CADANGAN KEPADA PESERTA PERHIMPUNAN 5 NOV.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Berikut adalah beberapa cadangan dan langkah-langkah tertentu yang perlu di ambil perhatian oleh
semua para pejuang dan reformist nasional sebagai usaha untuk melancarkan perjalanan program
perhimpunan seperti yang dirancangkan;

SILA AMBIL PERHATIAN:-

1. Besar kemungkinan Road Block oleh pihak keselamatan di lakukan ke atas semua jalan masuk ( main
road) menuju ke tempat perhimpunan.

Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka menggunakan motosikal sekiranya memilikinya, khususnya kepada
mereka yang tinggal disekitar Klang, Shah Alam dan PJ. Ini adalah langkah mengurangkan kesesakan lalu
lintas akibat dari 'road block' yang dilakukan dan masalah kesesakan 'parking area' yang timbul.

Kelebihan menggunakan motosikal- boleh melalui jalan-jalan kecil 'short cut' di kampung-kampung sekita.

2. Dari maklumat yang diterima, besar kemungkinan khidmat FRU & Water Cannon digunakan, oleh itu
peserta dinasihatkan membawa alat-alat penghalang daripada kemungkinan tembakan air kimia, gas
pemedih mata dan sebagainya. Sekurang-kurangnya sebotol air mineral & Sapu tangan. Walaupun ianya
sebagai kemungkinan sahaja adalah lebih baik melakukan persediaan.

3. Para Speaker & Pemimpin Perhimpunan dicadangkan menggunakan FM Microphone (transmitter)
selain Microphone biasa dan lain-lain. Penggunaan FM Mic adalah penting sekurang-kurangnya message
dan ucapan pemimpin boleh di dengar dalam ruang lingkup yang lebih besar bergantung kepada jenis
yang digunakan. Ingat! Untuk menerima FM Transmission ini boleh menggunakan FM Radio yang dimiliki
oleh perserta di dalam kereta mereka. Berapa nilai FM Band setting boleh diumumkan pada ketika
perhimpunan.

4. Petugas-petugas sukarela diperlukan bagi mengawal keadaan lalu lintas dan ketenteraman awam dan
buktikan kepada pihak keselamatan bahawa perhimpunan ini bukanlah suatu 'rusuhan' dan
'pemberontakan' bahakan SATU PERHIMPUNAN AMAN RAKYAT. Petugas Keselamatan keADILan dan Unit
Amal PAS diseru menyumbangkan tenaga mereka sepenuhnya agar memudahkan pihak keselamatan
melakukan pemantauan keselamatan.

5. Kepada mereka yang menaiki kenderaan awam seperti bas dan teksi bolehlah bersiap sedia lebih awal
kerana ditakuti akibat dari kesesakan lalu lintas, kenderaan awam enggan menyediakan perkhidmatannya
sehampir mungkin dengan destinasi.

6. Para peserta dinasihatkan untuk melibatkan keseluruhan lapisan rakyat sebagai tanda kesatuan rakyat
menjiwai perjuangan dan protes mega kepada kerajaan pimpinan Mahathir Mohamed.

7. Para pimpinan perhimpunan, dapatkan coverage secukupnya untuk media masa dalam dan luar negeri
bagi liputan berita utama mereka. Tidak terkecuali kesemua wakil wartawan media Laman pro-reformasi
untuk membuat liputan. Bawalah kemera & Video sebagai alat untuk merakam peristiwa bersejarah ini.

8. Peserta ditegah dan dilarang membawa, mengguna sebarang bentuk senjata dan peralatan yang
dikira sebagai membahayakan. Petugas keselamatan dengan bantuan peserta dikehendaki menangkap
dan menahan mereka yang di dapati atau disyaki cuba menimbulkan suasana yang boleh mengeruhkan
keadaan.

9. Peserta diminta membawa sebarang sepanduk, Banner @ Poster masing-masing selain yang telah
disediakan oleh pihak penganjur sebagai melahirkan protes dan suara hati rakyat terhadap kerajaan
pimpinan UMNO/BN. Tidak terlupa juga segala bendera-bendera alternatif dan poster-poster yang
digunakan sebelum ini.

Reformist Prihatin
Jalan Kebun