Dr. Mahathir Tidak Percayakan Ahli Dewan Rakyat

 

PUNYALAH Dr. Mahathir Mohamad tidak percayakan Ahli-Ahli Parlimen Umno (Dewan Rakyat) hingga terpaksa melantik Senator (Dewan Negara) menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.

Paling dahsyat dan merupakan penghinaan kepada ahli-ahli Umno ialah seorang bukan ahli parti itu bernama Zainuddin Maidin dilantik menjadi Setiausaha Parlimen.

Apa lagi yang orang Umno hendak tunggu dalam parti yang sudah berkarat itu? Apakah Dr. Jamaluddin Jarjis, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Azalina Othman, Ruhanie Haji Ahmad, Mohammad Aziz (Seri Gading), Mustika Junaidah Hussein dan ramai lagi tidak layak menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen di bawah Dr. Mahathir?

Brig. Jen. (B) Dato’ Zainal Abidin Abd Hamid adalah khatib yang pernah diboo oleh jemaah ketika berkhutbah mengampu Dr. Mahathir di mimbar Masjid Negara.

Kayveas Presiden PPP adalah seorang Peguam yang tidak beretika, dan pernah didakwa kerana menipu ratusan ribu ringgit pelanggan-pelanggan dan seorang ahli perniagaan yang dikatakan bakal dianugerahkan bintang DATUK.

Cuma Tengku Adnan sahaja yang dikatakan terpaksa dilantik kerana mengisi kouta Wilayah Persekutuan bagi menggantikan Shahrizat Jalil. Satu sumber lain pula memberitahu, Tengku Adnan dilantik ke jawatan Timbalan Menteri kerana Perdana Menteri mahu mengeluarkan dia dari kedudukan Setiausaha Kerja Umno Malaysia yang cukup banyak cerita buruk mengenainya.

Tengku Adnan dikatakan cukup berkuasa di Ibu Pejabat Umno dan hampir semua Menteri-Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri menghantar surat komplen kepada Dr. Mahathir terhadap tingkah lakunya yang dikatakan lebih sudu dari kuah.

Perdana Menteri memang memerlukan kehadiran Dato’ Abdul Hamid Zainal Abidin dalam kabinet kerana dialah satu-satunya Menteri yang boleh menjadi pengampu yang paling kuat kelak. Suatu ketika dahulu Dr. Mahathir mengharapkan Dr. Abd Hamid Othman menjadi pengampunya tetapi disebabkan tidak berkesan maka Dr. Mahathir memerlukan pengganti.

Kayveas pula dilantik bagi meredakan sedikit kesombongan Samy Vellu tetapi dalam masa yang sama Kayveas juga hanya menunggu banyak lagi dakwaan skandal kewangan dan menipu.

Zainuddin Maidin adalah jurutulis buku biografi Dr. Mahathir dan memang perlu diberikan jawatan untuk memberikan dia pencen yang besar sebelum bersara kerusi Senator. Orang seperti ini tidak boleh diletakkan sebagai calon pilihan raya kerana tidak mungkin boleh menang.

Dia mungkin diarahkan berhendi dari jawatan Timbalan Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu yang menyebabkan jualan akhbar itu merosot.

Sebelum ini, mereka yang dilantik menjadi menteri atas kerusi Senator termasuk Pandikar Amin Haji Mulia, Tan Sri Kasitah Gadam, Tan Sri Musa Mohamad, Aziz Shamsuddin dan beberapa nama lagi.

 

 

 

 

Habis

 

 

UN/2/17-01-2001/Rabu