KOMENTAR

SALAM REFORMASI

1.12.2000

SIAPA YANG HARUS DI SALAHKAN APABILA LUNAS TEWAS?

Komentar baru sahaja melayari Laman MalaysiaKini. Agak terpegun Komentar membaca kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Shahrir Ismail yang menyalahkan Dr Mahathir akibat kekalahan di Lunas. Komentar apabila membaca rencana tersebut melihat perkara tersebut dari beberapa segi:

1. Shahrir tidak mengulas kemenangan BA seperti beberapa kepimpinan UMNO lain yang mengatakan bahawa kemenangan BA adalah kerana taktik kotor BA.

2. Shahrir mengatakan bahawa Mahathir kemungkinan "nyanyuk" dengan kenyataannya di Kubang Pasu yang menyelar golongan pelampau Cina sebagai tidak tahu berterima kasih. Ini menimbulkan kemarahan golongan Cina.

3. Datuk Shahrir menjelaskan bahawa kuncu-kuncu pendokong kuat Mahathir tidak sedar bahawa sokongan kepada BN merosot dan hanya berpegang/membodek Mahathir tidak akan dapat menolong UMNO dan BN.

Komentar ingin mengulas serba sedikit dan memberikan beberapa komentar mengenai isu kekalahan Lunas.

Mahathir sudah merupakan satu parasit dalam UMNO. Penyakit Mahathir kini sudah menular menyebabkan UMNO kini mula di benci oleh golongan Melayu dan BN sudah mula di tentang oleh rakyat. 

Memang Komentar bersetuju kenyataan Mahathir di Kubang Pasu yang menyinggung hati orang Cina sebagai salah satu punca kekalahan. 

Sunguhpun begitu antara sebab lain kekalahan BN  adalah sikap melampau kepimpinan BN dalam cuba meraih undi rakyat. BN datang dengan segala kemewahan, segala pembangunan yang di buat pada masa itu (contoh : Samy Vellu yang menurap jalan dan memperbaiki jalan dan longkang) hanya membayangkan bahawa bahawa rakyat Lunas di perbodoh-bodohkan oleh kerajaan BN sebagai mereka yang mudah di beli.  

Kita lihat juga peranan media surat kabar seperti SUN yang mula menulis rencana secara "cynical". Ambil contoh rencana Samy Boleh, memuatkan Samy Vellu cuba mengambil hati rakyat dengan melaksanakan pembaikan jalan tepat dalam waktu berkempen. Ini di pandang serong oleh rakyat Lunas.

Rencana SUN mengenai jamuan MCA yang tidak dapat sambutan golongan Cina juga memberi beberapa impak yang menjana kepada kekalahan BN.

Walaubagaimanapun fakta utama dalam semua senario ini adalah rakyat menolak BN dan khususnya Dr Mahathir kerana perbuatan keji terhadap penyebaran fitnah bagi menjatuhkan dan terus menghukum Sdr Anwar Ibrahim.

Mahathir sudah tidak relevan dan Mahathir sendiri tahu. Mahathir seolah tahu sekiranya beliau hadir di Lunas semestinya BN akan terus kecundang. UMNO sendiri tahu perkara ini tetapi terlalu takut untuk menyuarakan kebenaran.

 

Komentar