KOMENTAR

Komentar

10.05.2000

 

Nak ditelan mati mak,

Nak diluah mati bapak

 

Begitulah ada kalanya kami di Komentar. Perasaan sayang dan cintakan perjuangan ini menghalang  Komentar dari terus-menerus mengkritik beberapa kepimpinan yang jelas sudah melencong dari matlamat dan agenda asal. Walau bagaimanapun kalau dibiarkan maka implikasinya besar, perjuangan menjadi sandaran, kemenangan hanya menjadi impian dan Sdr Anwar Ibrahim terus di belenggu kezaliman. Terkadang Komentar terpaksa berkias agar hanya mereka yang terlibat akan terasa kepedasan cili sedang yang lain akan terus melebel Komentar sebagai “ UMNO PLANTED”

 

Apa pun beberapa persoalan ingin Komentar kemukakan kepada kepimpinan Parti agar mereka dapat menjawab dan seterusnya memberi penerangan agar Komentar mengerti kenapa beberapa keputusan ditangguhkan walaupun parasit itu terus menerus dibiarkan membiak.

 

Soalan Pertama : Tujukan untuk Presiden Parti Keadilan Nasional.

 

Berapa kalikah Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan menemui Datin untuk menghalang Program Black 14 ?

 

Benarkah beberapa kepimpinan lain termasuk Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan menemui Datin dan mengatakan bahawa program ini adalah percubaan merusuh oleh pendokong Reformasi?

 

Soalan Kedua : Tujukan untuk Ketua Pemuda Keadilan Nasional .

 

Bukankah Sdr sendiri mengetahui bahawa ada percubaan mengagalkan dan seterusnya membatalkan agenda rakyat The Black 14. Benarkah ianya  dilakukan sendiri oleh Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan ?

 

Bukankah Sdr sendiri mengetahui bahawa satu perjumpaan/mesyuarat diadakan secara tergempar oleh Pemuda Wilayah Persekutuan yang mana hasutan untuk membatalkan program Black 14 dibuat.

 

Soalan Ketiga : Tujukan untuk Naib Presiden Keadilan Sdr Tien Chua.

 

Bukankah Sdr sendiri diminta oleh kepimpinan untuk membatalkan Agenda Black 14?

 

Soalan-soalan ini ditujukan kepada mereka oleh Komentar bagi tujuan meminta mereka mengkaji balik siapakan petualang dalam gerakan Reformasi dan keADILan.

 

INI JUGA BERTUJUAN UNTUK MEMAKLUMKAN SEKALI LAGI : Bahawa Program Black 14 adalah Perhimpunan yang dijana oleh rakyat dan bukan parti. Program ini tidak meminta penglibatan Parti secara langsung atau tidak langsung tetapi bangkangan terhadap kehendak rakyat oleh parti sendiri memperlekehkan slogan “mengembalikan hak, kuasa dan suara rakyat kepada rakyat.

 

Komentar memohon agar kepimpinan memulakan langkah kepahlawanannya. Kalau Barisan Nasional (selaku kerajaan memerintah kita tentang) masakan pengkhianat perjuangan dalam organisasi kita sendiri kita takut untuk bertindak wajar.

 

Komentar menunggu maklum balas kepimpinan. Sekiranya tidak maka terpaksalah Komentar membuat pilihan antara buang……mati emak…..luah……mati bapak.

 

Komentar1