Eusoff Chin Patut Letak Jawatan - dipetik dari ADIL-ONELIST
 
Kredibiliti Eusoff Chin sebagai Ketua Hakim Negara
benar-benar dipertikaikan. Dengan bukti-bukti yang
dikemukakan satu demi satu dan jawapannya yang begitu
dangkal sekali, jalan keluar yang paling baik baginya
ialah meletakkan jawatan.
 
Kelihatan pula Dr. Mahathir memberikan komen, sebaik
sahaja pulang dari luar negara mengatakan ada
segolongan pihak cuba melaga-lagakan badan Kehakiman
dengan Kerajaan.
 
Ada banyak perkara perlu kita teliti sebagai rakyat
Malaysia. Merenungi kembali peristiwa di mana Tun
Salleh Abas, Ketua Hakim Negara yang cukup dihormati,
warak dan dikagumi bukan sahaja di Malaysia malah di
seluruh Dunia, telah dilucutkan jawatan dengan alasan
'misbehaviour'.
 
Antara dakwaan terhadapnya:
 
1. menulis suart kepada DYMM Yang Dipertuan Agung
tentang kebimbangannya akan serangan kuasa Eksekutif
(diketuai Mahathir) terhadap badan kehakiman.
2. Membuat beberapa komen tentang kebimbangan
terjejasnya kebebasan badan kehakiman oleh serangan
kuasa eksekutif.
3. Disertai lagi beberapa dakwaan yang dicipta dan
dimanipulasi serta diperbesar-besarkan yang kalau
dikaji secara teliti langsung tidak mempunyai asas.
 
Tambahan lagi bagi dakwaan pertama, pihak tribunal
yang diketuai oleh Tun Hamid Omar (yang pastinya
mempunyai kepentingan peribadi untuk mengganti tempat
Tun Salleh) tidak pun dapat mengemukakan bahan bukti
iaitu surat sebenar yang dihantar kepada DYMM Agung.
Yang ada hanyalah salinan daripada salinan.
 
Tribunal yang menghakimi terdiri dari 6 orang hakim
yang hampir semuanya ranking yang tak setaraf dengan
Tun Salleh. (tidak pernah dibuat orang jumlah hakim
2,4,atau 6 kerana berkemungkinan seri-deadlock…nyata
kebodohan Tun Hamid Omar)
 
Abu Talib Othman sebagai AG yang sepatutnya membantu
siasatan bertukar menjadi pendakwaraya yang mencari
salah Tun Salleh (dasar tamak dan tak mengenang budi,
Tun Salleh adalah orang yang bertanggungjawab memberi
pendedahan kepadanya hingga menjadi pendakwaraya yang
baik)
 
Sebenarnya Tun Salleh Abas disingkirkan semata-mata
kera isu UMNO 11 yang menungu rayuan. Beliau
menetapkan tarikh untuk rayuan didengar. Sekiranya
rayuan ini diterima, Mahathir dengan automatik
terlucut jawat sebagai Presiden Parti, Ahli Umno dan
juga Perdana Menteri bersama seluruh kabinetnya.
 
Itulah sebenarnya kesalahannya.
 
Bandingkan pula dengan Eusoff Chin yang dilindungi
Mahathir……
 
Penegak keadilan