KOMENTAR

 

 

20.07.2000

 

MEREKA MAHU TANGKAP KEPIMPINAN YANG MENUDUH SAUK SATU AGENDA MAHATHIR

 

Nampaknya kes Sauk tidak terhenti setakat ini sahaja. Mahathir mahu menangkap mereka yang mendokong perbuatan Al Maunah. Komentar yakin 27 orang yang ditahan tidak akan dituduh buat sementara waktu ini dan selesai sahaja tahanan reman maka mereka akan ditahan atas Akta ISA.

 

Mahathir perlu sedar bahawa Barisan Alternatif tidak menghalalkan yang haram dan tidak mengharamkan yang halal. Barisan Alternatif tidak membenarkan yang palsu dan tidak memalsukan yang benar. Kes Sauk menimbulkan banyak kesangsian dan kes ini tidak dapat diterima oleh rakyat kerana isu ini nampak gayanya menjadi isu politik yang dijadikan modal oleh UMNO. Sdr Ruslan Kassim dan yang lain pada pandangan Komentar tidak langsung mengiakan tindakan kumpulan ini. Mereka sangsikan senario ini. Tidak ada sebab mereka ini akan ditangkap dibawah ISA. Mereka sangsi senario ini tetapi tidak langsung menghalalkan perbuatan kumpulan ini.

 

Ingat Mahathir dengan sikap tidak telus kamu tidak hairan satu hari nanti apa yang keluar dari mulut kamu akan dianggap dusta semata-mata.

 

Teringat akan kata-kata seorang teman rapat Komentar- Satu masa nanti bila Mahathir berkata bahawa Lembu Berkaki Empat….nescaya tidak ada sesiapa yang akan mempercayai beliau.