KOMENTAR

29.11.2000

SALAM REFORMASI

 

KEJAYAAN LUNAS

 

Al~Hamdulilah Lunas memberikan satu harapan baru. Kejayaan di Lunas menyemarakan perjuangan anak bangsa kita dalam menentang mereka yang berpaut kepada perbuatan zalim dan jijik kepimpinan UMNO. Lunas berakhir dengan kejayaan. Kejayaan yang bukan sahaja pada satu kerusi adun tetapi kepada satu kerusi penentu 2/3 majoriti kerajaan negeri. Kejayaan Lunas juga adalah kerana kita berjaya berada bersama-sama rakyat Lunas yang sedar bahawa perubahan perlu dan perubahan itu ada pada Barisan Alternatif.

 

Apakah makna kejayaan di Lunas sebenarnya?

 

Bagi Komentar kejayaan kita berkait dengan kekuatan kita dalam mencabar Barisan Nasional yang melaburkan segala kemewahan bagi mengaburi mata rakyat di Lunas.

 

Mereka mengugut dengan mengatakan bahawa sekiranya mahukan pembangunan di Lunas maka Barisan Nasional sahaja yang mampu memberinya.

 

Mereka mengugut bahawa Kerajaan Barisan Nasional mampu membawa pembangunan pesat di Lunas.

 

Mereka mengunakan semua media TV dan cetak untuk mempromosi calon BN.

 

Datuk Samy Vellu memperuntukkan sejumlah wang untuk menurap semua jalan di Lunas.

 

Seperti biasa " mereka bagi kita terima namun undi tetap bukan untuk mereka". YB Saifuddin Nasution dan jentera Barisan Alternatif megah mengempur segenap lapisan masyarakat dan menerangkan kepada mereka kenapa kita perlukan perubahan.

 

Lunas juga menyaksikan kehadiran ramai Menteri untuk sama-sama berkempen memastikan Lunas kekal pada BN. Malang kehadiran Menteri, ugutan menteri dan cabaran menteri tidak di terima pakai oleh pengundi Lunas.

 

Kekalahan di Lunas benar-benar menakutkan BN. Kekalahan itu boleh membawa erti bahawa pengaruh BARISAN ALTERNATIF masih kukuh dan utuh.

 

Dan sekarang kita saksikan KEMENANGAN LUNAS dan terhalangnya 2/3 majoriti kerajaan negeri.

 

Komentar