MEREKA MASIH MENCARI LOKMAN

 

 

Reformis sekelian,

25/4/2000

 

Mereka masih mencari Wira Reformasi Lokman Noor Adam. Mereka mahu Lokman menyerah diri tetapi kita sebagai golongan reformasi percaya bahawa penyerahan diri akan hanya memudahkan jentera PDrM  untuk menamatkan OPS PADAM mereka. Dalam usaha ini melangkah setapak kebelakang bukan bererti persediaan untuk memulakan silat langkah seribu. Reformasi mesti terus hidup dan langkah kebelakang adalah untuk menyediakan diri bagi melaksanakan langkah baru umpama menyediakan bunga silat dalam siri kepahlawanan Melayu. Bukan bererti takut untuk menghadapi tekanan polis tetapi bersedia untuk memulakan langkah baru dalam kita menuntut kemerdekaan baru , bebas dari penjajahan  Dr Mahathir. Kita perlu sedar bahawa perjuangan ini perlu diteruskan dan selagi kita masih bebas mencaturkan agenda menuntut keadilan maka selagi itulah harapan untuk berjaya ada. Kita jangan cepat mengklasifikasikan sesaorang itu penakut melainkan segala gerak dan geri individu tersebut belum kita ketahui. Bagi yang mengetahui Alhamdulilah bagi yang belum ini senario dia,

 

Perjuangan masih jauh, tertangkapnya beberapa mereka yang begitu berdedikasi dalam reformasi dijalanakan hanya akan meruntuhkan pergerakkan tersebut. Ambil ihktibar bahawa lesapnya Lokman dan beberapa antar kita adalah untuk memulakan langkah baru ibarat pejuangn negara zaman kepahlawanan melayu.

 

Komentar