PILIHANRAYA LUNAS LAPURAN TERKINI UNIT PSARAFHQ.

KAMI DARI PSARAFHQ DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PEJUANG KEADILAN DAN TAHAN POLITIK REFORMASI (TPR) YANG SANGGUP BERSAMA SDR. SAIFUDDIN NASUTION DI LUNAS.

NOTIS DAN PERINGATAN KEPADA SEMUA PETUGAS

1. Sila pastikan skop tugas anda jelas untuk besok di LUNAS … sila dapatkan penjelasan terperinci dari ketua anda atau pengarah tempat anda bertugas.

2. Tolong jangan ambil-alih atau lakukan kerja yang telah diamanahkan kepada orang lain …. Cuba bantu mana-mana bahagian yang kekurangan petugas.

3. Kerja bersepadu dan bersistematik akan membantu melancarkan jentera BA….. jika kita gagal bersepadu dalam apa jua tugas …. Pihak BN akan mengambil kesempatan.

4. Sila pastikan imej KeADILan ditonjolkan sewaktu bertugas ….. disini serangan psikologi perlu dilakukan pada pengundi LUNAS agar mereka tidak merasa malu dan takut untuk menyokong Barisan Alternatif secara terbuka….seperti yang telah di lakukan oleh Penduduk Taman Selaseh …. Secara terbuka dan berani mereka menyokong Sdr. Saifuddin Nasution.

5. Kalau semua petugas mampu memberikan serangan psikologi kepada Pengundi LUNAS, Insya Allah LUNAS menjadi milik BA. Dipohon usaha gigih dan bersepadu dari semua pihak, pasti cita-cita ini berjaya.

6. Semua pemandu kenderaan yang mengambil pengundi … sila kaji laluan pintas dan selamat sewaktu membawa pengundi ke pusat mengundi…..!!! maklumat lengkap kawasan laluan ini penting kerana pihak BN akan menghalang kereta BA mengambil pengundi….!!!! Sila ambil perhatian.

7. Untuk petugas rumah panas…tugas dan tanggung-jawap amat berat bagi petugas disini …. Mereka bukan  sehaja nak merayu undi .. .tetapi bertanggung-jawap mematahkan dan menjadikan rumah panas BN milik BA….untuklah tanggun-jawap mereka kini…???? Sila kita gagal mem BA kan rumah panas B, kita belum boleh mengatakan peti undi tersebut milik kita…!!! Kerana jika masih ada orang ke rumah panas BN …. Undi tetap ada pada mereka … cuba halang pengundi pergi kerumah panas BN …. Ini akan mampu memberikan tekanan psikologi kepada petugas BN.

8. Sila pastikan rumah panas BA meriah dan ceria….dan perhiasan serta suasana rumah panas mesti diharmonikan serta menonjolkan imej KeADILan… kelengkapan rumah panas mestilah up to date, sila pastikan pengundi tidak menunggu lama…dan ini akan menjadikan rumah panas sesak apabila terlalu ramai pengundi berbaris …. Dan oran BN akan mencuri pengundi ini jika layanan BA tidak cekap.

9. Sila iringi pengundi sehingga depan pintu pagar tempat mengundi….jangan beri peluang petugas BN untuk menghampiri pengundi sehingga depan pintu tersebut …. Jika pihak BN berjaya mengambil peluang ini … satu undi akan hilang dan cuba bayangkan kalau semua pengundi mampu mereka tackle sewaktu ini.

10. Sila hormati dan layan pengundi sebaik mungkin…berikan mereka keselesaan untuk ketempat mengundi … jangan terlalu memaksa dan over-acting depan pengundi …. Ini akan mencemarkan imej parti dan peribadi orang BA….!!! Disiplin diri amat penting dalam isu ini …. Jangan cari punca untuk menjadikan suasana tegang di tempat mengundi … sebarang kesilapan akan mengakibatkan BA ditekan oleh pihak POLIS dan SPR … inilah peluang dan masa BN untuk menipu ….kerana kita diberi tumpuan oleh pihak SPR dan POLIS …. Cuba alihkan perhatian POLIS dan SPR ini kepada BN pula , agar penipuan berjaya diatasi….????

11. Jika sesiapa dapat mengesan sebarang penipuan dalam urusan mengundi ini, sila pastikan laporan lengkap dibuat :-

a) Laporan kepada Polis, dan dapatkan salinan laporan Polis itu.

b) Laporan dan bantahan kepada SPR, dan dapatkan salinan laporan dan bantahan SPR itu.

c) Kita mesti tegas dengan sebarang bantahan dan laporan terhadap SPR.

d) Kalau boleh dapatkan bukti foto / video / rakaman tape untuk membuktikan segala tuduhan dan fakta kes ini tepat sewaktu dibawa kemahkamah.

e) Salinan kad pengenalan pengundi hantu …. Ini penting untuk membuktikan memang ujud dan mereka ini diupah UMNO@BN .

f) Sila pastikan buku senarai pengundi dipungut dan disimpan dengan baik oleh ketua peti undi …. Dan serahkan kepada Pengarah Pilihanraya…ini penting untuk statistik dan dokumen sokongan jika berlaku sebarang kes dimahkamah dimasa akan datang.

g) Sila pastikan unit risik dan media serta gerak gempur bergerak mulai sekarang….!!!! Sila pastikan segala taktik kotor BN dapat diatasi…..bukti gambar foto / video / rakaman tape… adalah diperlukan menguatkan bukti sekiranya kita masih mempunyai masa berkempen dan merayu undi dengan foto atau sebagainya…. Sila monitor kepincangan pihak musuh dalam isu ini .. lebih banyak kelemahan pihak musuh dirakamkan …. Lebih banyak bahan bukti bergambar mampu kita buktikan kepada pengundi LUNAS.

h) Gerakan seluruh jentera secara maksima sekarang …. Sila buat ulangan terhadap perang poster dan banner ditempat stategik …. Perbanyakkan poster dan bendera KeADILan….sila tumpukan keseluruh laluan ketempat mengundi….sila pastikan setiap peti undi ( 19 peti undi menjadi milik BA) dijaga dikawal rapi.

i) Jentera yang akan sampai malam ini …. Sila berihat secukupnya….jangan buang masa menonton ceramah umum …. Kita berihat dan pastikan besok kita benar-benar bersedia dan segar untuk bertugas di tempat mengundi.

Akhirnya kami dari unit PSARAFHQ amat berharap seluruh SUKARELAWAN BARISAN ALTERNATIF dapat bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membantu Sdr. Saifuddin Nasution Ismail berjaya di LUNAS … sesungguhnya keikhlasan dan kejujuran semua PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA BA LUNAS, DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA LAGI BERKAT INI…akan diberi kejayaan dan ganjaran yang sempurna oleh Allah swt.

Kini tidak sampai 24 jam lagi …. Penduduk dan pengundi LUNAS akan menentukan siapakah yang layak menjadi YB DUN LUNAS YANG BARU …. DAN KERAJAAN MANA YANG LAYAK MEMERINTAH KEDAH DAN MALAYSIA ….. JADI 2 TUJUAN PILIHANRAYA DI LUNAS INI ….ADALAH BEBANAN KEPADA SELURUH CALON YANG BERTANDING…. ???? JIKA RAKYAT DAN PENGUNDI LUNAS GAGAL MENUKAR KUASA BN DI LUNAS ….

MAKA PENGUNDI LUNAS AKAN DIANAK-TIRIKAN SEBAGAI MANA YB JOE TELAH LAKUKAN SEBELUM BELIAU MATI….DAN HARI INI CALON MIC@BN LEBIH BERWATAK PADERI DARI MENDIANG YB JOE….DAN KITA MAHU MELIHAT BERAPA RAMAI LAGI ORANG INDIA ( HINDU/BUDDHA ) DAN MELAYU (  ISLAM ) SERTA CINA ( BUDDHA / CONFU ) AKAN MENYERTAI GERAKAN KRISTIAN YB JOE….!!!

KINI TERSERAHLAH KEPADA PENGUNDI LUNAS UNTUK MENENTUKAN SEGALA-GALANYA….JIKA ORANG DILUNAS MEMANG TELAH BERSEDIA UNTUK MELAKUKAN PEROBAHAN SEPERTI DI TERANGGANU…INSYA ALLAH HIJRAH ORANG LUNAS AKAN MENDAPAT BERKAT DAN GANJARAN SEMPURNA ….

KINI LUNAS MENJADI TUMPUAN SELURUH DUNI… DISINILAH KEPUTUSAN DIMANA UMNO@BN MAMPU UNTUK TERUS BERTAPAK DIMALAYSIA ATAU IA DIKUBURKAN TERUS BERSAMA PRESIDEN DAN JUAK-JUAKNYA. GERAKAN DAN TINDAKAN SEMUA JENTERA PILIHANRA BA YANG BERSEPADU AKAN MEMBERIKAN PELUANG KEPADA CALON BARISAN ALTERNATIF ….. YANG KINI BERADA DIGRAF YANG TINGGI…DAN PIHAK UMNO@BN DAN MIC@BN KINI TENGAH BERKIRA-KIRA UNTUK MENUTUP KEDAI MEREKA….

TETAPI KITA SEMUA JANGAN LALAI…DIWAKTU INILAH MEREKA MAMPU MENIPU DAN MELELONG KITA SEMUA….JANGAN PERCAYA DENGAN JANJI MANSI DAN LAKONAN MEREKA INI …. BERWASPADA SELALU LEBIH BAIK DARI KITA TIDAK MERASA WAS-WAS DENGAN MEREKA. TAHNIAH DAN DIUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENDERMA DAN PETUGAS SELAMA 2 MINGGU INI….

JASA ANDA DI LUNAS AMATLAH BESAR … DAN TAK MAMPU KAMI NAK MELUNASKAN SEMULA PENGORBANAN ANDA SEMUA….SESUNGGUH JIHAD ANDA AKAN MENDAPAT GANJARAN YANG SEMPURNA DARI ALLAH SWT. SELAMAT BERTUGAS DAN BERJUANG …. 23 JUTA RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA BERDOA KEPADA TUHAN…..

SDR. SAIFUDDIN NASUTION ADALAH CALON YANG LAYAK MEMIMPIN PENGUNDI LUNAS DAN NEGERI KEDAH BERSAMA KEPIMPINAN YB DATUK FADIL NOR. DOA DAN HARAPAN 23 JUTA RAKYAT INI AMAT BESAR ….

DAN HARAPAN INI AMATLAH MENGUNUNG AGAR CALON BARISAN ALTERNATIF BERJAYA MEREALISASIKAN HASRAT RAKYAT YANG MAHUKAN PERUBAHAN DAN " REFORMASI TOTAL KEARAH MALAYSIA YANG ADIL ' ISLAH…ISLAH…ISLAH… REFORMASI…REFORMASI….REFORMASI

ALLAH HU AKBAR….!!! ALLAH HU AKBAR…..!!! ALLAH HU AKBAR…..!!!

PSARAFHQ (28/11/2000)

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL