LUNAS SATU PERJUANGAN DAN PENGHORMATAN

ANTARA BA & BN

Pertamanya kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi rahmat dan
hidayahnya agar YB. Saifuddin berjaya di LUNAS bagi pihak 23 juta rakyat dan
bangsa Malaysia. Kini genap 3 hari YB. Saifuddin bergelar Yang Berkhidmat LUNAS
… dan yang pastinya tangis dan raungan kini terletak pada bahu BN. Kita
mengambil senario terkini Tragedi LUNAS ( bagi BN la )

1.	Semalam di Mesyuarat MT UMNO - dengan rasminya dan pertama kali
Mahathir@Mahafiraun telah mengesahkan serta terpaksa mengistiharkan bahawa di
LUNAS sejak hari penamaan Calon (21/11/2000) lebih 100,000 penyokong BA berada
disana dan pada hari pengundian (29/11/2000) lebih 120,000 penyokong BA berada
di LUNAS …. Satu kenyataan rasmi yang terpaksa diakui dan memecahkan pekung BN
sendiri.

a.	Kalau media cetak dan elektronik kroni BN sejak peristiwa Jln.Kebun
(5/11/2000)sehingga hari mengundi di LUNAS (29/11/2000) … dengan rasa bangga dan
bongkaknya melapurkan …. " tak sampai 3,000 orang penyokong BA berada di
Jln.Kebun atau di LUNAS….. dan tiada sambutan serta REFORMASI telah mati " …
itulah sebahagian kenyataan Berita Harian / NST / Utusan Meloyakan / The Star /
The Sun / TV ¾ / RTM dan lain-lain rakan yang sewaktu dengannya yang sentiasa
menipu fakta dan cerita benar untuk tatapan rakyat dan bangsa Malaysia.

b.	Begitu juga kenyataan YB Dr.Wan Azizah dan pemimpin BA pun nak diputar belit
oleh media kroni.

c.	Begitu juga media kroni mengambarkan Kompenan BA telah hancur lebur akibat
pencalonan di LUNAS.

d.	Bernama pun sanggup menipu rakyat dengan menyatakan Tian Chua dah letak
jawatan dalam keADILan.

e.	Taktik adu-domba dan melaga-laga pakatan BA … akhirnya ditertawakan oleh
pengundi LUNAS dan 23 juta rakyat Malaysia.

f.	Bak kata Pak MT … Hukum Karma Buat BN terlaksana di LUNAS.

g.	Apabila Mahathir@Mahafiraun mengakui jumlah kehadiran lebih 100,000 tersebut
… maka terbongkarlah segala penipuan dan sandiwara media kroni UMNO@BN … dan
memang wajar kempen Boikot Media diteruskan dan dipertingkatkan …. Kerana media
ini tidak telus dan terus mengampu UMNO@BN … tanpa melaksanakan dasar dan ektika
kewartawanan yang telus lagi ikhlas.

2.	 Apabila pembohongan melalui media gagal mempengaruhi rakyat dan pengundi
LUNAS …. Mahathir@Mahafiraun terkejut BERUK dan terkedu serta meraung sakan
kerana akhirnya di sendiri telah di liwat dan di perkosa oleh juak-juaknya
sendiri.

3.	Adakah 100,000 pendokong BA itu pengundi hantu seperti dakwaan
Mahathir@Mahafiraun …. Sedangkan pengundi LUNAS hanya 26,000 orang aje …!!!
Kalau BA bawa pengundi Hantu … dah tentu YB. Saifuddin menang kurang-kurangnya
50,000 mejoriti kat LUNAS…???? Tak de akai ka… nak dakwa gitu…!!! Dah kalah
buatlah cara kalah… ikut macam kami lawan tetap kalah … walaupun kamu selalu
tipu kami .. tetapi sekali-sekali tipu UMNO@BN pasti tak menjadi.

4.	Budaya samseng adalah puncanya BN kalah di LUNAS … apakah Mahathir@Mahafiraun
sedar waktu membuat tuduhan ini …..!!! atau memang orang tua ni dah nyayok serta
bangang (seperti dakwaan ahli MT UMNO@BN Datuk Shahrir Samad ) …. Siapa yang
samseng  dalam isu ini….!!!! Kan kamu telah mengunakan FRU dan SB untuk
membelasah kami sejak 20hb.Sept.1998 lagi … tapi di LUNAS ada ka FRU dan SB kami
jentik dan terajang …. Kami berbangga dengan ANGGOTA POLIS DI LUNAS kerana
menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas serta menerima tanggung-jawap rakyat
diatas bahu mereka.

5.	Siapa maki siapa di LUNAS … siapa yang kurang ajar di LUNAS …. siapa menipu
di LUNAS … siapa gunakan masjid untuk berpolitik di LUNAS … siapa bangkitkan isu
perkauman di LUNAS … siapa yang membangkitkan isu agama di LUNAS ….??? Tepuk
dada tanyalah otak kamu wahai Mahathir@Mahafiraun .

6.	Kini LUNAS telah melunaskan banyak perkara diantaranya :-

a.	Isu perkauman … kaum CINA / MELAYU / INDIA …. Di LUNAS telah membuktikan
sistem kasta dalam BN telah dinyahkan dan diketepikan  oleh penduduk LUNAS ….
Kini UMNO@BN , MCA@BN, MIC@BN , GERAKAN@BN terpaksa mengakui hakikat sebenarnya
budaya politik perkauman dan kasta politik yang dipertahankan oleh BARISAN NAJIS
telah dilunas oleh orang LUNAS.

b.	Di LUNAS …. ISLAM bukan lagi satu ketakutan kepada bukan ISLAM …. Kalau BN
sentiasa menjadikan ISLAM SAMA ERTI DENGAN KAUM ATAU KETURUNAN … tetapi di LUNAS
… ISLAM dijadikan asas kehidupan syumul seluruh manusia … dan kaum CINA / INDIA
di LUNAS dengan tegas mengakui ISLAM ITU SATU AGAMA YANG SUCI … DAN PENGANUTNYA
WAJIB MEMPERTAHANKAN KESUCIANYA…. Itulah mesej dari kaum CINA / INDIA di LUNAS …
mereka yakin dengan contoh kepimpinan ISLAM yang telah dibuktikan oleh kerajaan
Kelantan dan Terengganu.

c.	Seperti biasanya Barisan Najis akan menjadikan ISLAM itu sebagai satu kaum (
MELAYU) … tetapi di LUNAS … penganut ISLAM dari kaum CINA / INDIA / MELAYU telah
menyerlahkan diri mereka kepada penduduk LUNAS … bahawa ISLAM itu bukan untuk
satu kaum sehaja….tetapi ia bersifat antarabangsa … dan begitu juga dengan
penganut Kristian / Buddha / Hindu dan lain-lain agama di Malaysia telah
memecahkan tembok besar yang di BINA OLEH UMNO@BN berserta kroninya … yang mana
di LUNAS … semua penganut agama di Malaysia ini telah duduk semeja dan sama rata
dalam membincangkan HAK DAN KUASA RAKYAT SERTA BANGSA MALAYSIA DI BAWAH REJIM
ZALIM MAHATHIR@MAHAFIRAUN …. Inilah yang berlaku di LUNAS.

d.	Di LUNAS segala perbezaan dalam isu perkauman dan agama telah diruntuhkan
serta dilunaskan oleh pendokong Barisan Alternatif … kalau dahulunya
perbincangan isu politik atau isu semasa … hanya terletak pada bahu ahli politik
sehaja… tetapi Di LUNAS …. Dari anak kecil sehingga orang tua dari pelbagai
bidang dan pendidikan … telah semakin matang apa itu politik dan kuasa rakyat ….
Pengundi LUNAS sendiri telah menjadi wakil bagi 23 juta rakyat Malaysia … bahawa
POLITIK dan KUASA adalah milik mutlak rakyat…bukanya milik Mahathir@Mahafiraun
dan juak-juaknya …. Mesej ini jelas telah disampai oleh pengundi LUNAS …. Kalau
Barisan Najis dan juak-juaknya masih mahu mempertahankan kuasa yang dirampas
dari rakyat ini … maka bencana yang lebih dahsyat akan berlaku di Malaysia…
mesej ini cukup jelas dan tegas di hantar kepada Mahathir@Mahafiraun serta
Barisan Najis … masa kedua-duanya telah sampai …. Jika masih ada masa … kami
rakyat dan bangsa Malaysia masih memberi waktu kepada anda agar nyah dari bumi
Malaysia uang bertuah ini.

e.	Di LUNAS juga segala anjakkan paradigma dan budaya politik alaf baru
benar-benar terserlah …. Dimana sistem kasta (protokol) dalam POLITIK … telah
mula di hapuskan dalam BARISAN ALTERNATIF …. Kalau Barisan Najis bagai nak gila
melakukanya … tetapi di LUNAS … seorang Presiden Parti atau Ahli Politik boleh
mendengar pandangan seorang bawahan bahawa wajib diambil perhatian serta
perbincangan warcana politik adalah milik rakyat marhaen. Kalau di LUNAS seorang
professional pun boleh diarah seorang penoreh getah (Kerana ia ketua UPU) dalam
melaksanakan tugas JENTERA PARTI BA ….inilah senario terbaharu dalam politik
Malaysia …. Dan REFORMASI TOTAL pasti berjaya direalisasikan … sesiapa yang
berkarisma seorang pemimpin layak menjadi pemimpin … tetapi para ilmuan dan
professional adalah asas pemerintahan adil sesebuah negara ….. kini dari segenap
lapisan masyarakat di Malaysia ini adalah layak menjalankan haknya sebagai
rakyat dan bangsa Malaysia yang mahukan MALAYSIA YANG ADIL BERTERASKAN AL-QURAN
SERTA AS-SUNNAH.

SPR & HANTU LUNAS

Setiap pilihanraya umum atau kecil  isu yang serupa juga dibangkitkan oleh BA
ataupun BN …. Pengundi hanyut / pengundi hilang / pengundi hantu …. Seola-olah
tanpa isu ini maka pilihanraya tidak boleh diadakan dan ia ibarat irama dan lagu
bagi SPR serta BN.

1.	Kot Mahathir@Mahafiraun lupa … atau memang tak tau…. Dalam Bulan Ramadhan ini
Allah s.w.t merantai dan memenjarakan segala jin/hantu/jembalang/syaitan dan
rakan sewaktu denganya… mereka ni tak boleh keluar dari tempat tahanan … tapi
HANTU-HANTU  UMNO@BN yang diketuai Maharaja Mahathir@Mahafiraun cuba nak
menongkah arus … masih nak duduk kat luar dah tu buat perangai pulak  … !!! tapi
depa lupa GHOST BUSTER Barisan Alternatif lagi terror ….. pasal tangkap HANTU
KETURUNAN UMNO@BN agak mudah pasai HIDUP DEPA BESAR-BESAR BELAKA…!!! …. Lain
kali jangan main dengan HANTU DALAM BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK … pasti kena
tangkap.

2.	Kalau 2000 nama pengundi LUNAS hilang bak orang hanyut …. Dan satu rumah 7
pengundi (pada hal  dua orang aje pengundi yang layak mengundi dalam rumah tu )
dan alamat tidak pernah wujud dikawasan LUNAS .. telah berlaku dan telah
disaksikan oleh 23 juta rakyat Malaysia apakah ketulusan SPR telah benar-benar
wujud kini … atau SPR ibarat kuli batak UMNO@BN.

3.	Apabila 18 buah bas ( 14 buah sebelah pagi 29/11/2000 dan 4 buah lagi sebelah
petang ) … .dikatakan penyokong UMNO@BN serta rakan sewaktu denganya …..apakah
alasan rasmi SPR dalam isu ini dan jawapan BN bahawa POLIS KEDAH PENAKUT … kita
ambil pendekatan sebenarnya :-

a.	Kalau pemandu BAS TERSEBUT MENGAKUI PENGUNDI HANTU YANG DIBAWA dimanakah
alasan BN dan SPR dalam isu ini … pasal pemandu dan towkey bas mengaku menerima
bayaran yang lumayan untuk membawa pengundi hantu ini dari UMNO@BN . Senarai
nombor BAS HANTU yang ditahan di Balai Polis LUNAS pada 29hb.Nov.2000 :-

1. PCJ 5255 /  2. PCE 5427 / 3. WDB5115 / 4. KAB 6872 /  5. WCL 575 / 6. KAH
8885 /                     7. KAG 2888 / 8. PCR 6930 / 9. WCB 5101 / 10. WCL 575
/ 11. BDM 6689 / 12. WCK 2943 /           13. KAB 6872 / 14. WHM 9585 / 15. NAN
7686 /  16. ACC 6699 / 17. MAD 4001 / 18. WCF 196. …..

18 buah lah .. kat mana nak sorok dan tuduh pulak  BA bawak pengundi hantu
seramai 120,000 orang kat LUNAS.

b.	Kalau PENUMPANG BAS TERSEBUT ( dengan bukti  nama / alamat / no.kp  dan
gambar telah diserahkan kepada pihak POLIS ) mengakui menerima RM 50.00 sehingga
RM 100.00 untuk pergi mengundi di LUNAS sedangkan dia tidak pernah mendaftar
untuk jadi pengundi LUNAS.

c.	Senarai nama penumpang tidak sama dengan penumpang dalam BAS ( nama penumpang
orang Melayu dan Cina ) .. tetapi semua penumpang orang INDIA … mana revelenya
permit penumpang bas ini.

d.	Pemandu BAS memaklumkan dia bawa orang pergi rumah orang kahwin ….. " kita
kata bulan puasa ni mana ada orang Islam buat majlis kahwin siang-siang buta ni
" …. Talak kawan ini rumah orang kahwin INDIA lah …  itulah jawap pemandu BAS …. 
Kita Tanya lagi " Hallo kawan ini penumpang BAS semua adakan PAKAI TELEKUNG KA
…. Pemandu BAS dengan bangang dan bodohnya menjawap "Ada encik dia orang
sembahyang kat masjid pagi tadi …. Ada ka punya bangang pergi kahwin orang INDIA
… tapi sambahyang pakai telekung kat masjid bulan puasa ini …. !!! heran jugak
pemandu BAS ni kenal apa itu kain telekung …. Islam agaknya pemandu bas ni
…….!!!! tolong jawap…!!! Kita nak Tan Sri Khalil…jawap ???

e.	Heran jugak Apek tua kat LUNAS di dah 50 tahun tinggal kat rumah tu …. Dan 10
kali undi kat Lunas .. tapi 29hb.Nov.2000 … Apek Tua ini tidak lagi menjadi
pengundi LUNAS …. 19 peti undi tak de pun satu nama dan no.kad pengenalanya ..
.sedangkan dia tidak pernah pindah dari Lunas …. Kat mana SPR letak nama Apek
Tua ni….???? Apek ni memang orang kuat DAP sejak dahulu lagi ….!!!!.

f.	Kalau Tan Sri Khalil / Pengerusi MIC Kedah / MIC Selangor dapat membuktikan
mereka ini bukan pengundi hantu … kenapa nak halang semakkan nama mereka ini di
pejabat SPR di LUNAS …. Kalau nama mereka ini ada sebagai pengundi sah orang BA
sendiri akan hantar mereka kepusat mengundi …. Dan kenapa Pengerusi MIC Kedah
dan Selangor bersetuju mengarahkan 18 buah Bas Hantu ini keluar dari LUNAS …
kalau benar mereka ini benar-benar petugas dan penyokong BN … yang lagi heran
kepada 4 buah lagi datang kat LUNAS dah dekat pukul 5.00 petang … kalau nak
tolong jentera BN, tentu pagi-pagi buta dah ada di LUNAS.. ni dah dekat nak
tutup pusat mengundi baru nak sampai … orang PENANG dan Sungai Petani aje …
bukanya jauh sangat … dah petang baru nak sampai kat LUNAS….????

g.	Kenapa Tan Sri Khalil terpaksa akur dan setuju dengan YB Azmin Ali di hadapan
Balai Polis LUNAS …. " Tan Sri kita dari Lubang yang sama dahulu …. Apakah Tan
Sri nak menafikanya " …. Tan Sri Khalil terpaksa akur dan mengaku dengan senyum
sinis pada YB Azmin Ali pada pagi itu … begitu juga Timb. Ketua Polis Kedah
telah menjalankan tugasnya dengan baik kerana ia tahu BARISAN ALTERNATIF telah
berjaya membuktikan segala DAKWAAN PENGUNDI HANTU INI MEMANG WUJUD dengan
pengakuan pemandu dan penumpang bas tersebut.

4.	Kini ketelusan SPR boleh diragui dan dipertikaikan … yang selama ini UMNO@BN
dengan rakusnya dan sewenang-sewenangnya mengunakan segala jentera dan kemudahan
SPR demi kepentingan peribadi dan survival politik puak-puak UMNO@BN .

5.	Apa yang kita ragui selama ini terhadap SPR akhirnya terbongkar di LUNAS …
dan SPR adalah satu badan kerajaan yang telah diliwat dan dinodai oleh
Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN … SPR kini menjadi agensi milik UMNO@BN …
bukanya milik kerajaan Malaysia ….??? Dan dengan ini SPR sebenarnya berkerja
untuk BARISAN NASIONAL bukanya sebagai badan bebas yang mengendalikan
pilihanraya di Malaysia … ia telah UMNO@BN oleh Mahathir@Mahafiraun.

Mahathir@Mahafiraun menuding jari….????

1.	Kalau Shahrir Samad kata Mahathir@Mahafiraun yang nyayok puncanya BN kalah di
LUNAS …. Tapi Mahathir@Mahafiraun mula menuding jari kepada BA …. Semuanya punca
BA lah BN kalah  di LUNAS.

2.	Mahathir@Mahafiraun terpaksa akur dan mengaku bahawa KeADILan  telah menjadi
punca utama kekalahan BN ditangan BA di LUNAS … dia terpaksa akur bahawa PEMUDA
BARISAN ALTERNATIF tegas dan mantap dalam tugas yang diamanahkan….!!! Tapi
PEMUDA dan PUTERI UMNO@BN sepi bak bapuk kerana ketua dan timbalannya sebok
melayang PUTERI UMNO@BN KESAYANG MAHATHIR@MAHAFIRAUN sehinggakan  makcik-makcik
laser WANITA UMNO@BN dijadikan hamba-abdi oleh KHADAM SAMMY VELLU di
LUNAS…sehingga hari ini makcik-makcik laser ni masih terkedu dan duduk
terjelepoh akibat menjadi tunggangan Sammy Vellu di LUNAS.

3.	Kalau RM 21 juta terpaksa di laburkan dalam projek IHSAN di LUNAS …. Kat mana
Mahathir@Mahafiraun nak bill-out balik duit ni …. Orang CINA mampuih tak mau
lagi tolong BN…..!!! mimpilah …… orang CINA tak boleh maafkan
Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN ….. mereka teruk dihina dan perlekeh…… tak kan
nak tolong lagi puak perosak negara ini …. Itu sebabnya Mahathir@Mahafiraun
terus menerus menikam kaum Cina ini memiliki puak EXTRIMIS dan KOMUNIS …..
tetapi Mahathir@Mahafiraun lupa  EKONOMI  MALAYSIA DI MONOPOLI OLEH ORANG CINA
….???? Ibaratnya kini Mahathir@Mahafiraun telah menjolok sarang tabuan yang
telah lama berada di puncak bukit … cuba anda bayangkan …. Sekawan tabuan dari
arah bukit menyerang kebawah bukit … betapa dahsyatnya malapetaka yang akan
menimpa….!!!

4.	Kini tudingan Mahathir@Mahafiraun telah menuding dirinya sendiri … kalau dari
2hb.Sept.1998 sehingga 2hb.Dis.2000 … Mahathir@Mahafiraun memang sedar muka bumi
ini tidak rela menerima dirinya …. Cuba kita lihat senario dalam tempoh 2 tahun
ini ….. Mahathir@Mahafiraun sebenarnya tidak mampu untuk berada diatas bumi ini
…. Dan hidupnya sentiasa berada di udara …. ( dalam kapal terbang ) dan segala
ketakutanya memang benar dan sah … dengan harapan menuding jari kepada orang
laini dia boleh menghilangkan rasa takutnya itu .. tapi inilah HUKUM KARMA ….
Dia tidak mampu tinggal lama diatas muka bumi ini … jadi tempat yang difikir
sesuai oleh Mahathir@Mahafiraun hanya diatas langit sehaja … kerana dilangit
tiada negara dan manusia nak diperintah…itulah yang berlaku pada
Mahahtir@Mahafiraun kini.

5.	Kalau diatas muka-bumi Malaysia ini Mahathir@Mahafiraun tak mampu nak tinggal
… bagaimana dia nak menjadi Maharaja kini …. Apa yang tinggal kini hanya ruang
udara yang tinggal …. Tapi jangan ditunggu pulak ruang udara sudah tidak mahu
pada Mahathir@Mahafiraun kat mana pula mampu dia nak tinggal….????


Kalau LUNAS telah melunaskan janji rakyat Marhaen … bahawa UMNO@BN dan
juak-juaknya sudah tidak layak lagi memerintah dan menjadi penyelamat rakyat
serta bangsa Malaysia … kalau mesej yang disampaikan oleh pengundi LUNAS tidak
mahu difahami oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN kini telah tiba masanya
mereka meninggalkan sistem politik tradisi lagi kuno… yang meletakan sistem
kasta dan perkauman dalam agenda politik …..!!! dan sikap nepotisme , kronisme
dan budaya menghambakan rakyat jelata demi kepentingan peribadi serta survival
politik mereka….????

Kalau mesej ini masih tidak mahu diterima dan dimuhasabah diri oleh UMNO@BN
serta rakan yang sewaktu denganya …. Tunggulah hukum karma yang lebih dahsyat
yang akan diterima oleh kamu semua …. Selagi ada masa dan waktu yang sedikit ini
… kembalilah kepangkal jalan …. Bersama-sama rakyat dan bangsa Malaysia …
MELAHIRKAN MALAYSIA YANG ADIL BERPAKSIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DI BAWAH
KEPIMPINAN ULAMA SERTA PEJUANG REFORMASI MALAYSIA.


" KHAS UNTUKMU PENDUDUK LUNAS YANG TELAH MEMBERIKAN SATU PERJUANGAN DAN
PENGHORMATAN BUAT PEJUANG HAK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA"

" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
2HB.DIS.2000

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL