KDN lawan Penerbitan Pemuda, 22 Januari 2001

Oleh - Wartawan Detikdaily

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur perbicaraan ke atas Pengurus Pemasaran, Penerbitan Pemuda, Zabidi Morad, pada 22 Januari 2001. Zabidi dituduh atas kesalahan di bawah Seksyen 5(1)(a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, iaitu menjual akhbar tanpa permit penerbitan bertajuk Haraki.

Zabidi yang diwakili Peguam Hanipa Maidin mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Hazizah Kassim selepas tuduhan dibacakan kepadanya pada pagi 22 November 2000.

Pada 9 Mei lalu, jam 1.10 petang, sekumpulan lima pegawai Unit Kawalan Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas sebanyak 545 naskhah Haraki, sebuah penerbitan politik tidak berkala dalam bentuk tabloid, dengan tajuk muka depan "BLACK 14 CAPAI TARGET" di premis Penerbitan Pemuda, 24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, Kuala Lumpur.

Haraki diterbitkan oleh Ahmad Lutfi Othman selepas majalah dua kali sebulan, Detik, diharamkan KDN. Namun ia hanya terbit sekali sahaja.

"Saya tetap beranggapan mana-mana makalah yang terbit hanya sekali dan tidak bersiri, tidak memerlukan permit penerbitan. Soalnya, selain itu apa pilihan yang saya ada, selepas majalah Detik dan Wasilah yang mempunyai permit diharamkan tanpa sebarang alasan. Lebih dahsyat lagi, semua permohonan saya untuk mendapat permit penerbitan ditolak mentah-mentah," kata Ahmad Lutfi, yang juga Pengarah Urusan Penerbitan Pemuda.

"Saya harap dapat membangkitkan isu kebebasan media di negara ini secara lebih menyeluruh dalam perbicaraan kes Zabidi nanti. Banyak pihak masih belum mengetahui tekanan dan kongkongan yang dikenakan," kata beliau lagi.

(Harapan kami agar semua rakyat Malaysia dapat memberi sokongan padu kepada kami.Marilah bersama kami pada 22hb Januari 2000 ini )

BEBASKAN MEDIA !!!BEBASKAN MEDIA !!!BEBASKAN MEDIA !!!BEBASKAN MEDIA !!!BEBASKAN MEDIA !!!

PENERBITAN PEMUDA 24G,

Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak 53100 Kuala Lumpur

Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372

lutfi_detik@hotmail.com

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"