ULASAN LAPURAN POLIS SDR EZAM MOHD NOR MENGENAI FITNAH MAHATHIR ISU RUSUHAN  PADA 14 APRIL 2000

 

Komentar 26.04.00

 

Rusuhan? Di mana ? Mahathir kata pada 15hb April 2000 yang lalu. Mahathir kata Parti Keadilan Nasional yang merencana satu rusuhan sempena Memperingati Hari Kezaliman Mahathir. Kata Mahathir lagi ada senjata, bom buatan, dan ahli akan merusuh. Kata Mahathir cadangan rusuhan ini adalah satu perencanaan ganas keADILan. Ada rusuhan ke ? Ada pertumpahan darah para Jabatan PDrM ke? Ada sesiapa yang di bom ke ? Ada kereta dibakar ke? Ada gerai runtuh ke ? Jawapannya tiada. Tidak ada suatupun diatas yang berlaku. Tidak ada pembakaran, tidak ada yang kena bom, tidak ada rusuhan dan tidak ada kekacauan. Yang ada ialah perbuatan zalim polis terhadap mereka yang berkumpul secara aman. Itu yang ada. Kulit dan badan-badan dicalari dan disiksa. Itu ada. Itu perancanaan Kerajaan Mahathir.  Dialah pembuat fitnah teraktif di Malaysia.

 

Komentar