LAMBAIAN TERAKHIR
Assalamualaikum.

   Hari ini kita telah dimaklumkan bahawa DSAI telah didapati bersalah kerana meliwat
Azizan.DSAI dan Sukma telah dijatuhkan hukuman(DSAI 9 Tahun,Sukma 6 Tahun 4 Sebatan)
Sesungguhnya kami golongan mahasiswa dan pelajar tidak akan tunduk sama sekali dengan
tekanan yang dikenakan oleh Kerajaan MahaThir.Sesungguhnya kami telah bertekad bahawa
kami akan berjuang dan nyawa kami menjadi pertaruhan.

   Sedih kita, tidak sesedih isteri dan anak-anak Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Geram kita tidak
segeram keluarga Dato’ Seri Anwar yang menerima kesan hukuman ini. Tetapi, mereka…
anak-anak, isteri dan sanak saudaranya tidak akan berupaya membuat sesuatu tanpa
sokongan semua. Marilah kita mengadu kepada Allah SWT. Kita dirikan sembahyang sunat
hajat dua rakaat. Kita panjatkan doakan kepadaNya, semoga semakin kuat tekad dan azam
kita untuk menukar kerajaan yang ada. Sudahlah, usah kita meratap, usah kita hiba, usah kita
sedih, usah kita geram dan marah kerana ia akan merosakkan diri dan jiwa kita.

   Kita susun strategi. Kita berdoa kepada Allah SWT setelah kita kuatkan saf kita. Rapatkan
lagi saf bersama-sama kawan-kawan dan saudara-mara di dalam Barisan Kempimpinan
Mahasiswa dan Pelajar mestilah diajar dengan menumbangkan mereka di dalam
pilihanraya.Jika kita sibuk melayan perkara-perkara remeh seperti ini, kita akan membuang
masa. Kita kena susun aktiviti kerja.Masing-masing ada peranan. Yang boleh menulis, tulislan
apa sahaja maklumat benar yang mereka ada, dan sebarkan. Ada banyak cara menyebarnya.
Melalui internet, melalui tangan atau poskan selain dari bercakap antara satu dengan yang
lain. Tetapi, tulisan dalam bentuk makalah, majalah, buku dan akhbar adalah paling berkesan
kerana ia boleh disimpan dan boleh diulang membacanya. Usah kita bergaduh dengan polis,
kerana polis itu robot. Mereka bertindak berdasarkan program yang dikuasai boss mereka,
Dr. Mahathir yang cukup zalim. 16 tahun Dato’ Seri Anwar Ibrahim berbakti dalam Umno, 15
tahun lebih beliau dipenjarakan. Ingat, ketika silaknat Augustine Paul menjatuhkan hukuman,
dia tidak mengambil kira tarikh Dato’ Seri Anwar Ibrahim mula dikurung sejak 20 September
1998. Dia jatuhkan hukuman dari tarikh penghakiman dibuat. Bukankah itu kerja biadap yang
tidak langsung mengambil kira jasa dan bakti Dato’ Seri Anwar?

   Bolehkah hakim Ariffin Jenaka (Jaka) membuat penghakiman berdasarkan pengakuan
seorang lelaki bernama Azizan yang pernah meminjam duit dari ibu Dato’ Seri Anwar
sedangkan lelaki ini mengaku seorang penzina? Astafirullah. Apa nak jadi dengan agama
Islam? Apa nak jadi dengan bangsa Melayu dan apa nak jadi dengan negara kita,
Malaysia. Manusia seperti ini, seorang penzina boleh menyakinkan seorang hakim bernama
Ariffin Jenaka untuk membuat keputusan, menghukum seorang pemimpin terkenal dan banyak
jasanya kepada negara, agama dan bangsanya?

   Esok, kalau ada seorang lagi manusia mengaku dia diliwat oleh Ariffin Jenaka, tidak kiralah
atas tilam atau tidak, tidak kiralah di kondominium atau tidak, bolehkah Ariffin Jenaka
disabitkan kesalahan? Bersoraklah Aziz Shamsuddin, Tengku Adnan
Mansor, Dr. Mahathir, Megat Junid, Ummi Hafilda Ali, Khairuddin Abu Hassan, Azizan dan
Tun Hanif Omar kerana usaha mereka berjaya.

   Tetapi, Allah tetap Yang Maha Agung. Allah akan membalas kejahatan mereka ini di dunia.
InsyaAllah, ada umur, kita tengoklah. Tidak ke mana orang-orang zalim, tidak ke mana
orang-orang jahat. Dr. Mahathir tidak akan hidup seratus tahun. Aziz Shamsuddin si pendek
ini juga akan tahu apa yang bakal menimpanya. Tengku Adnan juga akan tahu hujung nasibnya
kelak. Tunggulah… hari ini kau orang semua menang, esok belum tentu lagi. Skrip olahan Dr.
Mahathir disudahkan oleh Ariffin Jenaka dengan begitu ‘sempurna’.

   Bersabarlah wahai pejuang rakyat, Dato’ Seri Anwar. Terimalah! Kita hidup di dalam dunia
yang penuh tipu daya. Marilah kita semua mengadu kepada Allah, usah kita merintih kepada
manusia lagi.

   Amaran dari kami (gmwm)Jangan paksa sehingga kami melakukan perubahan dengan secara
keganasan.Kami masih percaya dan yakin dengan sistem demokrsi yang ada lagi.Ingatlah
bahawa 2004, kami bakal menjadi pengundi baru.Kuasa berada di tangan kami.TETAPI!!! harus
ingat jika amarah kami tidak dapat lagi dibendung maka Kami akan tetap melakukan perubahan
dengan secara keganasan.

Wanted81(gmwm)
Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju
http://wanted81.tripod.com
*PELAJAR BERSATU TAK DAPAT DIKALAHKAN*
REFORMASI!!!