KOMENTAR

 

28hb APRIL 2000

Dari Web Master Komentar

 

Salam Reformasi,

 

Terlebih dahulu saya selaku pemegang Laman Komentar mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan pembaca khususnya pendokong reformasi tajaan Sdr Anwar Ibrahim. Laman Komentar telah berusia hampir 20 bulan. Semenjak 30 September 1998 Komentar terus digerakkan demi menyemarakkan perjuangan menuntut keadilan di negara yang kita cintai ini. Komentar kemudiannya terus memperjuangan cita-cita menentang kezaliman dan kemungkaran melalui jalan parti pada pilihanraya ke 10 baru-baru ini. Hasil menceburi politik secara mendalam maka Komentar terus beralih menuntut agar Parti Keadilan Nasional yang dipegang sebagai wadah perjuangan Komentar lebih bersedia dan melakukkan beberapa perubahan agar jalan menunju kepilihanraya akan datang tidak sumbang dan seterusnya dapat menjamin kejayaan. Komentar sedar dan terima banyak kritikkan dari pembaca termasuk kepimpinan parti. Sungguhpun begitu Komentar terus berjuang mengikuti semangat serta ajaran Sdr Anwar Ibrahim yang berani dan kental dalam menuntut islah. Komentar memohon maaf kerana adakalanya dalam usaha untuk terus memantapkan parti ada yang terkecewa dan marah. Konsep Komentar mudah, biar kita berkelahi sekarang agar kemantapan parti dapat diperolehi kemudian nanti demi menuju kearah pilihanraya akan datang. Kita perlu jujur dan ikhlas, keadilan adalah agenda yang tidak boleh kita kompromi. Sungguhpun begitu kritikkan Komentar keatas Parti Keadilan Nasional di hentikan demi membawa agenda untuk kemenangan Barisan Alternatif di Sanggang. Agenda seterusnya adalah untuk memastikan agar THE BLACK 14 berjaya dan semua tenaga dan masa Komentar dikhaskan untuk kejayaan program THE BLACK 14. Dalam banyak-banyak program REFORMASI, Komentar paling berpuashati dengan perlaksanaan THE BLACK 14. Program ini melihatkan peranan Lokman Noor Adam dan kepimpinan KETUA PEMUDA KEADILAN MALAYSIA yang berani dan cekal. Kini usai sudah BLACK 14. Perjuangan diteruskan sehingga agenda menuntut keadilan tercapai serta Anwar Ibrahim dibebaskan. Semangat REFORMASI sedikit sebanyak terbangkit dengan program The Black 14. Kerajaan kita takut kerana kesalahannya lalu terus menekan dengan lebih hebat lagi para reformis tanah air. Polis bertindak ganas dan kejam. Reformis terus dipukul dikasari. Ini lah Malaysia sekarang ini. Inilah keadilan cap “Mahathir” , inilah konsep “Mahathirkrasi” dan inilah semangat “Mahathir Boleh”. Ini semua harus kita kikis dan kita bela. Teruskan perjuangan ini.

 

Setelah 20 bulan menghadap komputer dan bertindak sebagai Web Master Laman Komentar  maka “batton” ini harus diserahkan kepada tenaga baru yang Komentar percaya beliau ini dapat menerajui Laman ini dengan lebih aggresif dan berkesan. Komentar percaya kepada penganti ini kerana selama ini individu inilah yang banyak membantu Komentar dalam input-input laman ini. Penyerahan Laman ini dibuat melalui email dan setelah dirisik maka Komentar percaya kepada kekuatan mental memandangkan penglibatan beliau yang konsisten dalam media internet khususnya Laman Pro Reformasi. Sungguhpun begitu Komentar akan tetap menulis dan menghantar kelaman ini. Komentar akan tetap mendokong perjuangan ini dan tetap akan menyertainya segala program reformasi secara aktif.

 

Komentar percaya penyerahan ini perlu atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Komentar pernah seketika dulu terhenti atas sebab yang serupa. Komentar dengan ini mengucapkan selamat mengikuti Laman ini dan marilah kita sama-sama memohon doa agar negara ini, rakyat kita ini dijauhkan dari ketidakadilan , kezaliman dan budaya rasuah yang sekarang berleluasa dalam kepemerintahan kita ini.

 

Komentar sebagai orang yang membuka Laman ini amat terharu atas penyerahan ini tetapi DEMI KEJAYAAN REFORMASI, DEMI PEMBELAAN ATAS ANWAR IBRAHIM maka dengan rela Laman ini diserahkan kepada tenaga baru yang lebih aktif.

 

SALAM REFORMASI

 

PERJUANGAN DITERUSKAN, LAWAN TETAP LAWAN 

Komentar