Oleh Pena Suasa

 

Hentikan Rasuah BN

 

PILIHAN RAYA kecil DUN Lunas, Kedah adalah pilihan raya kecil ketiga yang dilalui selepas pilihan raya umum, setahun yang lalu.

Dua pilihan raya kecil sebelum ini, DUN Sanggang, Pahang dan Parlimen Teluk Kemang memperlihatkan BN menang semula di kawasan-kawasan tersebut.

Berbeza dengan DUN Sanggang, BA cukup berpotensi di Teluk Kemang apabila berjaya mengurangkan majoriti BN dan membuktikan undi pos bukan lagi sesuatu yang selamat bagi BN.

Kali ini, BA sekali lagi meletakkan calon di pilihan raya kecil DUN Lunas, Kedah. Kedah adalah negeri dimana datangnya Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Kebudayaan Kesenian dan Perlancungan.

Dari lima MP Umno dari Kedah, semuanya berjawatan. MP Kubang Pasu adalah Perdana Menteri. MP Merbok, Menteri Kewangan dan Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas. MP Kulim Bandar Baru, Menteri Kebudayaan Kesenian dan Perlancungan.

MP Sungai Petani, Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan. MP Langkawi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian. Ini memperlihatkan betapa Dr. Mahathir Mohamad betul-betul menjaga MP-MP dari Kedah.

Dua MP mewakili MCA dari Kedah, iaitu MP Alor Setar, Dato’ Chor Chee Heung adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri manakala MP Padang Serai, Lee Bee Kau tidak berjawatan.

Lapan kerusi Parlimen di Kedah, BN tewas kepada Pas. Kemenangan Pas di Pendang, Jerlun, Pokok Sena, Kuala Kedah, Baling, Yan, Padang Terap dan Kuala Kedah sudah membuktikan bahawa lebih 50 peratus kerusi Parlimen di Kedah sudah dikuasai BA.

Kali ini, jika pengundi Lunas faham erti demokrasi, mereka seharusnya menggunakan hak memilih dengan bijak. Mereka perlu ‘mengajar’ BN dengan mengalahkan calon BN yang mewakili MIC di Lunas kerana dengan cara ini, orang Kedah akan menjadi ‘hero’ di dalam menyampaikan mesej betapa rakyat tidak tertahan dengan pelbagai penyelewengan yang berlaku dalam negara ini.

Ingat! Dato’ Murad yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam soal kewangan akhirnya dikenakan denda ringan dengan harta yang begitu banyak, sekitar RM24 juta.

Ketua Hakim Negara terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun terbukti dia bercuti dengan Peguam VK Lingam.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd Rahim Noor masih bebas walaupun mahkamah sudah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadapnya.

Dr. Mahathir Mohamad terlepas dari isu menghalang Ketua Pengarah BPR, Dato’ Shafiee Yahya dari meneruskan siasatan terhadap bekas KP EPU, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.

Ali Abul Hassan juga terlepas dari sebarang penyiasatan dan terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun ditangkap ketika menyembunyikan RM100,000 dalam laci pejabatnya.

Rakyat jangan menunggu Allah membalas segala perbuatan buruk mereka ini. Rakyat mempunyai hak dengan memberi undi mereka kepada calon keADILan di DUN Lunas, 29 November 2000 ini. Dengan cara ini, Samy Vellu boleh diingatkan supaya jangan terlalu angkuh bila bercakap soal pembinaan lebuh raya Pantai Timur.

Kediaman RM220 juta Dr. Mahathir yang dibina dari airmata rakyat akan lebih “bermakna” apabila BN ditewaskan dalam pilihan raya kecil ini.

Ambil beras jika BN beri. Ambil duit jika BN beri. Ambil hadiah yang mereka berikan. Semua hadiah itu adalah wang rakyat. Bukan wang gaji Samy Vellu dan bukan wang gaji Dr. Mahathir. Wang yang mereka belanja untuk menyogok rakyat adalah wang rakyat dan wang yang mereka rampas dari rakyat dengan kuasa yang mereka ada.

Jangan terpengaruh dengan pemberian dan bantuan. Cuba bertanya khabar kepada pengundi di Sanggang. Mereka kini terabai. Mereka kini terbiar dan mereka kini tidak dipedulikan. Mereka hanya dibelai beberapa hari sahaja, sepanjang kempen berlangsung. Ingat! Pemimpin-pemimpin BN akan menabur janji dan menabur pelbagai cerita manis.

Namun, mereka akan melupakan segala janji apabila mereka menang. Jika rakyat memberikan undi mereka kepada keADILan atau sesiapa sahaja calon BA, mereka sebenarnya mengajar pemimpin BN supaya usah terus menerus angkuh, ego dan sombong.

Hentikan rasuah yang menjadi amalan mereka. Hentikan penyelewengan yang mereka lakukan. Memilih calon BA bermakna kita sudah menahan rasuah dari terus bermaharajalela dan mengundi BA bermakna kita memberhentikan segala bentuk penyelewengan.

Wakil rakyat BN adalah wakil rakyat samseng. Dato’ Zakaria Mat Derus di Selangor menampar wakil rakyat DAP. Selama ini mereka dan suratkhabar yang mereka kuasai mengambarkan kepada rakyat bahawa wakil-wakil rakyat pembangkang berlagak samseng tetapi hakikat sebenarnya, wail rakyat BN yang benar-benar samseng.

Umno tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Zakaria Mat Derus. Ini kerana Zakaria simpan banyak rahsia skandal seks beberapa pemimpin Umno Selangor. Jika mereka kenakan tindakan kepada Zakaria, mereka (Umno) bimbang rahsia skandal mereka terbongkar.

Para pengundi di DUN Lunas, mereka sebenarnya mempunyai tanggungjawab besar iaitu membantu seluruh penyokong BA dari seluruh negara untuk menyampaikan mesej tegas kepada pimpinan BN bahawa “mereka mesti berhenti” dari terus menyamun harta rakyat.

 Kezaliman menyekat royalti kepada Terengganu juga merupakan rompakan hak rakyat. Tunggu, masa kejatuhan mereka akan sampai.

Tiada siapa berani menegur Ali Rustam membawa rombongan 600 orang ke Indonesia dengan wang rakyat. Tiada siapa berani menegur cara Ghani Othman berbelanja hingga KPRJ berhutang RM 432 juta kepada bank.

Tiada siapa berani bertanya; “Apa gunanya kompleks basmi kemiskinan yang didirikan oleh Sanusi Junid dahulu.”

Tiada siapa bertanya; Apa sudah jadi dengan penanaman padi atas bumbung yang menelan belanja besar dari wang rakyat.

Terlalu banyak penyelengan dan terlalu banyak skandal dalam Umno dan BN. Anak Dr. Ling Liong Sik (Presiden MCA) cukup kaya dengan pelbagai perniagaan. Anak Dr. Mahathir diselamatkan perniagaannya oleh Petronas. Anak Samy Vellu berkahwin dengan menghabiskan belanja RM14 juta dan menjemput penyanyi-penyanyi dari India.

Anak Abdullah Ahmad Badawi dapat projek membekalkan makanan kepada Angkatan Tentera Malaysia ketika Abdullah menjadi Menteri Pertahanan.

Anak Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Abdullah, Datin Hendon masih ke Night Club hingga hari ini. Cuba bertanya berapa nilai rumah kediaman Dato’ Najib Tun Razak? Dari mana dia dapat banyak duit membina rumah dan kolam renang itu?

Tanya dengan Rafidah Aziz, berapa juta saham yang dianugerahkan kepada menentunya.

Hentikan semua ini dengan mengundi calon BA di Lunas.

 

CETAK DAN EDARKAN KEPADA PENGUNDI DI LUNAS