Petikan dari FAC News

TUDUHAN PENDOKONG ANWAR MELANTIK FIRMA BAGI MENJATUHKAN EKONOMI MALAYSIA  BERMOTIF JAHAT

Kerajaan Malaysia telah melapurkan bahawa tindakan akan diambil keatas pendokong Anwar Ibrahim yang terlibat mengambil Janus-Merritt Strategies(JMS) untuk melobi dunia antarabangsa bagi mengenakan sekatan atau tekanan ekonomi bagi mendesak kerajaan membebaskan Anwar Ibrahim.

Berita dari Kempen Bebaskan Anwar telah menemubual Janus-Meritt Strategies (JMS) dan pihak JMS menafikan bahawa syarikat mereka terlibat seperti mana yang di tuduh oleh kerajaan Malaysia.

JMS berkata bahawa sekatan ekonomi tidak pernah berjaya. Di Iran sekatan ekonomi hanya menyusahkan rakyat dan bukan pemimpin.

Berita FAC juga melapurkan bahawa  pendokong Anwar tidak perlu melantik mana-mana firma untuk menjatuhkan Mahathir kerana Mahathir sendiri sedang melakukannya tanpa sebarang bantuan.

Menurut seorang rakyat Amerika, Mahathir sungguhpun berada di Amerika  memboikot UN Millennium Conference semata-mata membalas dendam kepada Kofi Annan yang bermesyuarat dengan Wan Azizah di Warsaw awal tahun ini.

Sebaliknya Mahathir berjumpa dengan Castro. Gambar Mahathir berpelukkan dengan Castro di siarkan di Amerika. Pihak Amerika tahu Mahathir dalam melakukan perkara tersebut di tanah Amerika berniat untuk menunjukkan kepada Amerika keakraban mereka.

Tidak perlu untuk sesiapa cuba menjatuhkan Mahathir jelas rakyat Amerika tersebut.

Menurut FAC juga ekonomi mereka tidak perlu di sekatan untuk menjatuhkannya. Keadaan ekonomi Malaysia hasil polisi Mahathir sebenarnya membawa kejatuhan. Mahathir mengatakan ekonomi di bawah polisi mereka berjaya sedangkan polisi Anwar gagal tetapi kejatuhan ekonomi yang bakal melanda ini, salah siapa?.

Sekarang Mahathir sedang mencari siapakah yang akan di tuduh menjatuhkan ekonomi negara. Mahathir akan terus menyalahkan pendokong Anwar bagi sebarang kejatuhan  ekonomi. Malaysia tidak perlu dikenakan sebarang tekanan ekonomi kerana ekonomi Malaysia di bawah Mahathir akan jatuh.

Awas, Mahathir akan menuduh Anwar dan pendokong Anwar.

 

Apakah mainan terbaru Mahathir?

 

Komentar