KOMENTAR

 

24.06.00

SALAM REFORMASI

 

TULISAN AHMAD LUTFI BERNILAI 30 JUTA MARUAH SHAHIDAN KASSIM DIHUJUNG PENA

 

Tidak cukup melemparkan sekatan melalui Kementerian Dalam Negeri, dengan membunuh DETIK, mereka terus berusaha membunuh Ahmad Lufti dengan saman Shahidan Kassim dengan nilai 30 juta. Kalau Anwar Ibrahim digeruni kerana karismanya maka Ahmad Lufti ditakuti kerana penanya. Mereka harus dihumban agar tidak lagi berdaya untuk bangkit. Mereka perlu hapuskan agar pergerakan jahat kita tidak tersebar oleh pemimpin pembangkang dan penulis ini. Shahidan yang sedang berusaha melonjakkan namanya dalam politik Dr Mahathir lantas berusaha keras untuk menghancurkan suara-suara pembangkang. Setelah menakutkan rakyat, memenjarakan Anwar Ibrahim, membuat beberapa siri penangkapan keatas kepimpinan, mereka maju selangkah lagi untuk menutup suara penulis ini. Tekanan demi tekan dilaksanakan. Namun penulis ini terus juga melangkah dan penanya  terus mencanang kebenaran melalui penulisan.

 

Apapun kita seharusnya bersedia. Semua golongan masyarakat yang menyahut kebebasan bersuara, kebebasan mengkritik dan hak sebagai manusia patut sama-sama berganding tenaga untuk membuat benteng kukuh agar minda  kita tidak dijajah oleh mereka yang hilang dasar kemanusiaan. Agar minda kita tidak dijajah oleh  tulisan dan penipuan Arus Media Perdana Menteri. Agar minda kita tidak dijajah akibat sekatan keatas penulis-penulis yang sama berusaha untuk menegakkan keadilan.

 

Mereka mahu menjajah MINDA kita. Halangan keatas penulisan bercorak kritikan terus dilaksanakan agar usaha menjajah minda kita terus dilaksanakan. Kita akan terus berusaha menentang cubaan menjajah MINDA kita.

 

Kita mulakan gerakan, menentukkan agar Sdr Lufti terbela dan tidak dipupuskan oleh mereka yang rakus mendokong kezaliman.

 

Kita harus terus memperjuangkan hak kita.

 

Awas Shahidan, ribuan penulis dengan pena-penanya akan menentukkan agar kamu tersungkur .