LAPURAN POLIS ADUN BERSERAH TERHADAP TAN SRI KHALIL YAAKOB

Ini adalah laporan polis saya terhadapBekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Mohd Khalil Yaakub.

SAya ingin menyatakan selanjutnya bahawa YB Tan Sri Mohd Khalil Yaakob, semasa menjadi Menteri Besar Phang , terlibat dengan satu penyelewengan dan salah guna kuasa yang boleh saya istilahkan sebagai " misappropriation od State Resources", saya penyelewengan yang jelas melibatkan beliau atau yang mesti dipertanggunjawabkan keatas beliau adalah tentang pemberian kawasan pembalakan dalam hutan kekal dengan tidak mengikut prosedur dan jelas bertentangan dengan Dasar Perhutanan Negara. Tingkah laku beliau telah menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai Kerajaan Negeri sekarang. Iany juga menafikan HAK rakyat kawasan DUN Berserah serta seluruh Negeri Pahang daripada memperolehi peruntukan yang wajar.

Tan Sri Khalil Yaakob, sebagai Menteri Besar Pahang adalah anggota Majlis Perhutanan Negara. Majlis ini telah menentukan kuota tahunan pada 28,000 ekar bagi Negeri Pahang untuk di tebang. Kuota atau catuan ini adalah wajib dipatuhi untuk bukan sahaja memastikan "sustainable forestation" tetapi bertujuan untuk menyelamatkan Negeri Pahang, ianya juga merupakan satu perancangan yang amat munasabah bagi menentukan kesinambungan hasil perhutanan sampai bila-bila.

Adalah bukan rahsia lagi bahawa Kerajaan Negeri Pahang semasa diterajui oleh YB Tan Sri Khalil melulusakan konsesi pembalakan dalam hutan kekal tidak menghiraukan kuota-kuota yang ditetapkan oleh Dasar Hutan Negara, yang mana beliau adalah ahlinya bagi kelulusan konsesi-konsesi tersebut. Kuota-kuota berkenaan ( iaitu lebih kurang 28000 ekar saja setahun) seringkali dilanggar dan diketepikan oleh Kerajaan Negeri, yang diketuai oleh YB Tan Sri Khalil Yaakob sendiri,waktu itu tanpa segan dan silu dan tanpa rasa bersalah.

Sikap tidak bertanggung jawab dan ketidak prihatinan YB Tan Sri Khalil Yaakob dan Kerajaan Negeri waktu itu di bawah kepimpinannya telah membarah dengan begitu teruk dan akibatnya adalah, semasa beliau meninggalkan Kerajaan Negeri Pahang pada pertengahan tahun1999 untuk bertugas dengan kerajaan Pusat, kuota konsesi pembalakan yang boleh diluluskan oleh kerajaan Pahang bagi lima tahun 2001-2004 semuanya telah habis "digunakan". Bagaimana penyelewengan yang sebegini serius dan besar penyakitnya boleh berlaku hanya YB Tan Sri Khalil saja yang mengetahui dan menjawabnya.

Walauapapun, satu kesan yang parah dan nyata dari peyelewengn ini adalaj Kerajaan Negeri hari ini telah hilang sumber kewangan utamanya (kerana hasil dari pelesenan konsesi pembalakan untuk Negeri Pahang adalah lazimnya 40-60% dari hasil kerajaan negeri). Saya menganggarkan Kerajaan Negeri akan kehilangan antara 300 juta- 900 juta satu tahun hingga tahun 2003 atau 2004 diatas peyelewengan Tan Sri Khalil Yaakub.

Rakyat Negeri Pahang berhak untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku dan dilakukan semasa Tan Sri Khalil Yaakub memimpin kerajaan Negeri Pahang. Rakyat juga berhak menuntut supaya tindakan wajar dan saksama diambil terhadap YB Tan Sri Kahlil Yaakub atas penyelewengan dan salah laku beliau dan jika terbukti, satu dakwaan di mahkamah keadilan dibuat.

Dari satu sudut yang lebih halus, saya menganggarkan perbuatan Bekas Menteri Besar Pahang ini sebagai mempunyai kesan sabataj dalam ertikata ia telah membantutkan keupayaan dan usaha Kerajaan Negeri hari ini untuk memajukan rakyat dan negeri dan menafikan HAK mereka.

Sekali gus saya, Wakil Rakayt DUN Beserah berasa amat terkilan keranan rakyat Negeri Pahang , khususnya DUN Beserah dinafikan HAK mereka-iaitu kehilangan sumber peruntukan antara 300 juta- 900 juta.

Saya sangat berharap dan yakin pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dapat menyiasat dengan rapi terhadap aduan ini.

 

Terima Kasih.