PESANAN DARI LOKMAN NOOR ADAM

 

Assalamualaikum w.b.t.

Didoakan semoga semua pejuang-pejuang reformasi berada dibawah perlindungan Allah s.w.t jua, InsyaAllah.

Teman-teman sekalian, Alhamdulillah saya telah selamat kembali ke tanahair pada 6hb Mei yang lalu.  Saya bersyukur kerana berpeluang bersama keluarga dan teman-teman sekali lagi.

Disini saya ingin memaklumkan akan hasrat saya untuk membukukan segala peristiwa sebelum, semasa dan selepas "The Black 14 atau Gelita 14" untuk dijadikan bahan sejarah dan rujukan.  Buku ini akan diterbitkan dalam dua bahasa, InsyaAllah iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeri.

Sehubung dengan itu, saya ingin mempelawa teman-teman yang ingin berkongsi pendapat, pengalaman dan komentar untuk membantu saya dalam menghasilkan buku ini.  Segala sumbangan saudara boleh saudara utarakan ke alamat e-mail saya di lokmanadam@hotmail.com.

Segala sumbangan saudara akan dirahsiakan demi untuk menjaga kepentingan dan keselamatan penyumbang.  Sekian, segala kerjasama dan sokongan padu saudara-saudari dalam merealisasikan penerbitan bahan sejarah ini amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

"PEMUDA PEMANGKIN GERAKAN REFORMASI"

LOKMAN ADAM
OT31/98