Berikut adalah laporan polis yang akan diedarkan oleh Pemuda
Keadilan Malaysia dalam sessi Jelajah Semenanjung yang akan bermula pada hari
Ahad ini setiap hari hingga 1hb Julai, 2000:-
LAPORAN
POLIS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
BERHUBUNG
PENDEDAHAN PENYALAHGUNAAN KUASA DR MAHATHIR
13hb
Jun, 2000 – Lokap Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur (Polis 55 : 656410)
Saya
ingin merujuk kepada keterangan Dato’ Shafie Yahya, bekas Ketua Pengarah Badan
Pencegah Rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Jun, 2000.
Kenyataan bersumpah beliau telah tidak dicabar oleh pihak pendakwa.
Diantara maklumat utama yang dikemukakan ialah:
a)
Bahawa Dato’ Seri Dr Mahathir Muhammad, Perdana Menteri telah memanggil Dato’
Shafie ke Pejabat Perdana Menteri pada bulan Jun 1998 dan memarahi beliau
kerana mengeladah pejabat Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri dan memperolehi wang tunai sebanyak 100,000 ringgit.
Seterusnya Dato’ Seri Dr Mahathir telah mengarahkan Dato’ Shafie supaya
menghentikan penyiasatan tersebut dengan serta-merta.
b)
Dalam pertemuan tersebut juga, Dato’ Seri Dr. Mahatir cuba membuat tuduhan
bahawa saya telah mengarahkan BPR memulakan penyiasatan tersebut, tetapi Dato’
Shafie telah menafikan tohmahan itu.
c)
Dato’ Shafie melahirkan rasa kecewa (“disillusioned”) terhadap Dr Mahathir
kerana sangggup melindungi perlakuan rasuah.
2.
Keterangan Dato’ Shafie merupakan tuduhan nyata bersabit penyalahgunaan kuasa,
melindungi perasuah serta menghalang perjalanan proses keaedilan. Dan ini
adalah kesalahan mengikut Ordinan 22 Akta Darurat 1960 dan Akta Pencegah Rasuah
1997. Sebab itulah maka media utama mengggelapkan berita tersebut.
3.
Saya ingin menggesa agar pihak Polis dan BPR segera memulakan
penyiasatan. Mereka memikul amahah sebagai pelaksana undang-undang tanpa
pilih kasih atau gentar. Imej Polis dan BPR akan lebih tercemar sekiranya
mereka terus melengah tindakan dan berdalih, pada hal bukti dan keterangan
adalah nyata. Mereka telah berulang kali menegaskan bahawa mereka akan
bertindak secara profesional. Janganlah Dr Mahathir dianggap kebal dari
segi undang-undang dan dibiarkan bermaharajalela.
4.
Sudah menjadi rahsia umum bahawa laporan polis, tuduhan, bukti dan keterangan
yang dikemukakan sebelum ini terhadap Dr Mahathir, Menteri-menteri
diketepikan. Sebaliknya, tindakan keras diambil terhadap musuh-musuh
politik mereka. Seringkali kelompok kecil polis terlibat dalam pakatan
politik dan konspirasi yang mengaibkan, termasuk mereka-cipta keterangan.
5.
Keterangan terbaru bekas Ketua Pengarah BPR memperkukuh hujah saya selama ini
bahawa Dr Mahathir adalah perasuah besar dan pelidung utama perasuah besar
lainnya. Beliau tidak segan-silu mencemuh kegiatan rasuah dalam politik
dan kerajaan, tetapi bukti yang tertera adalah disebaliknya. Beliau
menggunakan kuasa memunggah kekayaan untuk peribadi dan anak-anak dan terus
melindungi perasuah. Dalam masa yang sama, beliau terus berpura-pura,
bersuara gagah menentang rasuah.
6.
Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah hilang kewibawaannya kerana gagal
menyempurnakan tugas. Beliau dan jabatannya gentar dengan penguasa
perasuah, tidak berani bertindak dan bersekongkol dengan usaha melindungi
perasuah besar yang mengkhianati amanah dan kepentingan negara. Beliau
terlibat dengan konspirasi mendakwa dengan niat jahat tetapi membisu manakala
berhadapan dengan kenyataan dan bukti semata-mata kerana pembesar negara
terlibat. Gerangan apa pula dalihnya berdepan dengan keterangan terbaru
yang dibuat dihaddapan pendakwa-pendakwa kanan Jabatan Peguam Negara?
7.
Sekali lagi saya mendesak pihak Polis, BPR, Peguam Negara supaya menyempurnakan
tanggungjawab, serta sumpah jabatan dengan bertindak secara adil dan
saksama. Mereka tidak boleh membiarkan diri mereka terus terperangkap
dengan arahan perasuah dan membelakangkan hukum dan undang-undang.
Sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan
dan imej pasukan penyiasat, pendakwa bahkan juga badan kehakiman negara yang
sudah tercemar.
8.
Ketegasan dan keberanian bekas pegawai kanan kerajaan adalah menggemparkan,
apatah lagi bila menyentuh kedudukan dan kepentingan Perdana Menteri.
Saya bertangggungjawab untuk mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak
Dato’ Shafie memberikan keterangan benar dan tidak menyebabkan beliau menerima
tekanan atau ugutan.
Demikian
laporan saya. Terima kasih.
T.T
ANWAR
IBRAHIM