil Lunas. Perbuatan terkutuk umeno dan BN bukan perkara baru. Ianya telah bermula selari dengan sejarah pilihanraya Malaysia. Mahadead juga telah mengunakan undi hantu dalam pertandingan jawatan presiden umeno melawan Ku Li dalam tahun 1987 yang telah menyebabkan umeno diisytiharkan HARAM oleh mahkamah! Ianya juga telah menyebabkan Yang Arif Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara, dan dua hakim Mahkamah Agung dipecat dari jawatan secara aib. Sejarah akan sentiasa berulang. Umeno akan tetap dengan undi hantunya untuk terus kekal memerintah! Tanpa undi hantu umeno akan menjadi bangkai! Seperti kata Saudara Subky Latif, wakil rakyat umeno tidak boleh digelar sebagai wakil rakyat kerana mereka adalah WAKIL HANTU!

Ingat!!! umeno adalah umeno!!! Umeno akan tetap umeno!!!

 

ZMUK