KOMENTAR

 

15hb Ogos 2000

SALAM REFORMASI

 

PERTUDUHAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM TIDAK BERHENTI SETAKAT INI SAHAJA

 

Komentar bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Lokman Noor Adam semasa ceramah pendeknya semasa Program Menghantar Memorandum kepada SUHAKAM. Ceramah pendeknya memaklumkan bahawa pertuduhan baru akan terus dibuat terhadap Anwar. Mahathir masih tidak puashati kerana keputusan liwat  itu TIDAK LANGSUNG DITERIMA RAKYAT. Mahathir dengan kuncunya memulakan gerakan untuk membuat tuduhan RASUAH terhadap Anwar Ibrahim. Mahathir dengan ketakutan beliau mahu Anwar terus dipenjara dan kroni-kroninya dapat memegang jawatan penting setelah beliau berundur. Mahathir rakus dalam tindakannya terhadap Anwar dan mengharapkan bahawa beliau dipercayaai. Dalam usaha ini beberapa rangka tuduhan rasuah sedang dibuat oleh Peguam Negara.

 

Ingat MAHATHIR pesan Anwar Ibrahim selepas menerima hukuman penjara 9 tahun. Sdr Anwar memaklumkan bahawa beliau akan tetap berjuang biarpun dibelakang dinding penjara.

 

Ingat Mahathir, rakyat akan terus berjuang bersama-sama Anwar Ibrahim.

 

Rakyat Malaysia yang dikasihi, sambutlah kempen menghukum Mahathir yang sedang rancak dilaksanakan. Insyaallah Mahathir akan terhukum dengan dosa-dosanya. Kita perlu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh lagi agar Anwar dibebaskan dan kembali sebagai pejuang Rakyat yang kita kasihi.

 

HIDUP SDR ANWAR, ALLAH PASTI AKAN SELAMATKAN KAMU